Monday, December 24, 2012

Gambaq menarik menjelang pilihanraya...

Salam...

Macam-macam gambaq kita boleh jumpa, macam-macam jenih wayang kita boleh tengok sama. Terutama time nak pilihanraya... haha...

Tok sah kata Mak Long hang, Pak Long pun rimaih tengok pakai spek mata hitam susun bata. Patut pun atoq bata tak ketahuan hala.

Masaalahnya... yang ramai keliling depa tu buat hapa?
Takkan nak tengok saja pasai nampak ada kamera?
Boh tangan belakang sambil tengok wayang?

Kesian puak-puak ni...
Depa tak reti tapi segan nak mengaji.
Yang dok keliling, bodek ja reti.
Nak tegoq tak berani takut lepaih ke tepi.
Yang ataih tak mau tanya, walau tak reti apa.
Ulaq takut hilang bisa, bila menyuloq kot akaq biasa...

Patut la buat stadium pun stadium runtuh, buat masjid pun kubah reban... Cis, buat malu kat Mak Long hang ja neh...

Wassalam...


17 comments:

  1. gaya terbaru susun bata kena pakai ceremin mata hitam hangpa tak tau ka lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang jangan dok gatai cuba gaya baru tu Anon oii, hodoh... haha...

      Delete
  2. Salam Pak Long,
    Pe habaq?
    Alaa sat gi VIP tu belah, depa terus terokam, rearrange semola bata tuh! Tu yg dok relaks perati jaa. Nyusahkan rakyat jaa VIP cam ni, kan Pak Long?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Halimaton,
      Habaq baik adanya, Mak Long hang sengeh bila ada orang tanya habaq dia... haha...

      VIP jenih ni buat menyemak ja Halimaton oii, buat tuan rumah tak sedap perut...

      Delete
  3. gelak besaq aku kha kha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelak la Anon oii, sebelum gelak diharamkan... haha...

      Delete
  4. salam pak long...
    rumah macam tengah bendang saja,tepi ada pulak pokok pelam..
    lepaih ni runtuh la dinding tu,sekali ngan tingkap nako...
    jom kita pi tengok rumah tu pak long...
    agak2 da siap dah kot...seriau juga takut dinding runtuh...
    jalan nak pi rumah tu dok bataih bendang lagi kot...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Anon,
      Hang baru nak seriau, tuan ghumah tu entah dah lama keriau. Bukan dinding ja runtuh, entah-entah bumbung sekali luruh... haha...

      Delete
  5. salam pak long,

    depa susun 'betoi' la tu macam buah machoq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kampong lad,
      Pak Long paham tu, depa neh pakar susun buah machoq... haha...

      Delete
    2. pak long aku ni bijak! bijak! susun kad di meja bulat pun depa memang terer jugak. kita minum lagi.....ayaq nigha tu mampu la, kalau ayaq merecun, depa lah pakar & lebih dari mampu.

      Delete
  6. Salam Pak Long...gitulah Pak Long ok....patutnya buat kerja apapun kena mengaji dan belajar...barulah orang tak gelak....

    ReplyDelete
  7. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din
    Perihal memakai kaca mata hitam semasa menyimen batu bata adalah procedure mengikut SOP acuan CIDB demi keselamatan ala UMNO BN . Ini termasuklah pakai songkok Hitam mengantikan safety helmet .Orang sekeliling adalah kebiasaan orang melayu buat kerja , seorang buat kerja yang lain adalah mandor untuk pastikan speksikasi menyimen batu batu mengikut procedure supaya boleh tahan sampai UMNO BN lingkup. Saya berdoa kehadrat ilahi agar mereka ini tak buat untuk rumah Janda Limah sudah.......

    ReplyDelete
  8. Masa-masa ni lah nak buat rumah and turun padang.eehhe

    ReplyDelete
  9. kepada yang masih bodoh dan bangang dalam ilmu susun bata, tolong perati 5 lapis bata yang bawah tu.... dah dua hari tukang rumah pasang, setan 2 ekor tu cuma tunjuk aksi untuk ambil gambar konon depa tolong pasang... setan mana boleh tolong orang, pelingkup orang ajak masuk neraka ada laaaa!!!

    ReplyDelete
  10. Salam Pak Long,
    Cermin mata hitam dan susun bata tak betoiii tuuulah tandanya depa nii tak reti tadbir nagara, kalau boleh tabirpun dalam samar samar nampak kelabuuuuu ajaaaa. Tuuu kiasan(simbolik) dari depa nak habaq kata depa tak tau tadbir, 50th dok buat macam tuuu ajaaaa.
    Kira rakyat, apa lagi :
    "Kalih Jangan Tak Kalih"
    "Kita bagi depa mulih".

    ReplyDelete
  11. Salam hurmat buat Pak Long...pahabag Mak Long kat rumah, sihat kaa..^^

    Ha, ni Maklong len nak habag ..memang depa suka tunjuk kata nak libat sama, tapi sebenagnya depa tak reti..sambei dok atug bata dalam hati sambei dok kata..tak betoi biagpi, takkan depa nak biag lagu tu, janji depa tau kami sama-sama dengan depa, ha lagu tu la kot, kalau kata nama perkataan len nak nunjuk ja, pandangan Mak Long ni ja..^^

    (anak jati Kedah)

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails