Tuesday, July 31, 2012

Jangan ambik alih keja buat setan...

5 juta komen
Salam semua...

Bulan posa ni kerap kalinya kita ni mamaq mata. Semua yang kita tengok nampak sedap dan berselera... tu yang bahayanya pasai kita pi ziarah bazar Ramadhan masa perut kosong, kita tengok ngan hati berahi... Jadi nak heran pa nya, bulan posa jugak la belanja dapoq kita tetiba lebih tinggi dari bulan-bulan besa...

Orang kita ni pun sama, depa cukup kalut mengkalu cerita pasai bulan posa. Kalut orang kita ni kadang-kadang tu melebih-lebih la pulak, solat pun depa tak kalut sampai macam nih... haha... Sebab tu la kalau kita tengok bulan posa ni lebih meriah dari bulan-bulan lain. Bukan meriah pasai amai ibadat sangat, tapi syok nak tengok bazar ramadhan sendat... bukan nak selak tengok hikmah berposa ni pasai apa, tapi kalut ngan sahur nanti nak buat apa, nak berbuka nanti nak makan apa...

Pak Long ni bukannya apa, takut tengok anak-anak kita nanti lupa pasai apa posa ni jadi wajib kat umat manusia. Dah dok kalut kepung pasai makan, sampai terlupa hikmah posa yang Tuhan amanahkan. Pasai apa ramadhan ni orang dok sebut sebagai bulan nikmat dengan rahmat...

Ca hangpa tengok peliknya orang kita berposa... posa ni ajaq kita supaya sedaq macamana susahnya orang susah. Hmm... memang kita tak makan dan tak minum, tapi time melilau kat bazar ramadhan, punah lima enam puloh ringgit. Posa ajaq umat menyuci hati, tapi hati kita la jugak yang dok bagitau beli ayaq lima enam bungkuih masih dok tak cukup. Posa anjur kita menjadi penyabar dengan dugaan tapi sabaq kita bakal hilang bila mata tengok makanan. Posa jugak ajaq penganut menyuci segala pancaindera yang ada... memang betoi la untuk dua atau tiga jam pertama ja, lepaih tu nafsu dah ambik alih. Beli belah, tak pa la jugak kalau dia belah. Ni jenih beli barang tak reti nak belah-belah selagi tak senget keta, lagi tak tutup gerai yang ada... haha...

Ada sesetengah dari kita sanggup beratoq berjam-jam semata-mata nak berebut ayam percik kat bazar ramadhan, rela berpanaih lenguh lutut nak tunggu murtabak kononnya teloq berbasuh... sanggup bersilang tangan, berebut ayaq soya campoq cincau... Last-last, perut sampai ke lantai, makan minum tak habih berlambak lambak, siap ngan poket koyak rabak... adakah nikmat ramadhan jenih ni yang kita cari...

Macam yang Mak Long hang selalu sebut la, nikmat ni adalah anugerah Allah dan bukan semua orang akan dapat rasa nikmat Allah ni... hanya hamba yang benaq-benaq terpilih ataih keikhlasannya saja akan rasa kemanisan nikmat Allah ni... yang beribadah semata-mata keranaNya, tiada lain-lain kerna selain dari keranaNya... Dalam negara tercinta neh, tak ramai yang mati pasai tak makan tapi berlambak yang mati pasai makan tak ingat pesan Tuhan...

Jadi tugaih kita la dok kena cari nikmat Allah dibulan posa nih... tugaih kita jugak la kena dok berebut anugerah Allah yang ditaboqkan dibulan yang mulia nih... Posa ni kalau kalau kita pulun betoi-betoi akan memudahkan kita menjadi hamba Allah yang bertakwa...

Ingat la, membaziaq ni kerja buat setan jadi biaq setan sudah la yang buat keja-keja membaziaq neh... Jangan pulak pasai setan dah kena tambat bulan posa nie, kita pulak yang dok gatai nak ambik alih kerja buat setan tuh...

Ya Allah... tunjukkan lah hamba-hamba mu ini jalan yang lurus. Jalan yang engkau redhai kearah mempersiapkan kami sebagai hamba mu yang bertakwa. Amin...

Wassalam...


Sunday, July 29, 2012

Takkan Najib nak tengok saja kot...

14 juta komen
Salam semua...

Ribut dah lama melanda tapi hujan dok renyai-renyai jaa... tup-tup dengaq Sabah dah nak tenggelam, bah... haha... Pehal neh Jib, bagi makan tak cukup kot...

Mak Long hang pulak yang seronok lebih bila dapat tau Timbalan Menteri si Lajim Ukin nie dah umum letak jawatan sebagai MT bagi bangsa Umno. Bukan tu saja, siap ngan letak jawatan ketua Umno bahagian Beaufort dan jugak pengerusi BN Beaufort lagi berkuatkuasa serta-merta.

Tapi yang lawaknya, jawatan Timbalan Menteri dia tak lepaih pulak... hehe... pandai betoi dia mengusik Rosmah, ehh... Najib noo...

Ca tengok foto dari Bernama kat ataih tuh...

Pak Long rasa depa yang ternganga tu bukan pasai lapaq, takkan gelojoh sangat kot... baru lepaih bukak posa ja dah nganga lapaq... Kalau tak salah, Pak Long dengaq macam bunyi "Hidup Anwar... Hidup Anwar..." Betoi ka? Hehe...

Ishh... Haru la lagu ni Jib oii. Takkan hang nak tengok saja kot...

Neh Najib, ca dengaq apa yang Mak Long hang pesan neh...

Ada dua ja ALASAN pasai apa orang tak suka kat hang.
1) Pasai hang menikmati hidup hang sampai terlupa kat dia...
2) Pasai dia tak langsung menikmati hidup dia pasai hang tak ingat kat dia...

Tu ja, kalau hang tak percaya tanya la Mak Long hang... hehe...

Wassalam...



Saturday, July 28, 2012

Dr Asri Zainul Abidin

3 juta komen
Salam semua...


...hidup adalah satu perjalanan
...menuju persada pertemuan
...hari penentuan segala amalan
...Tuhan itu sentiasa hadir dalam setiap penjuru waktu
...Tuhan sentiasa muncul dalam gembira dan sugul
...kita sering bertemuNYA dan berbicara
...pada dinihari yang sunyi
...pada malam sepi
...bahkan bersama tiap nafas ingatan kepada Tuhan sentiasa berbekas...

...dalam perjalanan dan perasaan
...airmata itu lebih dekat kepada Tuhan
...tawa dan senda kemanisan hidup insan
...namun Tuhan jarang ternampak dalam gelak dan sorak...
...hidup sentiasa manis dan indah
...ufuknya lebih luas dan terserlah
...dari jangkaan jiwa yang gundah
...dengan syarat kita sentiasa berpeluang menemui Allah
...berbicara denganNYA dalam senang dan susah
...bermanja dengan airmata dan roh yang luka..

...berjalanlah wahai hidup ini
...bertemulah dengan apa yang kau jangka dan kau tidak dugai
...senyumlah dalam nurani, sekalipun terpaksa menangis di pipi
...rahmat Ilahi itu menyising di setiap kehidupan insani
...berjalanlah di muka bumi sehingga detik hari tiada nafas lagi...

Wassalam...

Monday, July 23, 2012

Gambaq Najib buat baik...

6 juta komen
Najib bagi sumbangan kat warga emaih lepaih terawih...

Salam semua...

Syukur alhamdulillah... Dengan izin DIA, dan lagi nampaknya Pak Long tengok matahari terbit di bulan posa 1433 hijrah kali nie... Terima kasih ya Allah, kerana mengizinkan hamba mu merasai nikmat udara segar di bulan yang penuh barakah nie, bulan turunnya al-Quran al-karim...

Bulan posa kalau kat kampung-kampung memang cukup terasa meriahnya... Mungkin konfiden pasai setan dah kena tambat kot, mak pak dah tak peduli anak-anak melewaq ke dinihari.

Bani Melayu pulak memang terer bab nak sambut Ramadhan nih... Mungkin rindu bulan yang penuh rahmat Allah, yang jenguk setahun sekali kot... Masjid menepu penuh dari moreh sampai ke terawih, beduk masjid bersahutan ingatkan warga time sahur kena makan. Tapi, dalam kita dok kalut sambut meriahnya Ramadhan neh, rukun Islam yang pertama wajib kita zikirkan, rukun kedua perlu dimantapkan. Hodoh sungguh bila kita utamakan sunat Terawih sampai terlepaih jemaah fardhu Subuh...

Bulan posa neh bulan penyucian jiwa... bulan penuh dengan motivasi diri menempuh hidup di hari-hari dan bulan yang mendatang. Kita kena jaga mata dari melihat perkara yang diharam, menjaga telinga dari mendengar perkara yang dilarang, menjaga kakitagan dari melakukan amalan bertentangan dengan syarak. Macam tu jugak hati dan pikiran, jangan dok ingat tak ketahuan. Sama jugak menjaga lidah dari mengumpat dan cerca, menjaga apa yang disuap ke mulut waktu bersahur dan berbuka, agar ia bukan dari sumber yang diharamkan Allah Taala...

Afdhal sangat bagi depa-depa yang rasa terlebih sikit tu untuk bersedekah... dan wajib ataih kita beristiqomah dengan amalan baik neh selama kita diberi izinNYA untuk bernyawa... dulu, kini dan selamanya... haha...

Cakap memang mudah tapi nak buat tu yang payah...

Pa pun Pak Long neh nak peringat diri sendiri ja ngan rakan taulan semua... posa ni baik. Tapi yang baik dari ibadah posa neh bukan semua orang dapat. Banyak yang dapat lapaq dan dahaga saja. Jadi buat la ibadah posa ni baik-baik supaya kebaikan dari ibadah posa ni kita dapat sepenuhnya. Sabda Rasulullah s.a.w;
"Berapa ramai orang yang berpuasa, mereka tidak mendapat apa apa dari puasanya, melainkan lapar dan dahaga".
Semoga posa kita dibulan Ramadhan nie diterima dan mendapatkan keredhoan Allah agar kita termasuk hamba-hambaNYA yang bertaqwa. Amin...

Wassalam...

Friday, July 20, 2012

Ostad Ismail Kamus...

11 juta komen
Salam semua...

Pak Long berkenan betoi dengan cerita Ostad Ismail Kamus pasai bab-bab makan neh... hehe...

Orang miskin tanya: Apa kita nak makan?
Orang kaya pulak tanya: Kat mana kita nak makan?
Orang politik suka sangat tanya: SAPA KITA NAK MAKAN?

Ngeri betoi laa... hadoiihh...

Sebut pasai makan neh, Mak Long hang pun nak pesan:
Orang yang paling berkosa adalah orang yang dapat menguasai dirinya sendiri... maka sama-samalah kita kuasai diri di bulan posa nih, jangan gatai dok curi-curi makan... hehe...

Apa habaq agaknya no, ngan Ostad Ismail Kamus nih...
Moga yang terbaik dari Allah jua untuk hamba-hambaNya yang senantiasa ingat mengingati antara satu sama lain... Selamat berposa dibulan Ramadhan...

Wassalam...


Tuesday, July 17, 2012

Banyaknya muka Najib...

12 juta komen
Salam semua...

Pak Long tak tau la pulak bijak atau tidak langkah pelik si Najib neh... sampai naik gelap Lembah Klang ngan gambaq muka Najib yang tetiba jadi "sedia mendengaq". Di LRT la, kat tangga lif pun ada... siap ngan papan iklan besaq lagi... Tak tau la berapa banyak pulak la duit yang hanguih... hadoiihh...

Memang la, lagu yang tak sedap mana pun tapi kalau dok ulang siar kerap-kerap kat radio... lama-lama jadi sedap jugak. Pendengaq akan rasa sesatu yang kurang bila lama tak dengaq... Macam tu la jugak dengan iklan muka si Najib neh... lagi banyak terpasang, tentu dia berharap lagi mesra rakyat ngan warna bibirnya yang merah bak delima merkah tue... haha...

Cuma Pak Long harap punahsihat penasihat Najib kali nie buat sesatu benda yang betoi la... jangan ter'over' sampai rakyat meluat dah la... Moga tercapai hasrat Najib yang sanggup nak jadi pendengaq setia kat rakyat Selangoq tuh...

 
Neh, Mak Long hang pulak tanya nie Najib oii...
Kalau dah betoi sangat hang nak bela rakyat, pasai apa baru la nie yang hang kalut sangat nak buat iklan tue? Muka hang sampai penuh tivi siang malam tu dok tak cukup-cukup lagi ka tuk tawan hati pengundi? Tak payah la teruk-teruk sangat Najib oii, agak-agak dah laa...

Oh ya, sebelum Pak Long terlupa... Neh pulak iklan yang Pak Long jumpak terpampang kat van masjid kampung Pak Long... Errr... Najib, hang tak mau tumpangkan muka hang sekali kerr... hehe...

Wassalam...


Wednesday, July 11, 2012

Pulau Pinang bawah DAP

17 juta komen
Salam semua...

Lama beralih umoq ni besa la, kudrat yang Tuhan bagi ni koi-koi dok berkurang. Mata koi dok rabun, rambut koi dok jarang. Kepala pun dah beransoq senja, nak pikiaq lebih-lebih pun rasa seksa...

Bukannya apa, Pak Long tengok Pulau Pinang la ni tak serupa dulu dah... pelik sungguh, banyak sangat berubahnya.

Pak Long tak heran sangat bila dalam Umno Penang Melayu tak dak tempat...
Lantak pi kat depa la bab tu...
Pak Long pun tak risau sangat bila Perkasa Penang berlagak hero tak kena tempat...
Pasai peshen tu saja yang depa pandai buat...

Tapi yang Pak Long haghu pasai Pulau Pinang neh... macamana Padang Kota Lama boleh berubah rupa. Padang yang elok-elok dulunya tempat muda-mudi merendek, tetiba habih bertukaq jadi lautan manusia mengagungkan yang Esa.

Bukan tak suka tapi terkesima, ini dah jadi sejarah neh....
Ishh... tak terpikiaq pulak Pak Long yang padang penuh bersejarah nie akan mencipta lagi satu sejarah Pulau Pinang moden...

Ni pun lagi satu yang Pak Long haghu pasai Pulau Pinang neh... macam tak percaya pun ada. Macamana Pulau Pinang boleh hantaq pompuan bertudung wakili depa dalam sukan SUKMA? SUKMA ni sukan penting negara, bukan tempat untuk suka-suka...

Tapi ni la kenyataannya, bukannya Pak Long tak suka tapi besa la... TERKESIMA. Pasukan takraw pompuan Pulau Pinang yang turun bertudung telah berjaya menewaskan pasukan Wilayah Persekutuan dalam sukan SUKMA yang buat kat Pahang tue...

Ishh... tak terpikiaq pulak Pak Long, Pulau Pinang yang penuh bersejarah nie akan mencipta lagi satu sejarah Pulau Pinang moden... Ahli sukan wanitanya bertudung ketika mewakili negeri...

Errr... Pulau Pinang la ni bukan dibawah titah perintah DAP ka?

Wassalam...

Monday, July 02, 2012

SAH, dia ni memang cacat...

10 juta komen
Sah dan sahih... dia ni memang cacat, kalau tak fizikal dah tentu mental... hehe...

Salam semua...

"Kalau orang tak menghina kita, jangan la kita menghina diri sendiri pula..."

"Lagi pun, jika kita sendiri tak tau nak jaga harga diri, jangan dok gatai tanya pasai apa kita langsung tak dihormati... Hormat perlu diberi sebelum kita boleh menikmati..."

Wassalam...



Related Posts with Thumbnails