Saturday, March 31, 2012

Najib tersampok hantu cina... haha...

4 juta komen
Salam semua...

Kesian kat Najib, Pak Long dengaq dia ni tak sihat, meracau-racau... demam nak boleh akai kot... hihi... jenuh buat buboq kanji la Rosmah dok layan Najib... haha...

Dua hari lepaih punya cerita la ni... masa balik dari Pekan, port besa depa la tu lepak main dam sampai ke tengah malam... tetiba ja tayar motor si Najib ni pancit... Rumah jauh lagi, kena tolak motor jalan kaki... sampai kat satu simpang, si Jib yang akai pendek ni pun ambik la shortcut, tak sabaq gamaknya nak jengok Rosmah di rumah...

Tapi shortcut tu lalu kot kuboq cina. Najib ni yang memang jenih penakut... haha... nak terkencing dalam seluaq dia bila tetiba dengaq bunyi orang dok katok batu. Segala mak nenek punya bulu Najib dah terpacak habih... Rupa-rupanya sorang apek dok pahat batu kuboq...

"Aiyaaa... apek, lu apa bikin kerja malam-malam... bikin orang saspen ja... esok siang buat laa...", kata si Jib marah-marah.

"Aiya, itu bollo punya olang maaa... gua punya nama pun tulis talak butull... ", kata apek tu...

Lepaih tersampok tu la kot yang Najib meracau-racau tak ketahuan kepala ekoq mintak maaf merata kat rakyat jelata... kahkah...

Wassalam...

Wednesday, March 28, 2012

Kesian kat Umno...

5 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni orang kampung yang di besaqkan dalam era segalanya Umno. Umno diterima pasai orang kampung dulu tak banyak songeh macam orang la. Depa malaih nak bertoje pasai-pasai parti nih. Depa pun tak tau dasar parti tu menatang apa. Orang dulu-dulu mudah percaya dan depa pakai percaya ja kat orang yang depa lantik sebagai pemimpin depa. Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa.

Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja...

Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe...

Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq.

Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat...

Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala... Pokok moktan depan rumah, buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak...

Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata...

Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah...

Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah...

Kesian kan kat Umno nih...

Wassalam...

Monday, March 26, 2012

Ni bukan pasai Anwar la woii...

5 juta komen
Sekawan orang berpolitik cara lembu...

Salam semua...

Cuaca waktu siang la ni panaih kemain. Lain macam punya panaih, meruwap macam ngan nak hujan, tapi tak hujan pun. Kelmarin ada la rintik-rintik sikit, tapi dok panaih camtu gak la sampai ke petang...

Baguih gak untuk Pak Long time panaih-panaih camni. Lembu-lembu Pak Long senang ja lepaih bagi cari makan. Mengkalu sejuk, kena pulak time hujan... lembu pun segan nak melilau ngan kawan... haha... Camtu gak la bila time-time politik negara tengah panaih nak pilihanraya nie, lembu-lembu politik pun melewaq sakan, ngan kengkawan nak cari makan... hehe... Dah macam tongkang pecah dah Pak Long dengaq...

Politk kita ni... naik lebih kurang serupa ja sapa pun, bukan salah orang tapi salah diri kita... Hat Umno cara Umno, yang Pakatan masalah ngan Pakatan. Yang selalu dok jatuh bukan pasai lawan kita terlebih kuat tapi pasai kita lemah, kesatuan tak berkat.

Camtu gak la yang Pak Long dok tengok ngan Umno, depa suka garu tak kena tempat. Gatai belakang tapi garu tang pungkok. Hangpa kena kuat bersatu kalau nak perjatuh Pakatan, bukan hantaq lembu-lembu ajak Pakatan lawan. Hangpa kena layan rakyat dengan berhemah, bukan tubuh geng taboq fitnah. Rakyat bukan pekak dan bangang macam zaman Tok Nadoq dulu lagi dah... rakyat cerdik, ramai yang pi sekolah.

Hangpa ingat rakyat percaya ka si Nalla punya gempaq kelin. Hangpa ingat rakyat ghairah ka tengok lenggok fitnah dari si Umi tu... Hangpa silap, pasai fitnah dan gempaq kelin ni timbui bermusim. Timbui time panaih dekat pilihanraya, mampuih hidup balik rakyat nak percaya.

Pakatan tak payah keluaq modai sekupang pun sebab bila rakyat dah meloya, fitnah tu akan makan diri hangpa... jadi la Umno korek lubang kuboq hangpa sendiri. Lembu-lembu upahan ni la yang tolong pedalamkan lagi lubang kuboq hangpa nanti... haha...

Puak-puak ni ingat perburuk Anwar Pakatan akan lingkup, sori laa...

Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi depa dah meluat dengan hapraknya Umno mentekedarah duit rakyat ikut suka mak bapak depa... Rakyat sokong Pakatan bukan pasai Anwar tapi pasai nak tengok keadilan Islam untuk semua ditegakkan melangit dibumi tercinta... Keadilan bukan pasai Anwar, tapi untuk semua kita... jangan buat tak paham bahasa.

Jadi kalau si Umi sanggup berpimpin tangan ngan si Nalla pasai nak ligan Anwar sampai tak cukup tanah pun rakyat dah tak peduli, sikit pun tak iri hati. Kalau boleh, ajak sekali ngan Hassan Ali... hehe... baru meriah drama hangpa nanti...

Wassalam...

Friday, March 23, 2012

Penjara kita syurga depa...

3 juta komen
Salam semua...

Hidup ni memang tak mudah, kalau nak mudah ja... baik tak payah hidup... haha... Pak Long tak tau la hangpa pikiaq camana tapi suka tak suka, macam tu la hidup. Lebih lebih lagi kalau nak dikaitkan dengan hidup mengikut nilai-nilai murni Islam. Macam sabda Rasulullah;

"Dunia ni ibarat penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang kafir"
Riwayat Imam Muslim.

Biaq kita rasa dipenjara ataih rasa cinta terhadap Allah Taala tak pa dari kita rasa ghairah macam syurga, terlalai dik kerenah manusia. Buat la sesuatu tu jangan dikernakan oleh sesuatu kerna yang lain dari kerna Allah Taala...

Tapi besa la kan, cakap mudah... nak buat tu yang payah. Payah nak istiqomah, pasai istiqomah ni la bagaikan tembok tebai yang memenjara diri mukmin dari melakukan perkara yang dikeji Allah s.w.t... Lagipun memang dah tabiat manusia lagu tu... hat yang tak elok tu la yang depa buru, yang hodoh kelaku tu la yang depa tuju dulu...

Pak Long pun tengah belajaq jugak, melatih diri dengan membuat sesuatu tanpa harapkan sebarang balasan. Ya la kan, nanti pulun sembahyang pun pasai pahala, pakat-pakat posa pun pasai ganjaranNya... tolong orang sana-sini pun pasai syurga... habih ikhlaih berteraboq kemana hala... bukan dah pasai Allah Taala... tapi ada sesuatu yang menyelinap dalam jiwa...

Memang syurga dicipta Allah untuk hamba hambanya yang layak saja... yang tak layak, neraka jahannam la jawabnya... Percaya syurga dan neraka adalah tanda keimanan kita kat Allah Taala juga... tapi soal pahala dan syurga ni tak boleh la di beratkan sangat. Buat biaq ikhlaih, jangan dok harap dibalaih... buat sesuatu kerana Allah Taala, bukan pasai pahala atau syurga...

Apa pun, syurga ni memang unik... dicipta indah oleh Allah untuk hamba hambaNya yang indah...

Dari Jabir r.a katanya, dia ada dengaq nabi s.a.w bersabda:
"sesungguhnya penduduk syurga makan dan minum di dalamnya. Tetapi mereka tidak meludah, tidak kencing, tidak membuang air besar dan tidak membuang hingus.

Para sahabat bertanya:
"Bagaimana makanan yang mereka makan?

Jawab baginda:
"Keluar dari sendawa yang baunya harum seperti bau kasturi . Mereka selalu membaca tasbih dan tahmid sebanyak tarikan nafas mereka."

Hmm... macam tu lah indahnya syurga dan uniknya penghuni syurga... hangpa tak mau jadi unik ka... haha...

Wassalam...

Tuesday, March 20, 2012

Beskal buruk atau Ferrari...

6 juta komen
Salam semua...

Patut la Mak Long hang tak bagi Pak Long pakai keta nih... hehe... mudah terbakaq rupanya... haha... Pa pun Pak Long tumpang sedih gak la ngan musibah yang menimpa hamba Allah nih, kesian gak kan. Dia pun tentu tak mau benda alah ni jadi kat dia, ketentuan Allah jugak tuh...

Pak Long ada gak terbaca, banyak kes eksiden kat negara kita ni berakhir ngan terbakaq. Asai eksiden ja terbakaq, asai terbakaq ja mesti lepaih eksiden... Betoi tak betoi tah la kan, depa kata pasai keta yang terbakaq tu pakai minyak murah... pa nama RON95 kot.

Tapi dalam kes ataih ni, mana ada eksiden pun. Lagi pun, takkan la keta mahai camni boleh pakai minyak murah kot. Orang kaya ja boleh pakai keta jenih ni... takkan dia gamak pakai minyak yang hanya dikhaskan untuk rakyat kelaih rendah nie kot... hehe...

Anyway, tima kasih kat si Dzulkeffli Mustapha ni, Pak Long cedok gambaq dia dari Berita Harian... gambaq menunjukkan api sedang marak membakaq keta mewah jenih Ferrari ni kat KM28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) berdekatan Mantin, Negeri Sembilan, pagi tadi. Camana pun dreba dia selamat, sorang lelaki berusia lingkungan 50an...

Memang kita boleh kelaihkan rakyat kita antara minyak murah ngan minyak mahai... beskal buruk dan keta mahai... Jawatan tinggi dan rendah, dok di ofis atau bersawah... Tapi mau dok ingat, ketentuan Allah ni tak dak kelaih-kelaihnya. Nak sakit demam ni sama ja tak kira sapa. Hang menteri atau dreba... sakit nak mati tu rasa serupa, bukan ada kelaih ikut baju pakai kita...

Sebab tu bila dah mati, kena tinggai habih anak bini. Waima harta berlori-lori, tak kira la beskal buruk atau Ferrari... hehe... Hanya yang ada, kita ngan Yang Maha Esa...

Wassalam...

Thursday, March 15, 2012

Nak tegoq Najib sikit nih...

13 juta komen
Salam semua...

Amboii... berahi semacam la majlis perasmian sidang Parlimen ke-12 kemarin tuh... hehe...

Ingatkan Pak Long ja yang risau terlebih, ketat sangat takut terburai habih...
Rupanya merata dah orang bercerita, meriah dan glemernya first lady kita...
Dah macam sarung nangka, berketoi-ketoi disini sana... haha...

Tapi puak-puak Umno lagi gila... Dah ada yang tanya tang mana Islamnya pun tah la... haha...

Jib oii,
Politik ni persepsi...
Silap haribulan bini-bini jadi liabiliti...
Bila pakaian depa terlebih ranggi...
Sampai tak tau mana bini, mana menteri...

Kesian la kat umat Umno tu sama...
Kelaku bini satu Umno tidoq tak lena...
Tegoq la bini hang tu sama...
Jangan sampai telunjuk mencucuk mata...

Nih Mak Long hang tanya...
Peshen lagu tu pa namanya...
Tengok pun dah tak berselera...
Nampak hodoh sungguh laa...

Wassalam...

