Wednesday, February 29, 2012

Jom juai Islam

3 juta komen
Salam semua...

Pak Long rasa macam ngan terpanggil pulak, buang tepi rasa jemu hanya semata-mata nak berpesan sangat-sangat kat anak-anak semua, peliharalah kesucian Islam... agama dari Allah nih. Kalau kita sebagai umat Islam pun tak reti nak jaga, nak harap kat sapa lagi nak jaga... Tambah-tambah lagi bila dok tengok sejemput dari budak-budak hingusan yang mengaku Islam tapi berperangai macam ngan haram...

Sebagai penganut Islam, kita secara tak langsungnya terlantik sebagai duta bagi Islam tu sendiri... Orang akan tengok kita sebagai orang Islam. Sebab tu kena jaga adab dan kelaku kita, biaq selari dengan adab dan kelaku Islam sejati.

Biaq pi la orang nak kata kita ni juai Islam, asaikan hasil jualan kita tu nanti Islam akan dihormati dan disegani. Nak juai kita kena ada promosi, promosi tu hanya melalui diri sendiri. Apa salahnya kita promosi Islam itu baik dengan kita berkelakuan baik. Islam itu adil dengan meletakkan diri kita bersikap adil dan Islam itu agama ketenangan dengan menzahirkan jati diri kita yang tenang. Apa yang penting, Islam boleh berkembang selari dengan perinsip keadilan untuk semua.

Sebagai umat Islam memang kita diwajibkan menjuai Islam sebagai satu agama yang terbaik anugerah Allah. Macamana nak juai Islam? Islamkan lah hidup kita. Islamkan lah politik kita. Islamkan lah gaya percakapan kita. Islamkan lah budi bahasa kita. Islamkan lah budaya kita. Islamkan lah tingkah laku kita. Islamkan lah cita cita kita. Insyallah, kita akan jadi jurujual yang baik... Sebab tu bila kita buat baik, Islam akan dipandang baik tapi pabila kita buruk kelaku, Islam akan dipandang bagai barang tak laku.

Sebab tu Islam amat pentingkan soal hati kerana dari hati punca segala galanya. Apa yang terhasil dari tingkah laku kita datangnya dari hati. Bersih sucinya hati itu akan hasilkan tingkah laku yang baik. Kebaikan tadi akan patah balik pada agama Islam yang kita junjung.

Jadi, jagalah hati... cuci lah hati agar apa yang timbui dari tingkah laku kita akan baik, bersih dan suci...

Wassalam...

Monday, February 27, 2012

Ya Allah...

11 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t... boleh lagi Pak Long tengok muka Mak Long hang hari ni. Boleh lagi dok pekena habuk-habuk ngan kopi 'O' Mak Long hang pepagi nih. Boleh lagi dok dengaq kicauan burung yang dok berebut habuan dari Tuhan. Boleh lagi dok mengesot pi muka pintu jengok kehijauan alam...

Bersyukur sangat, semua tu sumber damai bagi Pak Long. Semua tu anugerah Allah sebesaq besaq bahagia bagi Mak Long hang...

Ya Allah...!
Berilah rezeki kepada kami, tolonglah kami dan jauhkanlah kami daripada segala perbuatan bid'ah dan khurafat.

Ya Allah...!
Berilah kami kemantapan hati untuk mencari redha-Mu, baik di dunia mahupun di akhirat. Serta masukkanlah kami ke dalam golongan para hamba-Mu yang Soleh.

Ya Allah...!
Jauhkanlah kami daripada sifat tamak dan haloba terhadap duniamu, jika hal itu akan menjauhkan kami daripada Engkau Ya Allah...!

Ya Allah...!
Berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami daripada lalai dalam mengingati-Mu Ya Allah...!
Amin...

Wassalam...

Saturday, February 25, 2012

Kelebihan Ber"Zikir"...

6 juta komen
Salam semua...

Kalau kita dok perati tengok keliling kita, macam-macam cara yang manusia buat semata-mata nak cari ketenangan jiwa. Ni tandanya, rumah yang besaq belum tentu jiwanya tenang. Keretanya menajalaq belum tentu hatinya senang. Duit berlambak-lambak bukan bermakna kepala tak semak... haha...

Ini lah kelebihan Islam pasai Islam sesatunya agama yang offer satu bentuk amalan yang percuma bagi mencapai ketenangan jiwa yang satu dunia orang dok cari... Itulah ZIKIR...

Zikir ni punyai kedudukan yang sangat istimewa kerana ibadah zikir ni digalakkan sangat dalam Islam sebagai satu bentuk amal ibadah yang menunjukkan sifat tunduk serta patuh sepenuhnya kepada Allah s.w.t, disertai pula rasa kasih, redha dan yakin kepada-Nya... Mukmin yang sentiasa mengamalkan zikir akan dapat merasai kesannya seperti ketenangan jiwa. Firman Allah yang bermaksud:

(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan zikrullah itu tenang dan tenteramlah hati manusia. (Surah Ar-Rad, ayat 28)

Dalam hidup ni, kita sering sangat berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sehingga ada ketikanya membawa kepada keresahan jiwa. Justeru, dengan sentiasa mengamalkan ibadah zikir, ia ibarat terapi ajaib yang menyembuhkan keresahan jiwa manusia. Namun, penyerapan roh zikrullah tidak datang kepada pengamalnya jika hati tidak bersama tatkala berzikir. Ketenangan hati orang mukmin terhasil daripada zikrullah. Ia adalah hakikat dalaman yang hanya boleh dirasakan oleh hati yang diselaputi kemanisan iman.

Tapi mau dok ingat jugak, walaupun zikir ni amalan yang mudah dilakukan, tapi menjadi berat untuk dibiasakan... cakap tu mudah, nak buat tu yang payah... haha... Antara penghalang kepada seseorang untuk membiasakan lidah berzikir ialah disebabkan dosa yang dilakukan... Ini kenyataan pabila daki dosa tertampal pada hati, ia terhijab untuk menggerakkan seseorang berzikir. Faktor lain, seseorang itu dibelenggu sifat mazmumah seperti hasad dengki, busuk perut, suka mengumpat dan sebagainya. Sifat keji seperti ini juga akan menghijab hati untuk berzikir.

Ibnu Taimiyah berkata, keperluan hati terhadap zikir umpama keperluan ikan terhadap air. Cuba bayangkan, bagaimana keadaan ikan jika kita keluarkan dari air.

Al-Imam Syamsuddin Ibnu Qayyim mengatakan: “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

Demikian penting dan tingginya kedudukan zikir pada seseorang mukmin. Kita seharusnya berpegang kepada prinsip hidup, tidak sempurna hari tanpa zikir. Inilah yang seharusnya kita didik supaya lidah dan hati sentiasa berzikir kepada Allah s.w.t...

Mulakan secara berdikit-dikit, kalau tak mula ngan langkah yang satu, camana la kita nak sampai langkah seribu... hehe...

Wassalam...

Thursday, February 23, 2012

Syukur kalau bersyukur...

2 juta komen
Salam semua…

Lama beralih umoq ni, tidoq tak boleh la nak lajak sikit. Mak Long hang cukup jaki… haha… Tapi pa pun, syukur Alhamdulillah… hidup lagi Pak Long ari ni, boleh la Pak Long dok merapu dalam blog ni lagi… hihi…

Mak Long hang pesan, bangkit tidoq pun kena bersyukur… ya la, kita kena bersyukur ngan pasai bangkit pagi, boleh lagi dok tengok matahari. Ada sesetengah orang tu, sedaq-sedaq ja bumbung rendah… bila pegang rasa papan berbilah-bilah, sah-sah dok dalam keranda dah… haha… Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang-kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Pak Long kena bersyukur pasai kurang-kurang pun Pak Long boleh dok raba lagi taik lalat manih Mak Long hang… haha… sebab ada sesetengah orang tu sedaq-sedaq dah tangan hilang sebelah… atau kaki tak boleh angkat dah. Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang-kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Mak Long hang pun kena bersyukur jugak pasai dapat lagi tengok muka pemanih budak Pak Long ni ha… haha… sebab ada sesetengah orang tu sedaq-sedaq gelap gelemat, ada mata tak boleh lihat… badan nampak sihat, nak bukak mulut makan pun tak larat… Tu semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik balik bila… kadang-kadang dalam dok ada pun kita terlupa syukur kat Dia…

Kita kan dah mengaku Islam, dah tu tergolong dalam umat terbaik plak tuh… iaitu umat Muhammad s.a.w yang diangkat sebagai kekasih Tuhan… umat terbaik kalau nak banding ngan umat nabi-nabi lain. Bila dah jadi umat Muhammad ni, kena ikut la apa yang Muhammad s.a.w suka buat… Hangpa tau dak yang nabi Muhammad tu sampai bengkak kaki-kaki punya solat nak pastikan beliau senantiasa bersyukur kat Tuhan… yang kita ni pulak nak lafaz syukur sari dua tiga kali ja pun dah bebai ka… camana nak masuk syurga… haha…

Orang yang tak reti bersyukur ni adalah orang orang yang sombong. Jadi jangan dok menyombong la pasai sombong ni tak kemana pun... Sombong ni pakaian Tuhan, kita kena sedaq yang kita ni hamba... yang tak layak langsung nak menyombong ngan pencipta semesta...

Sebenaqnya memacam cara kita boleh zahirkan kesyukuran kita… Kita boleh mensyukuri melalui hati dengan akui, imani dan yakini segala mak nenek nikmat datangnya dari Allah s.w.t semata… Kita jugak boleh mensyukuri melalui lisan, perbanyakkan ucapan Alhamdulillah, segala puji milik Allah… Kita jugak boleh mensyukuri melalui perbuatan… Gunakan segala nikmat yang Allah bagi ni untuk beribadah kerana Allah… jauhi yang Dia marah, buat yang Dia perintah…

Mak Long hang pesan lagi, kita mai ke dunia ni pun tanpa bawak apa-apa dan nak balik jumpak Tuhan nanti pun tanpa ada apa-apa. Semua yang ada ni hak DIA yang hanya di pinjam sementara... tinggai habih anak bini yang lawa-lawa, kereta dan segala harta dunia. Yang ada hanya amal ibadat peneman kita... dialam kubur yang gelap gelita... wallahuaklam...

Wassalam...

Tuesday, February 21, 2012

Latif Ibrahim: Jangan siakan kematian dia...

6 juta komen
Salam semua...

Pak Long punya kalut pasai hai-hai dunia ni sampai naik terlupa pulak hai-hai akhirat. Besa la kan, kita ni kan ka manusia, hamba Allah yang bersifat baharu... sebab tu apa jugak yang jadi disekeliling kita ni semuanya macam dok peringat kita supaya sedaq diri... Terutama sekali bila adanya kematian kengkawan kita, dan-dan teringat balik yang kita ni pun sebenaqnya nak pi kot belah tu jugak. Hangpa nak lari mana kalau tak mau mati... haha...

Bulan lepaih lagi kita dah dengaq angin-angin yang sedara kita... seniman Latif Ibrahim, 62, dalam keadaan uzoq dan baru-baru ni pulak dimasukkan ke IJN... Tup-tup jam 6 petang lebih kurang kelmarin, berita kematian dia dah tersebaq. Jadi, jom la kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah untuk arwah... moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...

Pak Long ni bukannya apa, cuma nak ajak hangpa semua supaya jangan di sia-siakan kematian dia. Pemergian dia mengadap Yang Esa secara tak langsungnya telah peringat diri Pak Long, tiap sesuatu yang Tuhan buat dan jadikan tu ada akhirannya... Macam tu la jugak ngan kita dan apa yang terjadi kat sedara kita Latif Ibrahim tuh... Kembalinya dia mengingatkan Pak Long yang kematian tu setiap saat kian dekat ngan kita.

Ajal maut tak kira sapa, tua ka muda, ulaq ayaq atau jutawan, motong getah atau artis pujaan. Hat tengah dok sihat elok-elok pun tetiba boleh padam. Tok sah dok menyorok bawah katil pun la, waima dalam peti ais pun maut akan carik kalau ajal dah sampai... Silap haribulan yang dalam peti ais lagi cepat jalan... haha...

Jadi Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan takziah lah buat keluarga sedara Latif Ibrahim nih. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jualah kita kembali....

Wassalam...

Besaqnya ulaq ni..

10 juta komen
Salam semua...

Pak Long pernah jugak la jumpak ulaq sawa dalam reban ayam Mak Long hang dulu nih... mata dekat besaq teloq ayam...

Tapi tak la sampai besaq lagu nih... Isk, nak kata pembohong pun tak kena. Nak kata betoi pun macam tak percaya... haha... Kalau camni la punya besaq ulaq nih, lembu Pak Long pun senang-senang ja dia boleh telan tanpa pepak teruk-teruk... hihi...


Hangpa camana plak... hihi... Pa pun kredit la kat blog budak SM nih, Pak Long balaih dengan izin... izin Mak Long hang... haha...

Wassalam...

Monday, February 20, 2012

Jom kita pakat berdoa...

3 juta komen
Salam semua...

Terkedu jugak Pak Long bila terbaca bab yang menimpa rakyat Palestin nih...

Sebab tu la kali ni Pak Long saja nak bawa mata kepala hangpa semua tengok betapa kejamnya Israel laknatullah ni dah buat kat ataih tanah dan penduduk Palestin yang macam dah tak dak kesudahan dan penghujungnya... Kita tengok dunia dah macam mangli dan biaq camtu ja keghairahan Isreal menjerut leher anak bangsa Palestin.

Dalam keadaan penduduk Palestin yang gundah tertekan dengan kekejaman Israel, ada lagi segelintir manusia kononnya mengaku Islam yang tidak langsung merasa berdosa berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi ni.

Gambaq menunjukkan para penduduk Palestin sedang memeriksa penempatan mereka yang musnah teruk akibat serangan udara liar Israel di Semenanjung Gaza, 18hb Feb 2012. Tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan udara Israel tuh... Ikut cerita serangan udara terbaru tu di sasarkan pada sebuah kediaman di kawasan al-Tufah di Bandaraya Gaza. - AFP

Pada level Pak Long yang selalu sakit lutut ni, doa saja la senjata utama... jom la kita, sama-sama berdoa semoga yang terbaik jua datangnya dari Allah untuk rakyat Palestin dan seluruh umat dunia...

Wassalam...

Sunday, February 19, 2012

Gambaq lawak...

5 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak mau komen apa-apa pasai Pak Long dah ter'konfius'. Takut disalah anggap pulak, maklum ja la kan dunia moden nih... yang jantan pun boleh jadi pompuan, nak heran apa nya kalau yang muda camni pun nampak macam dah tua... haha...

Mungkin dia ni sebenaqnya masih muda walaupun muka dah baya Pak Long. Sebab tu dia ni layak pakai baju 'T' pilihan orang muda nih...

Tapi pasai apa pulak yang Mak Long hang tetiba ja pesan, biaq di timpa buah nyioq daripada kita di timpa perasan... addeeh, hihi...

Wassalam...

Friday, February 17, 2012

Gambaq paling tak senonoh...

15 juta komen
Salam semua...

Isk, isk... Bapak sapa la punya kerja tu haa... kesian kat anak-anak dia...

Mak Long hang kata, kalau hangpa berani la... ca hangpa pi kencing betoi-betoi kat muka depa tu tengok, cari hilang anu depa tumbuk... haha...

Patut la Mak Long hang pilih gambaq ni sebagai gambaq paling tak senonoh minggu nih... memang tak senonoh sungguh... haha...

Kencing kat gambaq tu tak pa lagi nak oiii, habih sangat takut burut ja pasai masuk angin. Tapi masaalahnya, puak-puak yang di kencing tu relax ja tersengeh-sengeh dok tengok kelaku hangpa yang terhegeh-hegeh. Kencing berdiri ni nak oii memang di iktiraf sebagai geng tak beradab dalam Islam, tambah-tambah lagi ambik gambaq boh dalam fesbok plak... tak senonoh langsung.

Chitt!! buat malu kaum sejenih ja... Errr... betoi ka depa kata tiap kali orang Islam kencing berdiri bermakna dia telah sembuhkan kaki setan yang dah patah... hihi...

Wassalam...

Tuesday, February 14, 2012

Hari kekasih kepala bapak hangpa...

9 juta komen
 
Salam semua...

Ni bukan Pak Long yang kata, tapi Mak Long hang yang pesan. Bukan sikit sikit dia pesan woii, bertalu talu... haha.... Kalau kita berkawan ngan puak puak bangang, lama lama kita pun akan jadi bangang. Depa terjun lubang ngan kita kita sekali berkubang dalam lubang.

Lama dah Pak Long dok dengaq kisah sambut hari kekasih nih... dulu zaman Pak Long muda belia, tak pernah dengaq pun macamana rupa "hari kekasih". Tapi cinta kasih Pak Long ngan Mak Long hang tetap bertaut elok jugak aaihhh... sampailah la ni. Tapi la ni tah mai mana, tup tup la ni pi jadi gawat pasai hari kekasih. Tak moden kot kalau tak ikut depa. Awat yang bangang sangat gatai nak ikut orang yang tak ketahuan kepala ekoq tu.

Awat yang kita tak boleh buat hari hari adalah "hari kekasih" ka? Awat, kita tak boleh cipta hari hari adalah "hari ibubapak" ka? Pasai apa nak kena ingat kekasih sari saja dalam setahun? Awat pulak nak ingat mak bapak hangpa pun kena ada hari hari tertentu saja dalam setahun? Awat yang bangang sangat pi ikut bahalol mana tah yang cipta dan arah kita "hari hari" tertentu saja nak ingat kekasih kita, hari hari tertentu pulak nak ingat mak bapak hangpa?

Woi... jangan dok bagi Mak Long hang marah pulak. Kita kan dah ada kosa, kita perintah negara ikut la acuan kita. Kita ada jentera, gerak la jentera kita biaq betoi betoi dan perbetoi sikit kepala anak anak bangsa kita ikut cara agama kita. Jangan dok tengok maksiat pada hari ni saja, maksiat tetap maksiat tanpa kira hari apa pun.

Hidup orang yang bebas ni tak berjadual. Islam agama yang bebaih yang meletakkan mak bapak tinggi dari jadual lelah manusia. Mai tang nak mentekedarah, hari hari hangpa nak melantak. Tapi ingat Tuhan kena ada time, tengok mak bapak ada hari hari tertentu, jengok kekasih pun ada hari hari terpilih... moden taik minyak hangpa lagu tu.

Jangan dok biaq puak kapitalis cipta dan bagi arahan kat anak anak bangsa kita pulak...

Wassalam...

Sunday, February 12, 2012

Anak-anak...

4 juta komen
Salam semua...

Anak-anak ni sebenaqnya adalah anugerah dan sekaliguih amanah serta ujian daripada Allah s.w.t kat kita sebagai hamba-hambaNya...

Anugerah ni bukan semua orang dapat, hanya insan terpilih saja yang boleh habuan. Sebab tu kita panggil anugerah. Ca tengok, berapa ramai pasangan suami isteri yang punya pulun ikhtiaq siang malam tapi masih tak dak rezeki. Mungkin belum masa dia kot Allah nak bagi...

Yang dikatakan sebagai ujian ni pulak bermacam-macam. Bayangkan la dari kecik nak jaga sampai la ke besaq panjang. Tentu saja usaha kita nak menzahirkan lebih ramai umat Muhammad yang berkualiti penuh dengan ujian yang hebat... segala mak nenek punya tanggungjawab akan terletak di batu jemala kita sebagai ibu bapak.

Adalah sesuatu yang amat malang pada ibu bapak bilamana mereka gagal untuk meletakkan iman di dada anak-anak. Ada ramai saja anak tapi anak-anak dia tak membawa kebaikan seduit pun kat dia di akhirat nanti. Kegagalan ni la yang Rasulullah kata sebagai mandui... jadi, pakat-pakat tolong la diri sendiri supaya jangan jadi mandui di pandangan junjungan besaq kita sementara masih berupaya untuk berusaha...

Rasulullah s.a.w diberitakan telah bersabda:
 "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul."
Berkata para sahabat: 
"Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah s.a.w berkata:
"Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

Tu la maksud sebenaq mandui dari pandangan Rasulullah, kena pandai didik anak bukan ramai saja buat menyemak.

Mak Long hang pulak pesan kat sesapa yang ada anak tak kira la berapa banyak... Didik anak kena ikhlaih bukan bela nak harap dibalaih... Didikan yang sempurna akan membesaqkan depa dalam iman, yang hormat kita dengan penuh sopan...

Wassalam...

Wednesday, February 08, 2012

Apa yang Rosmah pikiaq gamaknya time nih...

2 juta komen
Salam semua...

Naik guling-guling Pak Long punya gelak tengok gambaq nih.... haha...

Alaahaii, bayangkan la... si-Rosmah sampai dah tinggai tak besaq mana, tenggelam dalam bunga malai yang nalla punya besaq... haha... Nak set rambut pun berjam-jam, senang-senang ja puak-puak ni perlingkup dengan idea pembodek tahap gaban nih...

Apa gamaknya yang Rosmah dok pikiaq time nih... hihi...

Tapi nak heran apa kan... Puak-puak ni kalau pasai nak bodek memang boleh ke depa punya. Memang tak terlawan kita... haha... berapa hari tak tau la puak-puak tu punya anyam bunga malai tuh... hihi...

Tapi lantak pi la kat depa tuh, dah tau dah agama depa tu jenih tak kisah bab-bab mendewakan manusia melebihi Tuhan sendiri. Jangan kita yang beragama Islam ni pulak terikut-ikut atau pun teringin sangat nak berlawan bodek ngan puak-puak nih sampai mengagungkan manusia melebihi Yang Maha Agung.

Pa pun Pak Long harap sangat yang si Najib tu kena berwaspada ngan bodekan puak-puak jenih pelahap nih... Depa bebuat baik ada makna tuh... haha... Jangan la hang ngan Rosmah terlalai dan alpa, bangga tak ketahuan hala dan ego tak kena gaya bila dah kena jek ngan puak-puak nih...

Sejarah Mandaliar tu Jib oii, kena dok baca dan pahamkan jalan cerita. Agak-agak hang la, hang boleh dapat dak bunga malai tu kalau hang tu berpelikat ngan singlet pagoda macam Pak Long nih... hihi...

Nih... Mak Long hang cuma pesan satu ja Jib oii... ingatla, segala puji-pujian hanya bagi Tuhan Yang Esa...

Wassalam...

Tuesday, February 07, 2012

Gulai ubi daging cincang...

2 juta komen
Salam semua...

Terkesan betoi Pak Long ngan apa yang hj Karim ceramahkan kat Pak Long masa beremba balik dari surau kemarin... Nasik minyak ngan gulai ubi daging cincang kenduri Maulud surau pun dah hilang bau... kerabu tomato jadi hilang pedaih... Letih berhidang pun jadi lega, sedap betoi tazkirah pendek hj Karim...

Pak Long tau sangat la hj Karim tu, dia bukan tak suka orang-orang kampung kutip duit buat kenduri sambut Maulud tu. Tapi dia sedih tengok lebih ramai bebudak yang berselawat dari orang tua-tua yang umoq gawat... Dia semak kepala tengok perjuangan dan pengorbanan nabi dah macam tak dihargai.

Sambut Maulidur Rasul tu baik tapi kebaikan dari sambutan tu belum tentu semua orang dapat.

Sambut Maulidur Rasul ni bukan takat berlarak sambil berselawat, lepaih tu tersandaq urut perut yang dah bulat... Kita bukan buat majlis ni untuk nak menunjuk-nunjuk ngan kejayaan kita boleh dok himpun seluruh warga. Kita nak kena buat kerana Allah Taala, bukan pasai manusia... baru benda ni jadi satu ibadah dan mendapat barakah. Biaq anak-anak kariah balik dengan semangat juang yang ada kat nabi Muhammad s.a.w... pengorbanan baginda jadi pedoman, amalan baginda jadi panduan.

Tuhan dah pesan dalam al-Quran:
Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu. (al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad adalah idola kita dikala satu dunia dok cari cara hidup yang sejahtera. Segala mak nenek yang ada kat Rasulullah adalah contoh terbaik buat umat manusia.

Beliau sorang ketua negara yang amanah dan cekap tapi pasai apa ramai sangat dari kita yang ikut kepala lutut. Beliau sorang suami mithali, sorang bapa yang bijak yang menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak tapi berapa kerat dari kita ja yang sedaq. Banyak masyarakat kita dah ketagih memaki bini, nama anak kena bilang ngan jari... Beliau jugak sorang sahabat yang setia, sorang jiran yang memahami jirannya tapi berapa banyak dari kita yang terlupa jiran kita nama apa, kawan kita dok buat keja apa...

Ini yang membimbangkan hj Karim. Sambut Maulud gila-gila, tapi hasil habuk pun tak ada... habih duit ribu-ribu tapi masyarakat dok nak jadi hantu...

Pegangan agama kita masih longgaq pasai tiap-tiap tahun sambut tapi tak sedaq-sedaq. Ada yang lagi jelabaih, siangnya sambut Maulud tapi malam pula jadi musang pulut... Akhirnya selawat yang didendangkan pada siangnya dah jadi permainan dan pertunjukan.
Jom la kita pakat-pakat jadikan Muhammad sebagai idola kita, jadikan kehidupan nabi sebagai pedoman dan amalan kita sehari-hari. Dunia Islam la dah makin gawat dengan pelbagai masalah yang hanya boleh diselesai mudah dengan Islam.
Mai la kita sesama merealisasikan perkara ni dengan mencontohi Rasulullah dalam segenap segi kehidupan kita.
Wassalam...

Saturday, February 04, 2012

Gambaq paling lawak...

12 juta komen
Tak lawak mai mananya dah Mak Long hang tengok muka dia konfiden semacam jaa... haha...

Salam...

Mak Long hang yang tak sekolah tinggi pun tau beza, warna merah ngan warna putih... haha...

Dulu dia bukan sekolah cina punn... tapi bila sebut ang pow ja, dia pun tau ertinya. Ang tu merah dan pow tu maknanya sampul... Sampul merah...

Pak Long pun bukannya ada pantang warna macam puak-puak bangsa Cina tuh... tapi kita ni bila dah dok lama berjiran pulak ngan Ah Seng dan si Lucy tu, apa orang kata... kena la jugak ambik tau sikit sebanyak cara hidup depa...

Tu yang Pak Long ngan Mak Long hang nak tergelak sangat tu, Berahim dah kantoi kali ni. Ni tahun naga la Berahim oii, bukan tahun katak... haha... Entah-entah si Berahim ni bebuat buta warna tak. Ataupun dia memang buta budaya Cina ni yang memang banyak sangat ngan pantang larang depa... haha...

Pa pun bagi Pak Long benda tu kecik sangat la. Jangan la pasai isu hampaih camni hangpa semua pakat hantam Berahim yang Perkasa tu sampai naik lembik... haha... Isu besaqnya yang Pak Long nampak ialah... tang mana yang si Berahim ni balaih duit sampai 10 ribu... Tak dengaq pun kata dia juai lembu atau juai katak pasai nak bagi ang pow kat cina... haha...

Pa pun, tok sah dok kira la sampul kaler apa... dah dia bagi duit tu, balaih ja laa. Jangan dok banyak songeh... hihi...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails