Tuesday, June 26, 2012

Gambaq yang paling geli geleman...

18 juta komen
Salam semua...

Pak Long percaya...
Kalau kita renung lama-lama gambaq ataih nie, kita akan rasa satu macam punya geli geleman...
Geli geleman tahap kronik boleh memaksa diri kita sampai ke peringkat meloya...
Meloya yang terlampau boleh buatkan bulu tengkok kita meremang...
Bila bulu tengkok meremang, otomatik membuatkan kita rasa kembang tengkok nak muntah...
Bila rasa nak termuntah tu ujud, maka mata akan berayaq...
Mata berayaq akan diikuti lidah yang sedikit terjuih keluaq...
Lidah yang terjuih keluaq ni akan diikuti dengan sedikit sakit di bahagian perut...
Sakit perut jenih ni sat ja, kita panggil sebagai melugai...
Melugai ni jika di biaqkan akan membuatkan kita tak lalu nak makan...
Tak lalu nak makan ni kalau kita amalkan setiap hari akan menyebabkan kita jadi kuruih...
Kuruih yang seimbang ni sebenaqnya baik untuk kesihatan...
Bila kesihatan kita baik maka kita akan kelihatan cantik...
Kecantikan ni amat baik terutama sekali untuk Mak Long hang yang kian hari kian kembang...

Haha...

Maka, Pak Long dah buat satu keputusan penting. Tanpa tanya pendapat anak-anak, Pak Long nak besaqkan gambaq kat ataih ni... framekan elok-elok untuk dilekatkan di ruang dapoq rumah Pak Long... Harap-harap Mak Long hang akan jadi slim dan cantik sebelum pilihanraya ke 13 nanti, insyaallah...

Pesan Pak Long, setiap apa yang kita buat ataih dunia ni yang berserta dengan niat ikhlaih agar dapat memudahkan kesulitan insan lain maka ia adalah satu sedekah... Sesungguhnya nikmat Allah itu amat luaih andai kita dapat mengetahuinya...

Jadi, alhamdulillah... anggap saja apa yang depa berdua buat dalam gambaq tu jugak sebagai satu sedekah... moga depa berjaya buatkan Mak Long hang tak lalu nak makan... hehe...

Wassalam...

Saturday, June 23, 2012

Biaq Najib pun tak lena sama...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long menyeru semua anak muda...
Jom bersama Islam untuk semua...
Malaysia bukan untuk kita saja...
Tapi untuk anak cucu semua bangsa...

Jangan ghairah ngan bodo sombong saja...
Bangkit kita membuat jasa...
Biaq Mahathir menggigau senja...
Mai pastikan Najib pun tidoq tak lena...

Dengaq pesanan Imam Hassan al-Banna...
Fikirkan sama masaalah ummah semasa...
Yang kian hanyut dengan ketuanan bangsa...
Agar sama merasa indahnya beragama...

Kalau Tuhan nak muliakan kita...
Tak dak kosa dalam dunia yang boleh hina kita...
Insyaallah...

Wassalam...


Wednesday, June 20, 2012

Tetiba teringin nak jadi Ostad...

38 juta komen
Salam semua...

Baru-baru ni dengaq cerita bekaih pelakon siri Gerak Khas, si Abby Abadi tu ada la bagitau dia harapkan akan bertemu jodoh dengan Ostad. Bukannya apa, boleh la jugak dia harapkan Ostad tu bagikan dia bimbingan dalam kehidupannya selepaih ‘berhijrah’.

Baguih la kalau betoi lagu tu... si Abby kata macam tu masa program talk show "Malam Keinsafan Bersama Selebriti" di Dataran Kerdau hari Sabtu yang lepaih...

“Saya berharap bertemu jodoh dengan ustaz.

“Di sini ramai ustaz, kan?” ujarnya seloroh yang ditujukan kepada para hadirin.- Harakahdaily

Malu pulak Pak Long... hehe... Dulu Mak Long hang pun panggil kat Pak Long, Ostad... hehe...

Wassalam...


Monday, June 18, 2012

Eksiden: Beskal Umno, Kereta Pas...

6 juta komen
Salam semua...

Dengaq cerita bekaih MB Perak dari Pas kena hentam teruk isu dia geletek Sultan Johor tuh... hehe... baru geletek sikit ja dah naik lunyai si Nizar tu kena bantai...

