Thursday, May 31, 2012

Tahniah Amy Search

39 juta komen
Salam semua...

Pak Long dok ingat lagi sebelum ni heboh sakan kat intenet kata si Amy, penyanyi rock terkenal tu dah berat kot belah perjuangan Pakatan Rakyat. Mak Long hang pun serupa la terutama sekali bila depa tengok gambaq si Amy tu dok bertepuk tampaq mesra ngan Nik Aziz... haha...

Besa la kan, puak-puak Pas yang jenih gedik artis ni pun ramai jugak termasuk la Mak Long hang. Depa ni la yang lebih-lebihnya, pakat tempek la gambaq Amy bersama-sama Nik Aziz tu merata-rata waima sampai ke dapoq masak... Maklum la kan, time kentut wangi... haha...

Tup-tup kelmarin ni meletup cerita si Amy ni dah masuk Umno... haha... Rasa macam terhenti dunia, terlopong Mak Long hang... haha... Tak percaya pun tak boleh, siap ngan gambaq lagi sama-sama ngan tiga lagi artis yang beraksi menyerahkan borang Umno kat Setiausaha kerja Umno....

Dengaq cerita Mak Long hang macam ngan tak selera dah nak dengaq lagu Fantasia Bulan Madu... hihi... padan muka...

 
Apa pun Pak Long nak ucapkan tahniah. Kita kena hormati, ni pilihan Amy dalam ruang demokrasi. Kita kena matang dan Pak Long setuju sangat kalau semua artis-artis kita nyatakan pendirian politik depa tanpa rasa takut dan segan. Syabas jugak pada yang telah berani ke depan sebelum nie...

Orang tua-tua selalu pesan, nak kenai orang tengok ngan sapa depa berkawan. Biaqlah lepaih ni kita pakat-pakat kenai artis kita melalui parti mana yang depa sertai. Bagi peluang depa pilih parti yang depa rasa boleh jamin anak bangsa depa terbela. Depa pun manusia jugak, ada naluri dan cita...

Cumanya Pak Long dok heran ni, ada jugak no Umno cawangan Dataran Merdeka... haha... Errr... yang si Jamal tu nak masuk Umno sampai berapa kali? Hang bukan dah Umno ka sebelum nie...

Ishh... tak sabaq pulak Pak Long nak tengok Amy, Mus dan Jamal nyanyikan lagu Umno di Perhimpunan Agung Umno nanti... camana la gamaknya lagu Umno tu jadi nanti noo... haha...

Wassalam...

Tuesday, May 29, 2012

Gambaq terhodoh bulan nie...

8 juta komen
Salam semua...

Roti jala yang brikfest pagi tadi tak dan nak turun perut lagi, Mak Long hang dah kejan Pak Long... ajak jalan-jalan pusing taman. Taman sebelah rumah ja pun, senaman kononnya.... Tapi syok jugak pepagi camni jengjalan makan angin pusing taman ngan Mak Long hang.

Tapi tu la kan, senaman tu baik tapi yang baik dari senaman tu belum tentu semua orang dapat.... terutama sekali bila bersenam dengan nawaitu yang hodoh dan jijik... Ya la, macam gambaq kat bawah nie... haha...

Senaman dengan nawaitu nak tayang punggung, serupa la ngan si Ambiga tu tak dak punggung... haha...

Pak Long rasa layak sangat kalau Pak Long nobatkan puak-puak senaman punggung ni sebagai puak paling hodoh bulan nie... hehe... Tak hodoh mai mananya mengkalu agama dan bangsa akan tercalar dengan adegan 18SX puak-puak nih...

Sapa la anak cucu depa yang malang tu yerk... hadoiihh.... Naik malu pulak Pak Long tengok kelaku hodoh depa-depa tu haa....

Sebagai sorang Islam, setiap tingkah laku kita adalah tingkah laku Islam. Baik kelaku kita, baik la Islam dimata awam. Hodoh perangai kita maka hodoh la Islam dimata awam. Tambah-tambah lagi bila dah mai beralih umoq, dah mai makam warga emaih... Ishh... takkan la warga emaih berkelakuan hodoh camnie kot... mampuih keraih emaih tu takkan laku punya... haha...

Siap ngan ada yang berkopiah putih lagi... kahkahkah...

Pak Long percaya, depa-depa ni tentunya satu bakui ngan geng songkok tinggi tiga jengkai... iaitu pejuang dan pembela agama, bangsa dan tanah ayaq... Tapi masaalahnya, terbelakah agama, bangsa dan tanah ayaq dengan menonggek pepagi buta depan rumah orang? Ishh...

Err... buat puak-puak setengah masak kat ataih tu, ni ha Mak Long hang pesan nie. Kalau la orang lain tak hina kita maka jangan la kita tertunggin-tunggin menghina diri sendiri... sekian... haha...

Wassalam...


Tuesday, May 22, 2012

Ostad Azhar Idrus...

8 juta komen
Salam semua...

Fulamak cek oiii...!!! Memang ramai, memang hebat betoi la aura Ostad Azhar Idrus nih... Pak Long suka cara dia pergunakan kelebihan yang Tuhan bagi kat dia, ikut jalan yang dia percaya untuk menegakkan Islam ngan cara dia...

Tak dinafikan la, kalau tengok ke gambaq yang Pak Long ambik kat sini, sampai ada yang kata anggarannya lebihkurang 30,000 orang yang mai dengaq kuliah ostad mesra audien nih... tahniah...

Ca tengok, lautan manusia sanggup berembun memenuhi Dataran Perwaja Gurun Sabtu malam lepaih...

Yang mai tercongok ni semua pakai duit sendiri... tak dak sapa-sapa yang gatai nak sogok ngan duit ringgit dan nasik bungkuih punya. Memasing yang mai insyaallah... tentu dah pasang niat semuanya kerana Allah s.w.t...

Tu la pasai kot sampai ada yang gerun tak ketahuan hala kat dia... ishh... ishh...

Parking yang penuh sesak...

Dengaq kata yang parking sampai 3 km panjang dan sanggup berjalan kaki ketempat ceramah...

Pak Long nak ambik kesempatan ni nak ucapkan syabas gak la pada pihak penganjur yang berusaha memberi ruang, sekurang-kurangnya sedikit usaha untuk menegakkan Islam dibumi tercinta nih....

Wassalam...

Friday, May 18, 2012

BANGKAI betoi...

10 juta komen
Salam semua...

Baru sangat kita sambut hari cikgu, 16 Mei setiap tahun. Maka banyak la kata-kata puitis yang terbit, puji cikgu cikgi meleleh-leleh. Memang banyak sungguh jasa cikgu kat kita. Tanpa terkecuali, semua dari kita ni memang dibesaqkan hasil didikan sorang cikgu, tak kira la cikgu peringkat mana sekalipun. Memang patut sangat la kita puji depa sebagai tanda terima kasih.

Tapi jangan dok salahkan cikgu pulak mengkalu ada dua tiga kerat anak-anak murid depa jadi hantu tanpa tuan. Ca hangpa tengok gambaq bawah nie, anak murid cikgu mana tah la yang buat perangai hodoh nih... bangkai betoi...

Anggota polis Thailand melihat bangkai dua harimau yang diseludup dari Malaysia selepas tertangkapnya dua suspek yang bertindak menyeludup bangkai terbabit di Bangkok, Thailand, Rabu.

Siasatan awal mendapati bangkai itu dirancang untuk diseludup ke pasaran China melalui Thailand, Laos dan Vietnam ekoran harga setiap bangkai haiwan terbabit mencecah 700,000 Bath atau RM70,000. -foto BERNAMA

Pak Long tak terkata apa, Mak Long hang yang tanya ni... Polis kita buat apa sampai biaq Polis Thailand pulak yang tangkap puak-puak pemakan bangkai nih... chiitt...

Wassalam...

Tuesday, May 15, 2012

Syurga bawah tapak kaki dia...

6 juta komen
Salam semua...

Pejam celik, pejam celik... tup-tup dah pun bulan lima. Bulan Mei ni besa la kan, gegak gempita 13 haribulan lepaih pakat-pakat sambut Hari Ibu... macam la best sangat. Hari dimana anak-anak bebuat sibuk serupa ngan hari lain tak dan dah nak potong kek kat mak pak depa...

Sebenaqnya Pak Long pun tak berapa peduli sangat pasai dunia yang koi terbalik kuang ni. Tapi Pak Long rasa ketinggalan pulak, koi koi pelan tak paham dunia la ni...

Orang zaman la ni Pak Long tengok, kalau nak ingatkan mak bapak depa pun kena tunggu satu hari dalam setahun. Kekononnya hari tu telah diistiharkan dunia sebagai Hari Ibu dan ada jugak sebagai Hari Bapa. Tok sah dok janji apa la dengan depa hari tu, jangan dok ajak pi mana la depa hari tu, sibuk sesangat... pasai nak kena jumpa jugak ibu bapak depa. Baguih la tapi pasai apa kena jumpak hari tu saja. Pasai apa nak kena hormat dan ingat kat mak bapak hangpa hari tu saja. Hari lain hangpa buat tak peduli ka kat orang tua hangpa...

Last last tokey kedai kek jugak yang sengeh sampai lenguh....

Jangan buat kelaku hodoh macam orang tak sekolah. Takkan kita syok tengok budaya karut ni meresap kedalam minda kita kot. Zaman Pak Long ngan Mak Long hang dedulu ni, mana ada Hari Ibu atau Hari Bapa yang di sensasikan sampai macam la ni.

Bukan tak boleh nak jumpak mak bapak hangpa hari tu. Kan ka syurga tu bawah tapak kaki depa tapi bagi Pak Long, hari hari adalah Hari Ibu, hari hari adalah Hari Bapa. Susah nak jumpak? Sibuk dan tak dak masa? Depa bela kita lagi susah, ada depa merungut sengsara dan tak dak masa nak jaga kita?

Dah... dah... Pak Long nak pi tengok pulak bila Hari Bapak ni... nak tuntut jugak kek coklat yang sekilo punya... haha...

Wassalam...

Sunday, May 13, 2012

Gambaq terbaek minggu nie...

9 juta komen
Time ni Anwar jadik mentor Najib... hehe...

Salam semua...

Ni bukan gambaq lama dari simpanan Pak Long pun... tak kelapaq aihh Pak Long nak simpan gambaq bebudak nangoi ni, buat semak album ja... haha... Gambaq ni Pak Long jumpak dalam fesbuk.

Saja ja la... dok tengok-tengok macam menarik gak. Kiranya tu terbaek la Pak Long keluaqkan balik time-time tengah dok panaih pertembungan Anwar ngan Najib nih... hihi...

Kot-kot la depa boleh sejuk sikit bila tengok gambaq lama nih... Tapi jangan dok harap la depa nak jadi berbaik balik, tapi cuma nak peringat ja kat depa berdua tue... hangpa tu mai dari satu bangsa, satu agama... Nak berpolitik pun biaq la beradab, berdepan cara anak jantan... Tok sah la dok berpolitik cara selak kain hang aku, tak elok lagu tu pasai agama dan bangsa kita jugak yang akan dapat malu...

Jaga agama dan bangsa ni hak mutlak kita semua, dah terletak kemaih ataih batu jemala kita... suka tak suka kena la redha. Mau tak mau kena la pakat-pakat jaga...

Wassalam...
Related Posts with Thumbnails