Monday, March 12, 2012

Shahrizat ni buat lawak ka...

6 juta komen
Salam semua...

Lama jugak Pak Long tak jenguk kisah politik kita yang tak pernah sejuk gedi ngan isu nih... Ada saja yang timbui, panaih menggelegak... hehe... Dan yang paling gamat orang dok bercerita tentulah pasai si Menteri yang jaga pompuan buat pengumuman nak letak jawatan...

Bab dia letak jawatan ni sebenaqnya tak mengejutkan sangat pun... tak jadi isu besaq langsung di kedai kopi hj Karim pagi tadi. Orang pakat-pakat gelak berlambak, depa ingat Shahrizat buat lawak... haha....

Tak lawak mai mananya, ramai yang tau dia masuk duduk jawatan kabinet tu pun mai kot pintu dapoq... melalui Dewan Negara... haha... dilantik Najib selepaih kalah ngan pa nama anak Anwar Berahim tu masa pilihanraya lepaih. Jadi, 8 April yang dia pilih sebagai nak 'bersara' dari jawatan kabinet tu kena ngan time Senator dia tu dah nak habih tempoh... Awat yang hang pi tunggu 8 April, awat tak lepaih jawatan hang la ni atau pun lebih awai lagi mengkalu hang betoi-betoi bertanggungjawab...

Pak Long rasa Najib dah gempaq hang awai dah kot... tak mau sambung dah hang tu sebagai Ahli Dewan Negara... Maklum la, pilihanraya dah dekat dah nie... tu yang hang lepaih bagi awai sikit kot, tak la nampak macam orang terbuang sangat... haha...

Tapi wayang hang ni tak menjadi la Shahrizat oii... puak-puak Pakatan tentu suka la dah hang bagi peluru hidup kat depa, boleh dok mengutuk hang kaw-kaw punya. Tapi camni punya drama, orang Barisan pun boleh muntah hijau punya, meluat tahap gaban... haha...

Kalau tak salah Pak Long la, selaku Senator hang boleh berkhidmat selama dua penggai ja, atau selama enam tahun. Tu pun kalau Rosmah berkenan kat hang la... haha... Tempoh penggai pertama hang tamat 8 April ni... Kalau tempoh perkhidmatan hang tak disambung, maka kedudukan hang sebagai anggota Kabinet akan gugur secara otomatik... ni bermakna hang tak boleh dah pegang jawatan menteri. Jadi, pengunduran hang pada 8 April tu kena dilakukan dan bukan ataih pilihan hang sendiri. Dah jadi sukatakrela, bukan ataih tanggungjawab...

Tapi besa la, hangpa tok sah dok pi tanya Najib ngan menteri-menteri angguk yang lain tuh... Pengumuman Shahrizat mesti disambut baik punya... haha... Dah tau dah, tektik nak alih isu nie... hehe...

Wassalam...

Friday, March 09, 2012

Marah...

4 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang pun sebenaqnya tak dan lagi la nak buat kajian betoi ka dak apa yang orang tua-tua kita kata, orang yang pemarah ni cepat tua... haha... Kadang-kadang orang tua-tua kita ni gempaq ja lebih, mungkin sebagai satu peringatan yang agak berkesan jugak la kat anak-anak muda depa supaya jauhkan diri dari menjadi seorang yang pemarah...

Sikap marah yang ada kat manusia ni sebenaqnya anugerah dari Allah jugak kat hamba-hambaNya. Anugerah tu sebagai amanah, amanah pulak kena la mai dengan tanggungjawab. Jadi kita tak boleh buang sifat marah nih, kita kena belajaq kontrol saja. Kita kena kontrol marah jangan sampai sikap pemarah tu yang kontrol diri kita dan menyebabkan kebinasaan. Bila dah sampai maqam tak boleh nak kontrol ni la maka sikap pemarah ni boleh jadi sikap yang amat negatif sekali kat manusia.

Jadi hari ni saja ja la Pak Long teringin sangat nak ajak hangpa semua menelaah sikap amarah yang ada pada kita. Bukannya apa, dari kita dok marah tak tentu hala kat orang-orang politik dalam sistem demokrasi ala Malaysia nih, baik jugak kadang-kadang tu kita check tengok boleh ka dak kita belajar kontrol sikap amarah kita jangan sampai memudaratkan diri sendiri.

Kadang-kadang kita tau, bukannya tak tau yang marah tu tak baguih untuk diri. Tapi yang tau kata tak baguih tu la yang kita dok buat jugak... haha... Kita tau marah-marah ni tak baguih untuk kesihatan, tapi dah amarah dalam diri tu jadi tak terkawal... maka kita pun termarah jugak.

Apa yang Pak Long selalu pesan kat anak-anak ialah bila kita jadi orang yang suka marah-marah, maknanya kita tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi. Rugi ngan pasai kita tergolong dalam golongan orang-orang yang gagal kontrol marah dia. Marah dah jadi raja dalam diri kita... tak haru ka?

Orang yang marah marah selalunya disebabkan oleh hati dan pikiran yang penuh dengan perkara-perkara negatif. Kata-kata yang bermain dalam kepala dan dimulut jugak negatif. Menjalani hidup seharian jugak dengan sifat-sifat yang negatif. Maka kita akan rugi serugi-ruginya kerana sifat-sifat negatif tadi akan menjauhkan diri kita dengan Maha Pencipta, kerugian yang tak dak nilainya di dunia...

Bukanlah orang yang kuat itu dengan ukuran kuat dalam bergelut, tetapi orang yang kuat itu ialah orang yang dapat mengawal dirinya tatkala ia sedang marah – Sabda Rasulullah s.a.w.

Jadi Pak Long nak nasihatkan diri Pak Long dan anak-anak semua, kalau nak bahagia dan aman jiwa raga, kita perlu asuh dan didik diri menjadi orang yang bijak dan berjaya mengawal rasa amarah. Biaq kita yang mengawai emosi marah, bukan marah yang mengawai diri kita. Marah tu adalah emosi dan emosi sepatutnya boleh dikawal selia... bukan dok biaq bermaharajalela...

Melatih diri untuk bertenang boleh mengajaq kita mengawal emosi marah tersebut. Sesiapa yang dapat meletakkan ketenangan dalam hatinya maka ia berjaya mengelakkan rasa amarah dari bermaharajalela dalam dirinya. Dan hati yang tenang adalah hati yang selalu mengingatkan akan Allah s.w.t.

Pak Long ni punya berdoa la siang dan malam agar semua kita diberi hati yang tenang hasil dari zikir hati pada Allah. Mulai hari ini, elakkan lah sikap mudah marah atau suka marah-marah dengan berzikir pada Allah. Insyaallah, kejayaan dan kebahagiaan pasti menanti kita jua.

Wassalam...

Monday, March 05, 2012

Jom perbetoi diri...

6 juta komen
Salam semua...

Banyak kali jugak dah Pak Long dok pesan kat anak-anak, Islam tu adalah cara hidup. Ambik Islam tak boleh dok ambik sekerat-sekerat, kena ambik keseluruhan Islam ke dalam diri. Sebagai sorang Islam secara tak langsungnya kita terlantik sebagai duta dan pendakwah bagi mengembangkan agama Islam dengan cara kita sendiri sekadar termampu. Dakwah ni termasuklah dengan tingkahlaku kita dan cara hidup kita seharian.

Disinilah pentingnya kita memperbetoikan sikap kita menghadapi sesuatu isu yang bersangkut paut dengan Islam. Bukan apa, Pak Long takut anak-anak Pak Long tersilap langkah dan terlepaih cakap membuatkan persepsi bukan Islam terhadap Islam akan terpesong.

