Tuesday, November 27, 2012

Kisah ngerinya Umno...

23 juta komen
Salam semua...

Dengaq-dengaq kata Umno nak berimpun lagi hujung November neh... Wow! Jenuh buat duit la kat sesapa yang ada sangkut paut ngan perhimpunan agung Umno neh... Maklum la kan, Umno tu kan ka parti Melayu terkaya dan ternama... Sapa tak kenai Umno, terutama kat kampung tempat berkubangnya kaum Melayu.

Malah, Pak Long pun di besaqkan dalam era segalanya Umno. Umno diterima pasai orang kampung dulu tak banyak songeh macam orang la. Depa malaih nak bertoje pasai-pasai parti nih. Depa pun tak tau dasar parti tu menatang apa. Orang dulu-dulu mudah percaya dan depa pakai percaya ja kat orang yang depa lantik sebagai pemimpin depa. Asai ada cukup makan, boleh motong ngan turun bendang, tidoq pulak tak kena hujan... dah cukup baguih bagi depa.

Seingat Pak Long walaupun Pak Long ni bukannya ahli Umno... depa lain banyak ngan Umno la... segala yang orang kampung nak, mai dari Umno sampaikan kain pelikat yang dok berebut ngan Mak Long hang tu pun Umno yang bagi... hehe... Depa tak nampak pentingkan tembolok depa ja...

Banyak aktiviti kampung semuanya ada kaitan ngan Umno. Lawan takraw bulat, orang Umno yang urus... Tim bola kampung, puak Umno yang sponsor... Fardhu Ain bawah madrasah, wanita Umno punya usaha... Sejadah madrasah, Umno bahagian yang bagi... Kugiran kampung pun Umno jugak yang sedia... haha... Boleh katakan tak dak yang Umno melainkan Umno belaka. Ada la sejemput puak-puak PAS hujung kampung sebelah rumah Pak Long... yang malu tersipu-sipu... hehe...

Dah bila segala mak neneknya Umno bagi maka ada la orang-orang kampung yang pikiaq tak dak Umno, tak dak la kemajuan. Tak dak Umno, Melayu akan punah ranah baham tanah... apa pun tak boleh. Maklum sajalah Umno ni dah jadi tiang seri pada politik kampung, dah jadi tunjang pada politik tanah ayaq.

Tapi tu dulu... zaman dinasour tunjuk hebat yang dah menjadi sejarah. Umno pun terpaksa berubah ikut masa, terasa jelaih perubahan yang berlaku dalam Umno nih. Tapi perubahan budaya dan etika dalam Umno tu dah makin pelik, depa berubah kot belah kejatuhan dan bukannya kot belah membina perjuangan yang sepatutnya dilakukan oleh Umno untuk kedaulatan rakyat... Pak Long pun tak nampak dah Umno nak buat camana lagi untuk balik jadi parti yang dihormati rakyat bukan saja oleh orang Melayu tapi jugak dari bangsa-bangsa lain macam dulu kala...

Ekelleh, pokok moktan depan rumah... buat menyemak kalau tak berbuah. Dah tua dan sampai masa, boh baja pun tak jadi apa... Pujuk-pujuk dok tak mau jugak, pikiaq senang boh kapak... haha...

Yang sahihnya, Umno jadi serabut camni bukan pasai PAS kuat, tapi kelaku hodoh pemimpin Umno yang rakyat meluat. Depa tak tau nak uruskan kejayaan depa... Masalah mai bila Umno diwariskan pada kutu berahak yang tak berjiwa rakyat sebagai pemimpin. Mak pak depa keluarga bangsawan, anak-anak tak kenai jerit perih rakyat bawahan... Depa sedaq-sedaq dah jadi negarawan, hanya pandai berteriak yang tak ketahuan... Jerit bukan main kuat, tapi rakyat tetap melarat.... Umno di perguna, untuk kepentingan tembolok depa dan keluarga semata-mata...

Maka timbui la kisah-kisah ngeri yang dulu orang kampung tak pikiaq nak jadi. Anak menteri bertunang belasah duit rakyat... Anak menteri pukui orang tetiba kes hilang tak nampak bayang... Beli kapai selam ngan harga mahai nak mampuih... Badan Kehakiman demam sampai la tak kebah-kebah... Sambut harijadi pun rakyat yang sedekah...

Hutang berjuta bagi kat kroni, depa lenyap sunyi sepi... hutang PTPTN bebudak nak mengaji, depa ligan siap ngan nak saman lagi... Ini yang buatkan rakyat menyampah, nampak Umno dah macam pemintak sedekah...

Kesian kan kat Umno nih...

Wassalam...


Sunday, November 25, 2012

Betoi ka Pas tolak Anwar...

12 juta komen
Salam semua...

Mengampu neh kira-kira tu, satu cara cari makan yang cukup popular lar. Tapi maap la, Pak Long tak dan nak mengaji maqam populariti yang ada kat ampu-mengampu neh. Tapi Pak Long nak pesan la kat para pengampu tak kira la dok belah mana, nak mengampu pun jangan sampai merapu. Nak jek kereta pun agak-agak boleh tukaq tayar dah laa... Mengkalu jek terlebih sampai terkalih kereta, tu nak perlingkup namanya...

Nak mengampu pun kena bijak, nak pembohong kena pandai... Ampu biaq boss selesa, bohong biaq sampai orang percaya...

Dua hari lepaih kot Pak Long terjumpak satu tulisan mamat mana tah dalam sinar. Sedap tulisan dia, tapi tu la... bagi Pak Long, dia neh terlebih ampu sampai dah keperingkat merapu. Dia terlupa satu dari rukun ampu, AMPU tak semestinya kena menipu...

Dia kata Pas tolak Anwar jadi PM. Ok, tak dak masaalah kalau betoi... Tapi masa muktamar Pas baru-baru neh, tak dak pun ketetapan yang depa buat pasai isu tuh... Ianya cuma satu usul dari Dewan Ulamak Pas ja. Depa mau hj Hadi jadi PM pun bukan bermaksud Pas tolak Anwar. Serupa la jugak kalau puak PKR mahu Anwar jadi PM, tak bermaksud PKR tak suka hj Hadi.

Pak Long ngan Mak Long hang ni tak berapa nak ambik peduli sangat bab-bab neh... Sapa naik jadi PM nanti pun, Pak Long dok kena sorang-sorang tarik lembu pi padang gak... Mak Long hang tetap kena meloko jahit baju jugak. Tapi Pak Long pasti, kami sokong tak kira parti... Naik la sapa pun jadi pemerintah, asaikan depa bukan Umno ja... Naik la sapa pun jadi PM, asaikan Islam dan bekerja ikut Al-Quran dan sunnah. Pak Long ngan Mak Long hang teringin sangat nak tengok, sebelum pejam mata neh... Islam terletak berdaulat ditempatnya. Islam memerintah, bukan diperintah...

Lagi pun, parti kalau tak sokong pemimpin depa untuk naik, nak harap sapa sokong? Mampuih keraih la mengkalu nak harapkan Umno sokong... haha...

Wassalam...


Thursday, November 22, 2012

Sakan sungguh Umno Johor...

16 juta komen
Salam semua...

Tu diaa...
Baru Pak Long tau...
Umno Johor lagi sakan rupanya, bagi ayaq kopi percuma kat 7 keluarga...
Tu pun hangpa dok kata tak baik lagi...
Haha...

Tu dia laa Umno oi, jangan syok sangat dok kepung kampung orang...
Bila kain sendiri dah terlondeh, panau, kurap, sopak... songkla semua tunjuk kat orang habih... Benda yang tak sepatutnya ditunjuk pun orang dah nampak... hehe...

Mak Long hang kata kat Pak Long, tak semua yang kita mau tu mampu kita dapat, tapi... tak semua yang kita dapat tu yang kita mau...

Wassalam...


Wednesday, November 21, 2012

Gambaq yang menyentuh jiwa...

3 juta komen
Salam semua...

Pernah dak kita terbayang, esok hari ni saat anak-anak kita masuk kelaih... member satu bangku ngan depa sudah syahid di usia muda. Jangan buat tak tau pulak, itu lah yang teruih meneruih terjadi kat anak-anak Palestin di Gaza... negara yang lunyai dimamah kezaliman.
"Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezeki." [QS. Ali Imron: 169]
Mak Long hang pesan...
Ingatlah, time kita sedang syok tidoq lena... ada lebihkurang 1.7 juta warga Gaza yang tak boleh nak lena untuk teruihkan hidup depa... Jangan jemu tuk berdoa...

Wassalam...


Tuesday, November 20, 2012

Nampak dak beza Palestin ngan kita...

7 juta komen
Salam semua...

Lama umoq beralih senja neh, tidoq pun tak boleh la nak lajak sikit. Mak Long hang cukup jaki… haha… Tapi pa pun, syukur Alhamdulillah… hidup lagi Pak Long ari ni, boleh la Pak Long merapu lagi dalam blog neh… hihi…

Mak Long hang pesan, bangkit tidoq pun kena bersyukur… ya la, kita kena bersyukur ngan pasai bangkit pagi, boleh lagi dok tengok matahari. Ada setengah orang tu, sedaq-sedaq ja bumbung rendah… bila pegang rasa papan berbilah-bilah, sah-sah dok dalam keranda dah… haha…

Bukan ka semua kerja buat Allah Taala, hangpa jangan dok protes laa… terpulang kat Dia nak ambik kita neh BALIK bila… kadang-kadang dalam dok bernyawa pun kita lupa nak syukur kat Dia…

Bersyukur la kita kat Allah Taala, bersolat subuh pun dalam sentosa. Boleh dok ubah lembu pepagi buta, bela ayam itik barang sekoq dua. Tapi ca tengok kat Palestin sana, solat sorang dalam gelap gelita. Binatang nak bela buat hapa, dah diri dan keluarga tak ketahuan hala...

Bersyukur la kita kat Allah Taala, ada yang pukui 10 masih membuta. Hari cuti depa lajak lagi, bukan hari-hari boleh tidoq camni... Tapi ca tengok kat Palestin sana, depa semalaman tidoq tak lena, dok tunggu tengok bom ngan roket Zionis nak mai kot mana. Tak mai kot darat tunggu la dari udara...

Bersyukur la kita kat Allah Taala, bangkit tidoq pun jam gerak ada. Basuh muka makan dah depan mata. Tapi ca tengok kat Palestin sana, nak gerak hapa dah tak boleh nak lena. Zionis nanti bom kat sini, roket merata-rata... Makan jauh dari selesa, selalu depa pilih untuk berposa... Zionis punya kerja, bekalan makanan tak sampai kat depa...

Bersyukur la kita kat Allah Taala, kita pi kerja punya la suka. Boleh bersembang kat kantin sejam dua. Tapi ca tengok kat Palestin sana, depa keluaq jangan harap pasai kerja. Depa berjihad demi agama negara. Mintak restu ayah bonda, kot-kot tu la last jumpak mak pak depa...

Bersyukur la kita kat Allah Taala, kita masih ada mak bapak kita. Suka tak suka, depa tetap sayang kita. Tapi ca tengok kat Palestin sana, berapa ramai yang besa peluk jasad mak pak depa ja, keraih terejung dah tak bernyawa. Sayang camana pun depa dah tiada. Angkara bom dan roket Zionis durjana. Sebatang kara dah jadi perkara besa...

Bersyukur la kita kat Allah Taala, pasai Dia masih bagi lagi ruang untuk kita. Muhasabah diri jangan lupa, sebenaqnya kita pun diuji dengan keadaan selesa. Tapi ca tengok kat Palestin sana, depa diuji dengan kehilangan nyawa, kesakitan dan penderitaan yang tiada taranya...

Luangkan masa untuk sama-sama berdoa, moga yang terbaik dari Allah s.w.t untuk hamba-hambaNya. Moga depa diberikan kecekalan dalam memperjuangkan kalimah tauhid Allah ini. Allahuakbar!

Wassalam...


Sunday, November 18, 2012

Betoi ka Emir Qatar tolong Israel...

12 juta komen
Salam semua...

Mak Long hang pesan, nak baca tu boleh... moga kita lebih waspada ngan kehidupan. Tapi, percaya jangan, pasai mai dari sumber yang tak ketahuan... Tak baik tuduh orang tanpa bukti.

Sekali lagi rakyat Islam Palestin dizalimi dan dibuli... Kali ni lebih canggih, bila ketua sayap tentera Hamas, Ahmed Al-Jabari dibunuh. Israel berjaya sekurang-kurangnya buatkan dunia kagum kat teknologi dia. Tentera udara dia boleh bunuh sasaran tepat macam yang depa mau...

Tapi ada cerita dari sumber-sumber yang depa ni percayai kata, Emir Qatar yang tolong Israel tuk kesan sasaran pilihan. Haram sungguh kalau betoi perangai dia camnih...

Emir Qatar Syeikh Hamad ngan first lady dia besa pi ke Gaza dulu, kenalpasti taget dan lokasi pejabat tinggi Hamas. Caranya mudah, Presiden ameno Qatar neh telah hadiahkan banyak jam dan pen kat para staf tertinggi Hamas yang boleh dikesan melalui satelit Israel...

Dan Ahmad al-Jabari ni adalah salah sorang penerima hadiah tuh... Tak mustahil kan, pembunuhan ini dibantu oleh jam atau pen tersebut? Wallahuaklam...

Kalau betoi neh, kesian la kat umat Palestin kan... kena tikam belakang oleh ameno Qatar. Setakat la ni Pak Long dengaq angka korban dibumi Gaza semakin meningkat, keangkuhan si gagah Yahudi membuli si lemah Palestin semakin rakus malah dibantu rapat oleh Presiden ameno Amerika.

Tapi ni la dunia. Dalam masa penduduk Palestin yang gundah tertekan, kanak-kanak dan wanita yang menjadi mangsa kekejaman Israel nih, ada jugak lagi segelintir manusia yang kononnya mengaku dan memperjuangkan Islam tapi tidak langsung merasa berdosa berselingkuh dengan ejen ejen Yahudi neh...

Wassalam...


Friday, November 16, 2012

Budak-budak pi main jejauh...

1 juta komen
Kemarin 14 haribulan, Mufti Perak Tan Sri Harussani nasihatkan Nurul Izzah termasuklah Mak Long hang wajib bertobat cepat. Dosa besaq pasai mulut jelabaih sangat... SH

Hari ni 15 haribulan, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Harun Taib pulak mintak TS Harussani pun kena bertobat pasai buat-buat terlupa nak sokong perjuangan Islam... SH

Esok 16 haribulan, tak tau pulak apa nak jadi... hadoiihh, ubat darah tinggi pun dah kena topap dah nih...

Cuma Pak Long nak pesan sikit, budak-budak pi main jauh-jauh. Jangan dok kacau orang berilmu nak bersembang okey...

Wassalam...


Tuesday, November 13, 2012

Tolong jangan apa-apakan Polis neh...

13 juta komen
Salam semua...

Tolong jangan apa-apakan tiga orang anggota Polis neh... Betoi, Pak Long serius neh...

Pak Long nak cadangkan kat Najib, jangan la ambik apa-apa tindakan pun kat depa... Kesian, depa pun nak cari makan jugak. Mengaji pun tak tinggi, kalau mengaji tinggi takkan nak keja Polis plak kan. Alaa... budak-budak neh besa la bila main kot hutan tuh, tersembam makan pasiaq bila tersepak akaq pokok tu dah lumrah la Jib oii...

Bukan takat kesian kat depa ja, tapi kesian kat pasukan Polis jugak. Kalau depa-depa neh kena buang keja, tentu Polis akan terkurang tiga orang anggota lagi betoi dak, tak ka naya tuh...

Habih tu...
Mana ada cukup Polis time nak belasah rakyat berdemo bersih nanti?
Mana ada cukup anggota nak cekop rakyat yang menghina Sultan lagi?

Ekellehh..!!
Menteri rogol budak bawah umoq pun boleh lepaih...
Anak menteri pukui orang pun boleh bebaih...
Takkan depa pun tak boleh, manusia ni kan ka sama jaa.... haha...

Wassalam...


Friday, November 09, 2012

Ni buktinya Najib patut turun...

14 juta komen
Salam semua...

Orang kampung kalau terjerembab wakil rakyat depa redah ayaq bah macam neh, perghh... kira habih hati laa... Terutama geng-geng yang sewaktu ngan Mak Long hang, cayaq habih... dan-dan lembik tengkok. Aci lawan la, hilang habih apa yang Mat Sabu pesan bulan lepaih tuh... Tambah pulak yang redah ayaq bah tu si Muhyiddin, Timbalan Piem Amno... haha...

Ni la kelebihan Muhyiddin yang Najib tak berani nak cuba, takut kena cubit ngan Rosmah... haha...

Sebenaqnya nak cayaqkan hati orang kampung ni tak susah mana pun. Muhyiddin tau tu semua... Redah ja bila ayaq bah. Ekelleh... takat buku lali jaa, tak payah nak sintin seluaq pun... Kena ngan kasut tinggi motong getah punya, redah sat dalam ayaq bah tuh... siap!! Lepaih tu boh dalam surat habaq besaq-besaq, Muhyiddin redah banjir lawat penduduk... haha...

Lepaih neh Muhyiddin boleh la tempah baju melayu kaler hitam yang baru, tunggu time nak angkat sumpah ganti Najib... Tak payah dok kejan-kejan dahh... Kalau tak jadi Piem pun, dah tentu ketua pembangkang dalam tangan punya... hehe...

Wassalam...


Tuesday, November 06, 2012

Menarik betoi gambaq neh...

20 juta komen
Salam semua...

Jalan-jalan cari makan,
Sedaq-sedaq pekan Penanti.
Umno dah ucap selamat jalan,
Hangpa semua tunggu apa lagi...

Jalan-jalan cari makan,
Sedaq-sedaq kat kampung Paya.
Umno dah ucap selamat jalan,
Aduyaii, Pak Long rasa cam tak percaya...

Jalan-jalan cari makan,
Sedaq-sedaq Kampung Petani.
Pak long dok melengum sakan,
Bangsa Umno habis pikiaq dah ka ni....

Jalan-jalan cari makan,
Sedaq-sedaq kat Taman Selasih.
Mak Long hang sapa ngan spontan,
Ucapkan ribuan terima kasih...

Jalan-jalan cari makan,
Sedaq-sedaq kat kantin Sekolah.
Umno dah ucap selamat jalan,
Owhh!! Syukur Alhamdulillah....

Wassalam...


Sunday, November 04, 2012

Hangpa perasan dak...

26 juta komen
Hangpa perasan dak, dunia dah terbalik kuang...

Salam semua...

Lama beralih umoq ni Pak Long rasa perut pun dah koi sempit. Dulu pepagi ni, 4 bungkuih nasi lemak janda Limah pun tak terasa, tapi la ni… Mak Long hang jamu roti kerin ngan kopi ‘O’ ja pun dah menepu. Beza banyak dah…

Pak Long mungkin tak berapa nak perasan, tapi la ni lebih banyak pakai mulut dari kudrat… tak larat… Lebih banyak pakai kepala dari guna tenaga… tak upaya… Sebenaqnya ramai dari kita yang tak perasan… Dunia la dah semakin tak ketahuan. Sebab tu Pak Long hari ni nak cerita benda-benda yang terbentang depan mata tapi ramai yang leka… Benda yang terjadi hari-hari, ramai dari kita yang langsung tak ambik peduli…

Hangpa perasan dak...
La ni kita ada rumah yang besaq-besaq tapi keluarga yang kecik?
Orang dedulu anak berbelaih orang tapi rumah macam dangau terbuang. Orang la ni rumah sehebat Putrajaya, ada la kot anak dua tiga… haha…

Hangpa perasan dak...
La ni banyak kemudahan yang kita ada tapi gaduh tak cukup masa?
Pejam celik, pejam celik… bebudak dah nak cuti sekolah hujung tahun dah… jenuh berkelahi ngan anak cucu pulak lepaih nih… hihi…

Hangpa perasan dak...
La ni kita ada banyak orang yang pandai, tapi lebih ramai yang kurang berakai?
Kurang bijak dalam membuat penilaian hidup… Ada otak macam tak dak, ikut nafsu secara melulu... Yang menikah bertahun punya nakkan anak, yang tak menikah buang anak berlambak-lambak...

Hangpa perasan dak...
La ni kita ada ramai doktor pakar, tapi banyak penyakit yang kita dengar?
Penyakit yang tak pernah Pak Long dengaq pun dah dicipta, haha… lagi banyak ubat, lagi ramai yang tak sihat… Yang tak sakit pun pi cari penyakit...

Hangpa perasan dak...
La ni kita kurang membaca, kerap tengok tivi sampai solat jadi cam hobi?
Otak jadi beku bila kurang ilmu, badan lembab dan pemalaih pasai selalu dikerusi malaih, hamba dengan pencipta dah jadi jauh mana hala bila solat kita lupa…

Hangpa perasan dak...
La ni kita gelojoh berbelanja dan kurang senyum tawa?
Gelojoh berbelanja tu dah ikut setan, kurang senyum pasai duit kena dok ligan...

Hangpa perasan dak...
La ni kita berebut pegang jawatan, tapi nilai keja tak ketahuan?
Kalau boleh tu, tok imam pun nak pegang… tok bilai pun nak sapu…
Tapi subuh berapa orang yang mai bersolat pun dia tak tau...

Hangpa perasan dak...
Benda benda tu semuanya jadi depan mata tapi ramai kita buat tak tau ja?
Pikiaq sekali sekala pun baguih jugak... tengok tang mana yang tak kena, yang perlu kita nilai semula…

Okey lah, Pak Long nak pi letak kepala sat... letih perebah lembu raya haji pun tak habih lagi neh...

Wassalam…


Related Posts with Thumbnails