Tuesday, December 18, 2012

Nak tegoq Najib sikit...

Siaran langsung perhimpunan agung Umno time tivi bang maghrib...

Salam semua...

Tak tau la pulak Pak Long, Umno ni pakai nasihat sapa... Seingat Pak Long yang dah senja neh, tak pernah rasanya dalam sejarah Umno... prestasi depa macam ni punya serabut. Sampaikan terhegeh-hegeh tak tau bila nak buat pilihanraya. Tak kata kat depa la mengkalu dah maklumat yang dok sampai kat depa... semuanya pening kepala... haha...

Pening kepala tuu la gamaknya buatkan depa dah gelabah bewak. Dok tak kena, berdiri jadi lenguh pula. Pak Long tengok hampir semua tindakan depa samaada bertahan ka ataupun menyerang sekalipun, nampak macam hodoh dan meloyakan... Tiap kali depa bukak mulut ja, macam ngan mintak sangat-sangat supaya rakyat tolak depa.

Toksah kata yang bawah-bawah ni teruk, yang ataih pun silap-silap lagi teruk kesan daripada boss besaq depa yang salah abah... Kadang kadang Pak Long tengok si Najib tu, terketaq ketaq dagu punya nak jaga bagi nampak macam tak pembohong. Awat hang habih pi jadi lagu tu Jib... Bayangkan la, bekaih ketua Polis pun bukan main punya gempaq, tokey karpet pun boleh dok sembang besaq... Sapa yang ajaq hang tetiba dok diam keraih macam tak reti nak buat apa?

Masaalahnya Najib oii, hang dah menari rentak yang salah ni. Lagu yang hang dondangkan tuh hanya ditarikan oleh bangsa hang sendiri jaa... orang kampung dah tak layan dahh...

Dunia la ni tak serupa dulu dah Jib oii... Maklumat dihujung jari ja. Hang menari silap sikit, puak-puak felda Jengka pun dan-dan dapat tau. Hang tak boleh main lagu lama dengan tarian lama dah. Tukaq buang la kelaku hodoh hang tuh. Meluat sungguh Pak Long tengok kelaku hodoh hang terutama bila hang biaq puak-puak pengampu hang mainkan sentimen agama ngan isu perkauman tuh...

Jangan ikut sangat kelaku penjajah, depa main peshen pecah dan perintah. Jangan main sentimen agama, sampaikan yang takdak-takdak pun hang pi cipta. Jangan dok usik isu kaum, badan tak panaih jangan gatai dok jelom... Masaalah yang dok timpa kepala ummah akan jadi lagi parah kalau hang buat kelaku hodoh tu lagi. Tindakan bahalol hang tu akan terpalit pada Islam pasai hang tu beragama Islam. Last-last bukan Islam akan anggap neh semua ajaran Islam, Islam jugak yang kena...

Pak Long nak ajak semua tak kira anutan politik hangpa, ikhtiaq untuk ikhlaihkan diri berbakti demi agama dan pertiwi. Dakwah ni kena berterusan, tingakah laku kita sebagai pemegang panji Islam jugak merupakan satu dakwah. Berdakwahlah melalui diri... Lagi besaq pangkat kita, lagi besaq la kesannya pada agama. Jom kita pakat sama-sama promosikan indahnya hidup cara Islam. Tak payah dok kalut la nak berpesta memburu dosa...

Wassalam...


28 comments:

  1. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din

    Tapi saya berpendapat yang Piem Kita Si Jib tak lah sebodoh yang kita sangkakan . Dengan bantuan isterinya , Piem Si Jib akan menang bergaya dengan bantuan mandrem dan ilmu gelap (hitam) . Pak Long lihat lah nanti apabila PU 13 , segala mahluk yang berbagai warna dan bangsa akan membantu BN dan UMNO untuk menangi PU 13 .
    Yang menjadi persoalan sekarang ini adakah orang melayu dan orang berugama Islam dapatkah mengalahkan mainan mandrem dan ilmu gelap ???? Apa yang saya lihat pihak Pakatan Rakyat baik dari orang yang duduk di atas hinggalah ke akar Umbi lagak bagaikan konfiden giler boleh melangkah ke Putra Jaya.
    Apa apa pun Pak Long kita hanya mampu merangcang , namun Allah Jua yang menentukannya. Sampai salam kat Janda Limah ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan hj,
      Lama sungguh kita tak bertoje kat sini. Agak2 manderum dia boleh legakan sakit lutut Pak Long dak?

      Hang ni tuan hj oi, tak habih2 ngan janda Limah, simpan la kat org lain sama... haha...

      Delete
  2. najib dulu lain, najib la ni dah jadi orang lain. pasai apa? inilah kali pertama dlm arena politik dia kena bertanding. (maklum la dari mp pekan sampai presiden umno, orang dok sua saja kat dia - anak bangsawan la konon2). dia memang tak mampu terima kekalahan. kalau umno/bn boleh menang DAH LAMA DAH dia buat pru13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kampong lad,
      Kali ni baru dia tau langit tinggi ka rendah... haha...

      Delete
  3. Salam Pak Long,
    Kawan Tok berbangsa Cinapun dah paham apa itu ungang undang Islam depapun dah dengaq dari orang yang reti ugama, tuuu yang depa paham dah undang2 Islam tuuu, dulu depa dok dengaq puak puak Najib dok gempaq depa ajaaa, laniii depa paham, depa nak sokong kita tang mana saja kita tanding,kitapun pakat pakat laaaa mcm TGNA dok pesan kat kita. Mok Long jangan dok diam, pi sembang sembang sama dengan Me Ling & Seui Meng bagi sepa paham.
    Kali nii Pak Long, Najib jenoh "kelepiaq", dia "mulih" laaa kali niii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Tokwan,
      Memang dah tugaih kita la pahamkan orang2 yg tak paham pasai Islam neh. Bukan macam depa tuh yang gempaq org macam ngan halau kerbau liaq randuk bendang, tak gitu Tokwan...

      Memang nak mulih beoti dah Najib neh...

      Delete
  4. Salam hurmat..

    Salam mai dari Kedah...
    Nyonya dok jaja bukan lelong..
    Cek sampai terlari lidah..
    Punya dok baca tulisan paklong..^^

    ReplyDelete
  5. salam pak long....saya tak pecaya lagi kat depa...
    selagi hutang saya depa tak mau bayaq... pi mampuih la depa..
    dulu dia belajaq luaq negeri..pasai tu la bab2 menipu ni sangat pandai..
    t/q pak long...

    ReplyDelete

  6. makasih ya atas informasinya, semoga bermanfaat

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails