Kalau tanya Mak Long hang, dia pun mau gak sistem pilihanraya yang bebaih dan adil. Hangpa ingat dia dok kalut ngan ayam itik, dia tak tau ka Bersih tu nak tuntut apa... haha...
Pilihanraya yang bersih ni bukan pasai Anwar atau hj Hadi, kalau tak dak depa sekalipun... yang mana patut bersih memang kena bagi bersih la. Bukan pasai Ambiga atau Pak Samad, bukan pasai sapa-sapa tapi kerana rakyat. Kerana rakyat berhak untuk punya kosa mutlak tentukan kerajaan yang depa nak...
Cumanya, Bersih kali ni kata nak duduk dan bantah... tapi pasai apa dekat nak habih pi jadi medan rakyat berbalah... tak cantik la lagu nie...
Ni bukan duduk dan bantah, nampak dah macam meniarap makan tanah... haha...
Pak Long pun serba salah, tuntutan Bersih yang murni pi jadi tempat rakyat ngan Polis bertelagah. Ni yang buatkan orang kampung gelabah... tak jumpak yang cantik, dok nampak koi pelan payah... Bersih bukan wakil memana parti, hanya rakyat yang depa wakili... Patutnya laungkan kebebasan dan keadilan, bukannya jeritan menyokong Pakatan...
Bersih ni bukan saja perlu bersih, tapi hendaklah jugak nampak bersih dan dilihat bersih... sebelum buat tuntutan membersih...
Hadoiihh...
Pa pun, benda yang lepaih tu dah lepaih dah... calaq balaq, lebam yang patah-patah... Melayu kan ka mudah lupa, semua tu akan jadi sejarah besa ja... haha...
Pesan Mak Long hang... Buat silap tu tak pa, tapi perangai tak mau belajaq dari silap tu la yang bahaya... Jadikan setiap kritik yang kita terima, sebagai jalan perbaiki diri dari terhina...
Wassalam...