Jauhkan lah sikap melayan isu secara emosi dan adat. Rujuk saja kepada Al.Quran atau Sunnah Nabi. Perkara asas yang perlukan fatwa jangan sesekali dibincangkan secara terbuka tanpa rasa takut melakukan kesilapan. Biaq majlis fatwa buat kerja, jangan bagi depa dok saja makan gaji buta pasai ni tanggungjawab semua.

Sekiranya kita sebagai pendakwah menjalankan peranan kita dengan sebaik mungkin, nescaya Islam akan cemerlang dengan sendirinya. Agama Islam adalah agama Allah s.w.t. Rahmat Allah akan senantiasa melimpah ruah untuk dinikmati semua.

Islam sebagai satu cara hidup adalah satu cara dakwah yang paling berkesan terhadap kaum yang ingin belajaq. Bagi yang nak belajaq la... haha...

Kawan sekeliling akan memerhati tingkah laku kita sebagai tingkah laku seorang Islam. Kawan sekeliling jugak akan tengok apa yang terucap dari mulut kita sebagai kata-kata dari seorang Islam. Elok tingkah laku kita akan elok lah Islam dipandangan depa. Molek kata-kata kita maka comei lah Islam di mata depa. Inilah cara dakwah yang terbaik dan mudah. Tapi Pak Long pun tau, yang nampak mudah tu la nak capainya payah... Payah pulak janganla gelabah, kerana disebalik susah payah tu lah adanya indah...

Tak payah la slogan berapi-api, kata-kata jenih dok bangga diri... yang pentingnya perbetoi dulu diri sendiri. Kemdian perkemaih famili sebelum jengok satu negeri.

Apa yang perlu kita perjuangkan ialah, Islamkan lah hidup kita. Islamkan lah politik kita. Islamkan lah gaya percakapan kita. Islamkan lah budi bahasa kita. Islamkan lah budaya kita. Islamkan lah tingkah laku kita. Islamkan lah cita cita kita. Insyallah, kita akan jadi pendakwah yang baik...

Wassalam...

Sunday, March 04, 2012

Gambaq lawak menjelang pilihanraya...

14 juta komen
Salam semua...

Pak Long gelak guling-guling tengok gambaq yang Mak Long hang pilih kali nih... haha... Tak gelak mai mananya, yang jadi peneman kat belakang lagi ramai dari yang nganga terkangkang... hehe... Bila penceramah pakai kain... orang tengok dah rasa lain. Mampuih majlis nak berseri... bila dah tau poket tak berisi... kahkahkah...

Mak Long hang kata gambaq ni dia jumpak kat fesbuk, majlis MIC yang dah dekat-dekat nak mati berdiri... hehe... Chitt!! buat malu kat Hassan Ali ja... hehe...

Orang politik kena bersungguh...
Berputaq cakap, akai kena jenuh
Jumpak rakyat tak la pecah peluh...
Asaikan poket isi mau penuh

Orang politik kena kuat...
Otak simpan biaq mulut ligat
Biaq luaq nampak sihat...
Dalam mereput tak nampak lihat

Orang politik kena pandai...
Ada akai kena dok pakai.
Baru hidup tak macam bangkai...
Tempat rakyat tumpang ramai.

Ni la kot pasainya yang Mak Long hang tak bagi Pak Long masuk politik nih... takut majlis Pak Long pi jadi camni, malu la Mak Long hang nak mengaku bini... hehe...

Wassalam...

Friday, March 02, 2012

Cerita Najib hari Jumaat...

2 juta komen
Salam semua...

Orang kita ni memang terkenai. Mengkalu terkenai kot belah elok tu tak pa la jugak, Pak Long pun tak kisah tapi kebanyakanya terkenai kot belah hodoh, tu yang tak sedap tuh... haha...

Sikap dengki, cemburu dan busuk perut ngan apa yang orang lain ada dan capai tu cukup tebai dan kuat bersarang dalam hati. Ramainya jenih yang tak suka tengok orang lain lebih dari depa, syok sungguh tengok nikmat orang lain hilang. Dah tu dok harapkan depa ja lebih dari orang lain... tak ka hodoh lagu tu...

Pak Long teringat cerita tiga budak hitam yang si Jib cerita kat Pak Long dua tiga hari lepaih... kes busuk perut jugak la nih... haha...

Tiga budak hitam ni sedang berjalan-jalan di persisiran sebuah pantai. Tau-tau ja sorang dari mereka tertendang sebijik botoi. Dia pun ambik botoi tu yang tertutup rapat ngan penutup gabuih. Depa pun naik heran dan tertanya-tanya menatang apa dalam botoi tuh. Lalu salah sorang dari depa pun membukanya. Sebaik terbuka ja botoi tuh, terbitlah sekoq jin yang amat besaq...

Jin yang dah lama tak gelak tu pun gelak lah terbahak-bahak lalu berkata "Sapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku dah terkurung dalam botoi ini selama 54 tahun dah. Dalam masa terkurung tu aku dah bersumpah akan sempurnakan 3 hajat sesapa saja yang membebaskan aku dari botoi ni.. Nah! la ni hangpa semua mintaklah apa-apa pun, akan aku tunaikan"

Ketiga-tiga budak hitam tu mulanya terkejut tapi lama-lama rasa syok sangat bila jin tu tawaqkan untuk tunaikan permintaan depa. Jin pun berkata kat budak yang pertama, " Mintaklah!" Budak hitam pertama pun kata. "Keluarkan lah aku dari parti UMNO, aku nak join parti KITA... yang lebih gren dari semua..." Jin tu pun tunaikan lah permintaan dia. Lalu budak tu pun bertukaq baju pakai uniform KITA.

Jin tu pun berkata pulak kat budak hitam kedua,"Hang mintak la pulak!". Budak hitam kedua pun berkata. "Keluarkan lah jugak aku dari UMNO pasai aku nak join PERKASA, yang tentunya lebih glemer dari budak pertama". Jin pun tunaikan jugak permintaannya. Lalu budak tu pun bertukaq uniform pakai baju PERKASA.

Jin pun berkata kat budak hitam ketiga, "Giliaq hang pulak untuk mintak!". Budak hitam ketiga pun berkata ."Keluarkan lah jugak aku dari UMNO, aku sunyi dok sorang-sorang... aku nak join JATI pulak... pejuang unggul agama dan bangsa. Tentu lebih gren dan glemer dari budak yang pertama dan kedua".

Jin pun berkata. " Tak boleh, permintaan hang tak boleh di tunai pasai JATI tu perjuang bangsa Melayu saja sedangkan hang tu pulak MAMAK... Mintak la yang lain..." Budak hitam ketiga jadi heran dan panik lalu berpikiaq apa lagi yang dia nak mintak...

Lepaih lama berpikiaq, budak hitam ketiga pun berkata" Kalau dah camtu, aku mintak hang bawak la depa dua orang kawan aku tu balik masuk dalam UMNO, aku takut dok sorang-sorang dalam UMNO nih..." Lalu jin tu pun tunaikan lah permintaannya. Dua orang kawan hitam dia tu pun balik lah kedalam UMNO terpinga-pinga...

Jin tu pun belah, tinggai lah ketiga-tiga budak hitam tu tadi tercengang-cengang dan bengang pasai satu haram apa pun tak dapat...

Moral dari cerita si Jib pasai tiga budak hitam tu, jangan la dok busuk perut sesama UMNO sampai tak boleh langsung tengok kawan depa kurang UMNO sikit dari depa... harap gempaq ja lebih, last-last satu habuk pun tarak... haha...

Pa pun terima kasih la kat hangpa semua pasai buang masa dok layan cerita dongeng dari Pak Long ni ha... syok gak sekali sekala boleh dok layan jin cakap Penang nih... hehe...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails