Salam semua...
"Salam Pak Long"
"Hangpa habaq dak kat mak pak hangpa kata nak mai sini Jib, Nuar?
"Habaq dahhh..."
"Baguih lagu tu... sebagai anak-anak kita kena ingat dan patuh kat mak pak kita. Ingat tau, sedangkan lembu pun ada gembala, tambah la kita manusia yang ada agama... haha... Berahim tak mai sama ka?
"Dia demam Pak Long... demam panaih”
“Nih Pak Long, takkan roti kering ngan kopi 'O' ja? Nasik goreng pagi tadi tak dak belen ka?
"Berlambak la nasik goreng kat hangpa… Makan yang tu dah la, yang tu ja Pak Long ada. Hang basuh tangan dak tu Jib? Berlemoih Pak Long tengok?
"Gelojoh betoi la hang ni Jib"
"Dahh... dahh... Hangpa jangan dok berlagak kiut depan Pak Long. Dua-dua hangpa pun serupa!!
............
"Ok lah, hari ni Pak Long nak cerita pasai sang kodok. Hangpa dengaq betoi-betoi tau pasai apa yang Pak Long nak cerita ni hangpa tak akan jumpak dah nanti walaupun kat universiti."
"Ok, ada segerombolan kodok sedang berlompat-lompatan kat hutan"
"Spesis Berahim ka Pak Long? Haha...
"Nuar, boleh tolong Pak Long dakkk?
"Tolong apa Pak Long"
"Tolong DIAM..."
“Haha…
"Ok, masa kodok-kodok ni dok melilau dalam hutan sambil cari makan tu tetiba dua dari kodok-kodok tersebut jatuh dalam sebuah lubang. Dalam betoi lubang tu, maka besa la ngan bangsa kodok nih… semua kodok-kodok yang lain pun bebuat kalut keliling lubang tuh...”
“Dalam betoi lubang tuh… Kalau dari segi akai kodok, dah tentu amat mustahil kudrat si kodok nak keluaq sendiri tanpa bantuan. Lalu kengkawan yang bebuat kalut kat ataih tu pun berkata pada kedua kodok tersebut bahawa mereka lebih baik mati saja.”
“Tapi kedua kodok tersebut bebuat dono saja dan cuba jugak untuk melompat keluaq dari lubang tuh dengan segala kemampuan yang ada. Sementara kodok-kodok yang lainnya tetap memperlekehkan usaha depa dan mintak depa berhenti melompat dan lebih baik mati…”
“Akhirnya, lepaih segala mak nenek skil dicuba… salah sekoq dari kodok yang ada dalam lubang tu pun menyerah, mendengarkan kata-kata kodok yang lain tuh. Dia terjatuh dan mati terkangkang...”
“Sedang kodok yang sekoq lagi tu tetap meneruskan usaha untuk melompat sedaya mungkin. Sekali lagi kengkawan baiknya kat ataih tu berteriak padanya agar berhenti berusaha dan mati katak saja... Tapi dia tetap ketegaq malah berusaha dengan lebih kuat dan akhirnya berhasil…”
“Terernya dia Pak Long…”
…………..
“Masa dia sampai kat ataih, ada la kodok lain yang bertanya, "Hoi, hang tak dengaq ka apa yang kami kata?"
“Dari gerak bibir kodok tu, si kodok yang berjaya naik tadi ni bagitau yang dia sebenaqnya pekak. Tak dengaq langsung apa kengkawan dia kata…”
“Baru la kodok-kodok tadi ni sedaq bahawa masa dia kat bawah tadi, si kodok pekak tu anggap kengkawan dia kat ataih tu bagi kata-kata semangat kat dia…”
“Kahkahkah… kadang-kadang tu untung jugak jadi orang pekak ni Pak Long…”
“Ada betoi jugak, tapi Jib, Nuar… kita kena beringat”
“Kekuatan hidup dan mati ada di lidah… Kekuatan kata-kata yang kita bagi pada seseorang yang sedang "jatuh" boleh buatkan orang tersebut bangkit dan membantu mereka dalam menjalani hidup hari-hari. Malah kata-kata buruk pada seseorang yang sedang "jatuh" jugak dapat membunuh mereka, menjadi seorang yang berputus asa.
“Sungguh indah apabila kita dapat meluangkan waktu kita untuk memberikan semangat kekuatan bagi mereka yang sedang putus asa dan jatuh…”
"Hangpa paham dak apa yang Pak Long cerita ni haa..."
"Hangpa paham dak apa yang Pak Long cerita ni haa..."
…………..
Ok lah Jib, Nuar… punya pasai kat hangpa la nak jadi lagu mana. Pak Long nak pi jalankan tugaih sat, tengok lembu kat padang… hihi...
Wassalam…