Ini bezanya Pas ngan Umno... depa ni berlawan ataih padang yang tak sama rata. Pas eksiden sikit ja, damaged punya la teruk tapi Umno eksiden lagi la teruk... bercalaq siku pun tidak... hehe...

Politik ni persepsi. Masyarakat Melayu ni pulak pelik sikit, tanpa banyak soal... yang teruk damage tu la depa kata salah... Persepsi tak elok tu dah awai-awai di cop tanpa banyak soal selidik... ni bahananya ngan demokrasi ala Malaysia... Nampaknya, banyak lagi la Pas kena mengaji... hehe...

Besaq tak semestinya kuat, cantik tak semestinya hebat. Kecik tak semestinya lemah, hodoh tak semestinya goyah. Lebih baik kita berwaspada dengan kecantikan dan sediakan diri dengan kejutan...

Wassalam...


Sunday, June 17, 2012

Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...

7 juta komen
Tak kira la belah mana, mengkalu hangpa nak kena sumbat skerap dalam mulut... try la kacau Mak Long hang yang tengah motong camnie... hehe...

Salam semua...

Pejam celilk, pejam celik dah masuk pertengahan tahun 2012 dah... kalau nak ikutkan tu, tak lama dah Najib nak kena turun dari kerusi Piem yang panaih tu untuk diserahkan pada rakyat sekali lagi... haha... raya lagi la kita...

Pak Long pun terasa gak bahang panaih nak pilihanraya nie. Tak terasa mai mananya... mengkalu tengok dalam komen-komen yang Pak Long terima, banyak jugak yang komen guna kepala lutut... haha... Ada yang maki berkarung-karung sampai tak tergamak Pak Long nak lepaih bagi anak cucu tengok...

Apa yang Najib nak tunjuk sebenaqnya nie...

Agak-agak hangpa la... pemimpin yang macamana gamaknya yang kaki maki orang ni nak pilih masa mengundi nanti noo... haha...

Tu la... Mak Long hang pun serupa, Pak Long pun sama... teringin sangat sebelum pejam mata nie, nak tengok pemimpin yang mendolatkan Islam menjadi pemimpin. Pemimpin yang meletakkan Islam sebagai pemerintah dan bukan diperintah. Hari-hari Pak Long berdoa... biaq la kerusi Piem tu panaih macamana sekali pun tapi pemimpin yang rakyat nak pilih nanti tu biaq la sejuk mata kita memandang...

Nak pilih pemimpin ni bukan mudah... nak jadi pemimpin lagi la payah...

Mengkalu tanya Mat Sabu, mesti dia mau sangat parti dia menang dalam PRU... Kalu tanya Berahim Ali, mesti dia julang kerih telanjang bagi tinggi. Depa pulun siang malam berceramah dan berdemo nak buat hapa kalau tak mau jadi sebahagian dari pemerintah. Biaq la depa nak perjuangkan apa yang depa percaya ngan cara depa... Cuma yang tak pasti adakah depa-depa ni tergulung sebagai pemimpin yang di redhai atau tidak di redhai oleh Allah s.w.t...

Depa-depa tu tak kemana tanpa rakyat yang mendokong depa...

Satu kemuliaan dan penghormatan yang besaq dari Allah sebenaqnya pada sesapa yang telah di kurniakan Allah sebagai pemimpin nie. Bukan semua orang dapat walau ramai yang dok mengorat... haha... Tawaq diri jadi pemimpin ni bagai teloq kat hujung tanduk... sebelah kaki kat neraka, lagi sebelah kat syurga.

Pemimpin yang diangkat Allah s.w.t. adalah manusia yang menerima anugerah kemuliaan dan penghormatan disisi Allah s.w.t. Anugerah tu sebenaqnya mai dengan amanah dan anugerah tu jugak adalah segala segalanya pada hamba Allah yang bertakwa. Depa tak pikiaq pasai lain dah selain menghamba abdikan dirinya dengan tugaih-tugaih serta memikul amanah dan tanggung jawab sebagai pemimpin pada rakyatnya.

Kita ni mengkalu terlebih gula pun jadik racun jugak jadi tak payah la kita menaboq janji manih yang tak terjangkau tangan atau pujuk rayu sampai ke hutan getah. Ketidaksampaian kita sebagai pemimpin mungkin adalah hukuman Allah s.w.t terhadap ketidaksediaan kita untuk menjadi pemimpin besaq...

Racun tu mudah tuk diketahui orang tapi ramai yang akan tertipu dengan kata-kata bila ianya dibungkuih dengan gula-gula yang lebih manih dari racun... Disini la pentingnya ilmu, biaq kita kenali gula beracun tanpa dirasa. Ni la yang Pak Long kata nak pilih pemimpin pun bukan mudah... Silap-silap pilih sampai ke mati anak cucu marah...

Wassalam...

Friday, June 15, 2012

Menarik gambaq nih... hehe...

10 juta komen
Boleh histeria Pak Long kalau pokok pisang belakang rumah kena sabotaj camni... hehe...

Salam semua...

Menarik gak gambaq nih... hehe... bulan mengambang sampai ke hutan pisang.

1. Mungkin jugak parti ni parti miskin kot... duit tak jenoh nak beli bendera baru. Jangan lupa diri dah la bila parti hangpa nanti dah jenoh ngan duit... hehe...

2. Ataupun nak habaq kat orang yang parti nie adalah parti orang kampung. Jangan lupa kat orang kampung no mengkalu dah berkosa nanti... Sekurang-kurangnya tu rasa berbaloi gak la lepaih berkarung kena maki, bertungkuih lumuih cat pokok pisang orang... haha...

Isskk... hutan pisang sapa la jadi mangsa tu ha. Tapi lain kali sebelum ambik gambaq tu, sorok la dulu bangku tue... hehe...

Pa pun sebelum Pak Long mintak diri ni, Pak Long nak tinggai kat hangpa sikit kata-kata bijak pandai sebagai motivasi diri kita semua...

Bagi mengelak diri dari dikritik... Jangan bercakap apa-apa, jangan lakukan apa-apa, jangan jadi apa-apa... haha... Errr, tapi kadang-kadang Pak Long tak buat apa-apa pun kena maki ngan Mak Long hang gak... habih tu camana?

Wassalam...

Monday, June 11, 2012

Kakak tua dirantai emaih...

18 juta komen
Salam semua...

Tilawah al-Quran baru ja selesai, tempat warga kita bersabung sora nak pilih sapa terer wakili kita ke peringkat antarabangsa.

Sekadar catatan sejarah, tilawah al-Quran peringkat kebangsaan kali ke 55 ni dimenangi oleh qari dari Kelantan, Muhamad Anuar Ghazali dan qariah dari Wilayah Persekutuan, Che Aminah Che Awang. Tilawah selama 5 hari sejak Isnin lepaih telah sebulat sora memilih depa berdua wakili kita berentap di peringkat antarabangsa pulak... panggil jora jora luaq negara, untuk kita bersabung sora dan pakat tengok sapa terer... Tengok idgham sapa paling cun...

Pak Long harap depa semua yang bertilawah tu bukanlah pasai harta benda tapi kerana Allah taala... Walau bagaimanapun tak salah kot Pak Long sebutkan yang depa tu memasing dapat duit sorang RM15,000, piala pusingan la kot yang tinggi melayut tu dan jugak piala iringan, pakej tunai haji siap ngan cenderamata dan sijil penyertaan lagi... perghhh... mewah tuhh... hehe...

Apa pun, kita semua kena beringat. Mengaji tu baik tapi yang baik dari pengajian tu belum tentu semua orang dapat. Mengaji sedap sedap, lagu pun menangkap... tak jadi satu kebenda pun kalau kita tak ubah sikap. Tiap-tiap tahun bertilawah tapi ajaran Quran buat tak endah... Quran bukan setakat pameran dan tontonan, jauh lagi la sebagai pertandingan tapi sebagai panduan bagi umat manusia untuk meletakkan Islam memerintah, bukan diperintah...

Mak Long hang la kata, tanpa ilmu Allah yang maha hebat, belum tentu kita jumpak apa yang agung dalam Al-quran tuh... Takat kenai huruf dan makna tanpa menghalusi maksud dan maudhuk... kita tak lebih cam kakak tua dirantai emaih...

Wassalam...


Friday, June 08, 2012

Kejora di Ufuk Timur...

6 juta komen
Imej dari NASA ni menunjukkan Zuhrah melintasi matahari pada 5 hb Jun 2012... rasa kerdil kan diri kita dalam alam ciptaan Tuhan nih...

Salam semua...

Pak Long nak ambik kesempatan ni jugak la... tak dan nak tengok pun tak pa, biaq hanya sebagai pencatit sejarah pun jadik laa... Bukan senang nak oii, ikut kajian sains... fenomena astronomi macam transit planet Zuhrah atau pun Kejora melintasi matahari ni hanya akan berlaku lagi pada tahun 2117, iaitu 105 tahun akan datang. Hangpa Pak Long tak tau la tapi rasanya Pak Long pakai tak dan la walaupun nak jadi sebagai pencatit... hehe...

Ikut ceritanya, bumi bergerak keliling matahari selama lebih kurang 365 hari. Manakala Zuhrah pulak ambik masa 225 hari untuk melengkapi satu pusingan mengelilingi matahari. Ketika planet Zuhrah mengorbit matahari, ia akan melintasi Bumi setiap 1.6 tahun (kerana orbitnya lebih kecil dan pergerakkannya lebih laju berbanding Bumi). Ketika itu ia akan berada di antara Matahari dan Bumi. Namun, disebabkan satah orbit Zuhrah ini sedikit senget, maka selalunya ia akan berada di bawah ataupun ataih matahari.

Di Malaysia ni hanya kat pantai timur Sabah ja boleh tengok pada pagi Rabu lepaih, 6hb Jun 2012 bermula 6.27 pagi dan berakhir pada jam 12.49 tengah hari.

Kadang-kadang tu baguih jugak kita lari sat dari hiruk pikuk orang-orang politik nih... hehe... Baguih kalau kita pakat-pakat ambik tau sama benda-benda aneh anugerah Allah untuk kita sama-sama renungi dan hayati keAgunganNya...

Sesuatu yang kita rasa pelik, rasa mustahil sebenaqnya AMATLAH MUDAH bagi Allah s.w.t...

Wassalam...

Wednesday, June 06, 2012

Jom lawan setan...

6 juta komen
Salam semua...

Musim cuti sekolah mai lagi dan Melayu kita ni besa la, asai cuti sekolah ja kenduri... asai kenduri ja cuti sekolah... Hari hari ada kenduri, Ahad lepaih saja ada tiga kenduri yang Pak Long kena pacak kaki. Bila dah kenduri berlambak-lambak camni, bukannya nak makan sangat dah... bau nasik minyak pun dah meloya, takat pi salam ngan sua muka jaaa...

Patah kan tumbuh dan hilang kan berganti. Ni la putaran alam menurut perintah Tuhan, tiap makhluk yang hidup akan mati... Kenduri-kendara yang berlambak-lambak ni pun sebenaqnya adalah proses nak ganti yang dah mati la nie... hehe...

Pa pun kita sebagai hamba hendaklah berusaha dan berdoa pada yang Esa moga hidup dan mati kita bersama dengan Islam. Ini perintah dari Allah s.w.t. terhadap hamba-hambaNya. Sebab Islam sajalah sesatunya agama yang diakui Allah sebagai agama yang benar. Allah tak iktiraf selain daripada Islam walau ada yang gatai mulut kata semua agama tu sama.

Firman Allah SWT “Sesungguhnya Agama yang diredhai oleh Allah ialah Islam” (al-Imran:19)

Memang la manusia tak berkuasa untuk mematikan dirinya dalam Islam... Hidup pun mai dari DIA, mati pun mai dari DIA... segalanya HAK DIA... Tapi Allah tetap bagi peluang kat hamba-hambaNya. Sekiranya kita inginkan yang demikian maka hendaklah kita jalankan perintah yang diwajibkan ataih diri kita sebagai umat Islam menurut perintah Allah s.w.t.

Memilih mati dalam Islam adalah wajib dan merupakan cita-cita manusia yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kita mesti terus menerus berdoa dan memohon dengan rendah diri dan meminta dari Allah s.w.t agar DIA mewafatkan kita sebagai seorang Muslim.

Wajib ataih setiap manusia berusaha untuk memelihara keIslamannya. Memperelokkan Islam bukan dengan memudaratkan agama hasil tingkahlaku bodoh kita. Menguatkan Islam bukan melemahkannya dengan membelakangkan Islam jauh dibawah peraturan manusia. Mendaulatkan Islam dengan menjunjung dan mengerjakan segala perkara yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. keatas kita sebagai hamba... Ishh, dah HAMBA tu buat la macam HAMBA... senang cerita.

Jadi, mai la kita bersama-sama lawan dengan setan yang tanpa letih senantiasa menyeru manusia supaya mati di dalam jalan yang terkutuk. Setan sudah berjanji dengan Tuhan akan mencari jalan supaya manusia mati di dalam keadaan tidak beriman kepada Allah. Ingatlah, sesungguhnya melalaikan perintah Allah itu adalah bukti jelaih ataih kecuaian dalam menunaikan hak-hak dalam beragama yang boleh mendorong kita ke arah menderhaka pada Allah taala...

Macam yang selalu hj Karim pesan kat Pak Long la, nikmat Islam ni adalah nikmat yang paling agung. Tak guna hidup jika kita mati dalam keadaan kufur kepada Allah s.w.t. Tak dak makna langsung kalau Allah bagi dunia dan isinya tapi DIA tak bagi Iman dan Islam kat kita. Pasai dunia akan binasa, tapi Islam kekai sampai hari akhirat. Dunia tak dak harga selepaih mati tapi Islam laku sampai hari akhirat.

Sebelum Pak Long mintak diri, Mak Long hang pesan nie...

"Jangan dok ambik pot sangat apa yang orang akan kata tapi pedulilah sungguh-sungguh terhadap apa yang Tuhan kata kat kita ataih setiap tindakan kita..."

Wassalam...

Monday, June 04, 2012

Seram sejuk tengok HIJAU...

18 juta komen
Salam semua...

Jangan tanya Pak Long berapa ramai yang mai dalam program Himpunan Hijau ke Putrajaya tu, tapi hangpa pakat-pakat tekan si Rais Yatim tu suruh dia yang kira jugak-jugak berapa ramai yang mai menghijaukan stadium Darul Aman, Aloq Setaq nih... Boleh kencing tak lawaih la Rais oiii... haha...

Dengaq cerita puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4 petang lagi, tanpa nasik bungkuih buta punya... hihi... tanpa topi free... haha... tanpa bas percuma... addehh.... dan yang lebih penting lagi tanpa artis-artis K Pop haram jadah tue... kahkahkah...

 
Ni ha, tengok... Bukan saja tang tempat duduk berbumbung yang penuh, tapi kat padang jugak penuh menepu ngan orang-ramai...

Biaq pun hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang, ianya tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh bersejarah ini. Tak bersejarah lagi, naik seram sejuk tengok HIJAU... haha...

Ikut kata Mak Long hang, stadium tu ada 44,000 tempat duduk dan 60,000 kapasiti ataih padang dan trek dia... tu pun dah penuh menepu... Maknanya lebih 100 000 dalam stadium tak campoq yang kat luar stadium lagi...

Ni ha yang kat luaq stadium... siap ngan 2 skrin gergasi dok kat luaq stadium...

 
Hadirin pakat-pakat kibaq kan bendera, takut Rais tak nampak yang memang orang ramai... maklum la, berhijau habih takut dia kata rumput ataih padang plak... haha...


Ini la ikon HIJAU yang paling digeruni Umno... hihi...


Pelik bagi Umno, aneh bagi BN... puak-puak HIJAU ni boleh berhimpun penuh stadium tanpa artis K Pop... yang ada hanya Ostad Azhar Idrus jaa...

Tinggai ni la saja lagi senjata terakhir rakyat yang gagal difahami untuk dikalahkan oleh APCO... haha... semangat juang rakyat yang berlandaskan ISLAM...

 
Melimpah ruah... ada la yang tak lena tidoq nih... hehe...


Agak-agak hangpa la, sapa gamaknya yang seram sejuk bila tertengok warna HIJAU lepaih nih... hihi... (Kredit kat GB ngan PASPB pasai gambaq-gambaq tu ha...)

Wassalam...


Related Posts with Thumbnails