Monday, August 27, 2012

Sahaja aku haramkan diriku...

14 juta komen
Salam semua...

Hadoiihh.... sakit hati betoi Pak Long bila tertengok kartun neh...
Dulu, kini dan selamanya harta benda tu semua masih bukan milik kita...

Lagi sakit hati bila tengok balik, bangsa depa ni la yang selama ni dok pekena kita... setan betoi...

- Malaysiakini
"Sahaja aku haramkan diriku, Mak Long hang, anak-anak serta cucu-cucu Mak Long hang dari menyokong BN... Kerana Allah Taala..."
Wassalam...

Friday, August 24, 2012

Tetiba teringat kat Taib Mahmud... haha...

4 juta komen
Cara kartun ni senyum, sebijik macam Taib Mahmud masa diapit bini muda... hehe...

Salam semua...

Pak Long nak ambik kesempatan neh nak ucapkan selamat hari raya posa kat semua rakan tolan, terutama sekali pengunjung blog Pak Long neh. Pak Long harap kita semua dapat la beristiqomah sampai jumpak pulak bulan posa seterusnya setelah sebulan mendidik hati di madrasah Ramadhan... insyaallah...

Raya tahun nie Pak Long tak pi memana, tunggu anak cucu balik ja pasai lembu ngan ayam tak dak sapa nak jaga...

Ucapan hari raya posa ni jugak Pak Long tujukan buat rakan sebaya Pak Long yang jauh maju ke depan... bro Taib Mahmud dengan ucapan, simpan-simpan la balak untuk orang belakang sama dan jangan lupa IM jugak kat Pak Long makjon cap apa yang hang guna pakai, sekian... hehe...

Ca renung gambaq kartun kat ataih nu... Ambik sebagai pedoman bahawa dunia hari nie bukan mak bapak kita yang punya, tapi ianya adalah dipinjam dari anak cucu kita... jadi pakat-pakat jaga la supaya anak cucu kita tak kencing dan berak ataih kubuq kita nanti...

Wassalam...


Tuesday, August 14, 2012

Gambaq Najib ngan Rosmah pi umrah

13 juta komen
Salam semua...

Menarik gambaq neh dan penuh bermakna... Dihujung hujung posa, dekat ngan pilihanraya...

Najib dan isterinya sewaktu keluar dari Masjidil Haram selepas menunaikan ibadat umrah di Makkah, hari ini. Beliau berada di Arab Saudi sempena Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)

Turut sama ialah Menteri jaga agama Jamil Khir Baharom (kiri)... Comei pulak si Rosmah ngan pakaian yang bertutup litup camtuh...

Sebagai orang besaq negara neh, memang gerak geri Najib sentiasa menjadi tumpuan. Setiap apa yang dia buat, akan jadi intaian dan kritikan...

Hakikatnya, orang-orang yang selalu dok kritik kita sebenaqnya adalah pengawal bagi jiwa kita, yang bekerja tanpa bayaran... Baguih apa lagu tuh... hehe...

Wassalam...

Sunday, August 12, 2012

BACA, berguna betoi maklumat neh...

6 juta komen
Salam semua...

Apa benda yang kita guna akan ada tarikh luputnya tersendiri. Umum dah tau, penggunaan sesatu produk selepaih tarikh luput memang tak digalakkan melainkan la kalau dah kita dalam kategori SEGAN NAK BERNYAWA... haha...

Memang bahaya... Pak Long pun baru tau rupanya tong ges yang kita pakai tu pun ada jugak tarikh luputnya. Jadi dah kita sebagai pengguna neh kena pakat-pakat beringat la, periksa tarikh luput tong tu sebagai satu daripada langkah kita menjamin keselamatan diri dan keluarga...

Mak Long hang pun nak beraya dengan sempurna macam ngan orang lain jugak...

Ca perati kat salah satu sisi tong ges tuh, ada tarikh luput yang depa kodkan secara berhuruf A, B, C atau D diikuti dengan dua digit... contohnya D06

Huruf tuh bermaksud suku ke berapa dalam satu tahun;

A untuk Mac (Suku pertama)
B untuk Jun (Suku kedua)
C untuk Sep (Suku ketiga) dan
D untuk Dis (Suku keempat)

Dua digit tu pulak menunjukkan sehingga tahun berapa selinder itu selamat digunakan... kalau D06 bermaksud tong tuh hanya selamat digunakan sehingga Disember 2006 ja...

Jadi, periksalah tong ges kita tiap kali kita order tong baru kerumah kita...

Baguih kan maklumat neh. Lepaih ni boleh la kita gunakan hak kita sebagai pengguna untuk menolak tong ges yang tamat tempoh penggunaannya dari dibekalkan oleh pembekal...

Okey lah, Pak Long pun nak check jugak bila pulak tarikh luput Mak Long hang... hehe...

Wassalam...



Friday, August 10, 2012

Kita kena ubah...

4 juta komen
Salam semua...

Memang hebat budak neh... Habih, yang terpantaih Dunia pun dia balaih... terpantaih Olimpik pun dia kebaih. Mentekadarah apa tak tau la, nampak macam terbang ataih angin ja...
Usain Bolt, pelari pecut Jamaica neh sekali lagi membuktikan anak jantannya dengan merangkul emaih dalam acara 100 meter pecut lelaki akhir dengan masa 9.63 saat. Dia telah menobatkan diri dia sebagai atlet pertama yang merangkul pingat emaih, dua kali berturut-turut bagi acara trek pada Sukan Olimpik 2012 nih...
Agak-agak kalau kat Malaysia neh dia pilih parti apa no? Sah, mesti yang bukan mesra Hassan Ali, lembab... hehe...

Pak Long rasa kita kena tabik spring kat mamat neh. Dia berjaya buatkan satu dunia ni sebagai kampung mak bapak dia. Tengok camana keyakinan tinggi yang ada kat dia yang secara tak langsung terbentuk oleh sistem dalam negara depa. Selain dari kekuatan fizikal dan teknik yang betoi, mental dia pun kena dibentuk dengan sistem fikir dan sekitaran yang elok jugak. Kalau kepala dia dok kena henyak dengan seks tak habih-habih, tok sah kata nak lari... berjalan pun lembik lutut... haha...

Kita kena belajaq cara depa membentuk kepala hotak sorang juara dunia yang melihat dunia sebagai kampungnya, merasa dunia dalam genggaman. Kita kena bina rakyat yang berpikiaq jauh, bukan melihat kampung hanya belakang dapoq dia ja... Baru terpilih bawak bendera ja, selisih bahu ngan Pak Long pun dah tak bertegoq sapa...
Ingatlah...
Kesilapan yang kita buat adalah pelajaran terbaik untuk kita berusaha capai kejayaan...
Maka, kesilapan kita yang membiaqkan sistem yang ada bermaharajalela selama ni harus dapat membuka minda kita untuk kembali menegakkan Islam sebagai pemerintah, bukan yang diperintah...

Wassalam...


Monday, August 06, 2012

Ostad Tuan Ibrahim...

2 juta komen
Salam semua...

Bulan posa ni bulan kita belajaq tengok diri, perbetoi sana sini tang mana yang patut... Elok sangat kita renungkan apa kata bijak pandai dalam mengenalpasti kekurangan diri...

Tiga kesilapan manusia yang lumrah mengikut kata Ostad Tuan Ibrahim adalah:
  1. Mensia-siakan masa
  2. Bercakap mengenai perkara yang tidak kena-mengena dengan kita
  3. Menyibukkan diri dengan benda remeh-temeh - mendengar kepada khabar angin, ramalan dan gosip.
Manusia yang selalu melakukan ketiga-tiga kesilapan di atas akan mengalami paranoia, keresahan dan tidak ada hala tuju dalam kehidupan.

Adakah kita antara golongan tersebut?
Jika ya, mulakan perubahan dengan memenuhkan waktu lapang dengan membaca al-Quran. Apabila anda berjaya mengatasi (2) dan (3) tidak akan menjadi masalah kerana ia berkait rapat dengan (1).

Jadi, renung renungkanlah... kerana nak jadi baik tu mudah tapi nak beristhiqomah tu yang payah.

Wassalam...

Sunday, August 05, 2012

Gambaq menarik dibulan posa...

9 juta komen
Salam semua...

Kreatif sungguh budak neh... tak payah nak berseghendeh, berebut-rebut bersilang tangan kat pasar Ramadhan. Janji yang ori... hehe...

Selamat berbuka posa dan iktibarnya hari nie...

Pastikan berbuka dengan yang ASLI...
Nak makan kari biaq la yang masak sendiri...
Masak kat kedai bukan tentu ori lagi...
Tak kena gaya cirit birit sekerat hari...
Terkena daging kotak campoq PAK AJI...

Wassalam...


Friday, August 03, 2012

Petua Pak Long kat Najib...

6 juta komen
Salam semua...

Tak dinafikan la, memang teruk betoi jadi orang besaq negara macam Najib neh... Terlampau banyak benda yang dia kena jaga, sebab tu masaalah rakyat sampai terlupa... Mana nak jaga Rosmah lagi, dah yang tu memang tanggungjawab laki. Mana nak tengok para Menteri lagi, yang dok ada pun ramai yang nak lari. Anak-anak pulak dah besaq panjang, nak kena tengok jugak biaq lebih kaya dari orang...

Masa mana lagi kan dia nak berbakti kat anak bini, masa ni la time dia jadi Perdana Menteri...

Jadi tak heran la kan, dengan tidoq tak ketahuan hala... makan pun kurang selera. Pi tandaih pun tak dak masa... sampai kesihatan sendiri tak terjaga. Tu pun nasib baik jugak la Tuhan jodohkan dia ngan Rosmah, baguih budak Rosmah tu. Boleh jugak dok tolong ganti dia jadi Perdana Menteri bila ada kelapangan... Payah cari bini gagah macam Rosmah tue... Mak Long hang pun tak dak karamah nak ganti Pak Long pi motong getah... hehe...

Pak Long paham dengan keadaan politik negara yang tengah panaih, dok dalam econ pun Najib rasa rimaih. Pi tandaih rasa tak puaih, walau perut rasa memulaih... Mula-mula sembelit, la buasir pulak menyelit..

Ni ha, petua Pak Long kat hang Najib oiii untuk hilangkan sembelit dan jugak buasir hang sekaliguih... Insyaallah, secara tradisionalnya, buah ciku atau pun buah sawa neh.. dikenal pasti sangat mujarab untuk merawat masalah buasir...

Caranya, hang ambik buah ciku yang belum cukup tua... kalau Putrajaya tak dak, hang mai belakang rumah Pak Long... berlori-lori ada. Tumbuk kemdian campoq dengan sikit ayaq panaih ngam garam. Yang ni gerenti Rosmah pun tau nak buat camana, kemdian hang minum la campuran tu setiap hari sebelum makan pagi...

Mak Long hang bagitau lagi, buah ciku ni juga mengandungi fiber yang tinggi yang amat mujarab untuk mengatasi masalah sembelit. Baguih kalau hang amaikan, bukan takat sembelit ja... dia boleh kurangkan risiko hadapi kencing manih, darah tinggi dan kanser...

Cuba laa... hang tok sah dok pikiaq sangat la pasai Anwar dok kepung Sabah tuh... Takut lagi teruk buasir hang nanti...

Wassalam...


Related Posts with Thumbnails