Thursday, September 27, 2012

Letih la ngan hang Jib oiii...

9 juta komen
Pehal tengok-tengok, ngeee...

Salam semua...

Kesian kat orang-orang kampung Jib oii...
Dari Hj Karim, Akob kesot, Mat cabai kering sampai la janda Limah. Dari Kak Bedah, Husin hujung kampung sampai la si Lucy jiran Mak Long hang... semua melahu, letih dok tunggu...

Pendekata Jib oii... ramai sangat dah yang letih dengan kelaku hang...

Bila lagi hang nak jadi berani buat pilihanraya neh...
Takkan hang nak biaq orang kampung dok melahu sampai jadi rangka seksi cam gambaq tu...

Ikut check list yang Mak Long hang bagi neh, mustahil sangat semangat berani hang tak timbui-timbui lagi...

Dengaq katanya...
Sokongan puak-puak Cina dah makin galak...
Dokongan puak-puak India dah naik kemuncak...
Sanjungan puak-puak Melayu semakin melonjak...
Pengundi hantu pulak semakin membiak...

Tengok Rosmah pun semakin segak...
Cincin ngan jam dah makin banyak...
Bab Pakatan tok sah hang dok cuak...
Jarum hang berjalan bukan sapa nampak...

Nasharuddin tu memang budak bijak...
Cara dia bertindak langsung Pas tak syak...
Ayaq tenang saja-saja dia pi kocak...
Camni punya kelaku, tepi jalan pun berlambak...

Haha...

Jadi Jib oiii, Pak Long tengok dah cantik dah time neh... tak dak sebab dah hang nak tangguh bubaqkan parlimen tu Jib oiii... hehe...

Wassalam...


Tuesday, September 25, 2012

Video paling aneh minggu neh...

11 juta komen
Hangpa semua baru nak masuk Jawi ramai-ramai ka... Ermm, patut laa...

Salam semua...

Nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Tapi bila Mak Long hang runtun tangan tunjuk gambaq nih, teruih Pak Long jadi cool. Kesian, baru nak masuk Jawi rupanya depa-depa neh. Patut pendek akai... hehe...

Tak pendek akai mai mana...
Marah penerbit filem Amerika hina Islam tapi buat demo kat Kampung Baru...
Depa bukannya malu nak tunjuk bendera keris telanjang tu kat Amerika tapi saja nak kaitkan DAP sama ngan Amerika dalam isu hina Islam. Serupa la Umno tu pencinta Islam sangat... haha...

Tak pendek akai mai mana...
Marah kat Ngeh yang bengong tu, tetiba ajak Pas keluaq Pakatan...
Pas dalam Pakatan bukan pasai Ngeh tu KJ oii... tapi ataih satu iltizam nak hanyutkan Umno yang dah busuk sampai ke usus tu jauh ke tengah laut... Dari hidup membusung menyesakkan hidung, lebih baik beramboih keluaq kampung... Takkan yang tu pun tak paham-paham kot...

Tapi dalam kita dok kalut berdemo sana-sini pasai orang hina Islam, jangan pulak kita dilihat terlebih hina kerana tak menghormati dan hayati Islam yang kita bela... Memang aneh, pertama dalam sejarah, ada yang satukan takbir dengan kata-kata maki. Mungkin ada yang terlupa, bila orang tak hina kita... jangan pulak kita menghina diri sendiri... hodoh!!!

Buah tangan Mak Long hang hari ni, jangan pernah berasa mulia dengan cara merendahkan orang lain pasai kemuliaan sebenaq hanyalah milik mereka-mereka yang rendah hati... wallahuaklam...

Wassalam...


Saturday, September 15, 2012

Cerita Nik Aziz yang menyentuh jiwa...

21 juta komen
Salam semua...

Tersentuh betoi jiwa tua Pak Long dengan cerita dari Nik Aziz neh... Tersentuh ngan, Kelantan tu kan ka negeri terbuang pasai diperintah pembangkang... Dah bertahun hak mereka dinafikan.

Jadi, mau tak mau pun kena pulun jugak la sedaya upaya depa, dengan kudrat yang terhad dan kemampuan yang tak seberapa, semata-mata nak bagi jugak rakyat depa rasai sikit nikmat pembangunan...
"Beberapa tahun lepas, seorang tua datang ke rumah saya di waktu malam hanya untuk bertanya, bila nak bina jambatan di Kag Lapan Pari, Tok Sadang..? Hampir menitis air mata saya.. jambatan di situ hanya dibina dari kayu, dan cukup sempit.. rundingan sudah dibuat pada masa itu, namun pembinaan masih belum dimulakan...
"Hari ini.... Alhamdulillah jambatan itu telahpun siap, Insya-Allah jam 11.00 pagi ini saya akan berada di majlis perasmian Jambatan Lapan Pari, Kg Tok Sadang, Pengkalan Chepa... teringin sangat untuk saya bersua dengan orang tua tersebut. Sayangnya, saya tidak sempat menyelidik identitinya.... semoga Allah SWT merahmati rakyat negeri Kelantan yang terus memilih kerajaan yang berteraskan Membangun Bersama Islam.- FB
Alhamdulillah... sekurang-kurangnya orang tua nih dapat mendidik rakyatnya mendaulatkan Islam ditempat yang sepatutnya. Sandaqkan tiap sesuatu pada Yang Maha Berkuasa...

Duit ringgit bukan segalanya, lagi tak berguna kalau dah salah guna. Macam yang Mak Long hang kata la, katil yang indah dapat dibeli dengan duit yang banyak tapi belum tentu boleh membeli tidoq yang nyenyak...

Wassalam...


Thursday, September 06, 2012

Ostad-ostad Perkasa...

19 juta komen
Salam semua...

Sepatutnya kisah ostad-ostad Perkasa yang mengamuk kat Aloq Setaq tu tak payah la nak di heboh-hebohkan. Ostad-ostad yang segak beruniform GERAK KHAS tu sanggup berhempaih pulaih semata-mata demi agama dan bangsa walaupun masih lagi kena pakai rantai cacing.

Kita jangan jelabaih mulut kata depa tu buta perut.

Bagi Pak Long, alim ulamak dari Perkasa yang secara sukarelanya menebal muka sendiri untuk menghalang Anwar dari bertazkirah tu memang bercita-cita murni... Secara tak langsung, upacara membaling kasut jepun ke dalam masjid tuh, dapat meninggikan lagi syiar Islam khususnya di Kedah Darul Aman... tahniah.

Anwar memang patut sangat diajaq supaya tidak kurang ajaq. Anwar patut di dedahkan bahawa semua orang kena ada tauliah bila nak bertazkirah...

Kalau Anwar dok tak paham jugak, ni ha Mak Long hang ada bagi sikit contoh ostazah ngan ostad-ostad kat bawah neh yang masing-masing ada dekat tiga lori tauliah... sebab tu la Perkasa tak marah kat depa, hang tak percaya tanya Mak Long hang... haha...

Ni ostazah Rosmah sedang bertazkirah di Masjid entah dimana...

Ni plak ostad Najib bertazkirah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang

Ni pulak menantu abah yang baru ja dapat title ostad yang kini bergelar ostad KJ ketika bertazkirah kat Taman Rembau Utama...

Ni plak ostad Pak Rais yang tazkirahnya mampu membuatkan amah-amah lupa diri...hehe...

Sekian, ni pulak cenderahati Mak Long hang kat Anwar...
Ingatlah Anwar oii, sabaq itu iman, dunia hanya pinjaman, duit bukan kawan dan mati tak berteman...

Wassalam...


Tuesday, September 04, 2012

Hassan Ali dulu dan sekarang

12 juta komen
Salam semua...

Dulu Mak Long hang cukup kesian, cukup sedih tengok gambaq Hassan Ali yang neh... Mau tak sedih tengok idola dia depa boleh biaq main karom sengsorang. Dah nampak macam silap makan ubat pun ada... Tapi la ni dak dah....

Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
Hulu kayu parang panjang,
Dulu pemalu la periang.

Haha... la ni...
Dia dah tak keseorangan lagi...
Dia dah ramai rakan tolan, macam-macam kaler ada...
Dia dah boleh main karom dengan seberapa ramai orang yang dia suka...

Moga Hassan Ali teruih meneruih beristiqomah menjaga akidah ummah...

Sebelum Pak Long undoq diri... ni ada sikit buah tangan Mak Long hang bagi:
(Semua orang tau tak dak sorang pun yang sempurna, tapi tak semua orang tau untuk memahami ketidaksempurnaan orang lain....)
Errr... yang sedondon kat sebelah tu sapa? Hihi...

Wassalam...


Saturday, September 01, 2012

Gambaq Merdeka yang paling sakit hati...

52 juta komen
Salam semua...

Sakit hati betoi Pak Long tengok gambaq neh... membaziaq, rai kemerdekaan kepala hotak hangpa lagu neh...

Idea sapa tak tau la, nampak memang bangang sungguh. Buat malu kat Mak Long hang ja... nampak sangat tak khatam hukum... Tu la, ikut lagi gerombolan setan yang dikenali rakyat tuh... jadi lagu ni la...

Kita tak tau cerita betoi, sebab tu Pak Long pun tak la tunjai-tunjai dahi si petugaih tuh... mungkin dia pun makan upah. Tapi lain kali Nah oiii, hang cari la upah kerja yang jenih lain... jangan dok menempek keja buat ala-ala setan tuh... tolong Mak Long hang pi bendang pun baguih...
Nik Maznah Nik Mamat, 50 (kiri) ngan si Nurul Syazliana Mohd Sukarno, 27  tekun menyiapkan bentuk Jalur Gemilang bersaiz 100 kaki panjang dan 14 kaki lebar di Sekolah Menengah Panglima Raja sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55. Seramai 300 orang bergotong-royong bermula 29 Ogos dan sebanyak 2,500 Kg pulut digunakan...
Ishhh....
Hangpa nampak ka apa yang Pak Long nampak?

Memang la yang nampak tu depa pakai beraih pulut boh kaler kemdian tempek buat bendera. Yang tu semua orang nampak.

Tapi apa yang Pak Long nampak kat setiap butir beraih pulut tu adalah jerit perih sorang pompuan tua sedang menuai padi... tengah panaih di bendang. Dia tersenyum puaih, rezeki Allah amat luaih... petanda penat lelah dia terhasil sudah...

Agak-agak hangpa, pompuan tua ditengah bendang tu tau ka sapakah orang yang akan dapat makan hasil tuaian dia?

Dia tentu berbangga kalau kita jamah hasil tuaian dia dengan bismillah, jamu orang buat amal jariah... Dia tentu lebih puaih kalau dia tahu sebahagaian dari hasil tuaian dia dapat bagi tenaga untuk umat Muhammad menambah ibadat pada yang Esa...

Tapi, berbanggakah dia kalau dia tau hasil penat lelah dia apatah lagi setelah bergantang-gantang peluh tumpah ke bumi, pi buat lagu tu?

Ishhh...
Hangpa tau ka Merdeka tu menatang apa?
Apa yang hangpa cari nak isi Merdeka neh?
Lagu ni ka cara kita nak raikan Merdeka?

Ishhh...
Sakit hati betoi laa...

Wassalam...


Related Posts with Thumbnails