Friday, December 28, 2012

Tahniah Zizan, padan muka Pakatan...

31 juta komen
Salam semua...

Baguih, Pak Long nak ucap tahniah kat Zizan dan padan muka pada nangoi-nangoi Pakatan yang tak sedaq diri tuh... Moga penapian Zizan kat bawah neh mampu sikit sebanyak untuk ajaq puak-puak Pakatan yang terlalai supaya tak tergedik sangat, lebih-lebih lagi bila tengok artis atau VIP yang nampak macam jinak-jinak merpati ngan Pakatan...

Harap-harap lepaih ni puak Pakatan tak gelojoh dah kot. Beringat, jangan serbu tembok tak pakai helmet... 
KENYATAAN ZIZAN
Zizan keluar dari kereta dan mahu masuk ke studio kerana kereta beliau tersangkut di tengah-tengah demonstrasi depan itu dan tidak mahu kelewatan.
Sebagai seorang artis paling popular beliau di datangi dan diserbu oleh ahli demonstrasi yang mengenali beliau dan juga orang berebut untuk bergambar oleh orang yg membuat demotrasi dan tangan Zizan ketika dilihat dalam gambar amat banyak sekali barang dan ketika itu seorang ahli demontrasi itu telah memberi kertas yg Zizan tidak perasan apa itu dan terus mengangkat tangan dan masuk ke Studio tanpa mengetahui apa yg tertulis.
Dalam kenyataan bloger2 pembangkang mengatakan selepas melodi 1.45ptg dan itu adalah fitnah dan kejadian terjadi sebelum mahu mengacara Melodi.
Mengangkat kertas boikot AES itu adalah tidak benar kerana beliau hanya melambai tangan kerana mahu cepat ke studio dan Zizan tidak mempunyai pegawai keselamatan.
Memang dari dulu lagi Pak Long cukup semak ngan kelaku puak Pakatan yang terlebih mendewakan artis dan bekaih VIP... Baru jinak sikit-sikit ja dah heboh sekampung... puji-pujian tinggi melambung. Bila dah join lagi la gamat, cerita kemain dia ni baguih teramat. Dakwat isi borang tak dan kering, heret hamba Allah tu sampai naik pening. Usung sakan kesana sini... habih orang lama lepaih ke tepi...

Bukan tak suka bila depa sokong kita, bonus tuh... sapa tak mau. Tapi, perbetoi la nawaitu depa kerana Allah Taala, bukan pasai pangkat atau harta benda... pasai bab tu memang kita tak boleh bagi punya. Kebanyakan depa join kita pasai nak belajaq sesuatu yang depa tak dapat belajaq kat tempat lain. Depa nak tengok sesuatu yang depa tak dapat tengok kat tempat lain. Ini yang kita kena fokuskan. Ajaq apa yang depa nak belajaq... tunjuk apa yang nak sangat depa tengok... bukannya mendewakan depa secara mengkhinzir buta... naik melugai Pak Long tengok...

Pada lain-lain hamba Allah yang mana masih tak nampak apa yang kita nampak tu, kita serah kembali pada Tuhan. Panjatkan doa moga hidayah Allah melata kat semua kita... tak kira la sapa pun depa. Jangan dok gedik sangat kat artis dan VIP saja. Hangpa ingat senang cari ka orang yang dah femes ngan dunia ada keberanian menyokong Pakatan secara terang-terang macam Bob Lokman ngan si Abby buat tuh...

Sapa-sapa pun la, selagi depa masih berhutang ngan tivi 3 untuk terus glemer... tobat lahom la depa ada teloq untuk kona baring... Selagi depa rasa Umno saja yang boleh bagi depa harta sejengkai dua, tok sah dok harap la depa mai perjuang apa yang kita citakan bersama. Bacul-bacul tu pun tau, Pakatan tak boleh janjikan show jenih selak kain untuk depa cari makan... Jadi, berhentilah jadi bodoh dan jangan jadi jakun, okey...

Buat semua pendokong Pakatan, tolong bukak minda. Kita nakkan Islam memerintah dan bukan Islam diperintah. Jadi, ahli-ahli kita hendaklah yang hanya cekal istiqomah, tahan diuji... bukan setakat merenyeh sua muka time ceramah...

Wassalam...


Monday, December 24, 2012

Gambaq menarik menjelang pilihanraya...

17 juta komen
Salam...

Macam-macam gambaq kita boleh jumpa, macam-macam jenih wayang kita boleh tengok sama. Terutama time nak pilihanraya... haha...

Tok sah kata Mak Long hang, Pak Long pun rimaih tengok pakai spek mata hitam susun bata. Patut pun atoq bata tak ketahuan hala.

Masaalahnya... yang ramai keliling depa tu buat hapa?
Takkan nak tengok saja pasai nampak ada kamera?
Boh tangan belakang sambil tengok wayang?

Kesian puak-puak ni...
Depa tak reti tapi segan nak mengaji.
Yang dok keliling, bodek ja reti.
Nak tegoq tak berani takut lepaih ke tepi.
Yang ataih tak mau tanya, walau tak reti apa.
Ulaq takut hilang bisa, bila menyuloq kot akaq biasa...

Patut la buat stadium pun stadium runtuh, buat masjid pun kubah reban... Cis, buat malu kat Mak Long hang ja neh...

Wassalam...


Tuesday, December 18, 2012

Nak tegoq Najib sikit...

28 juta komen
Siaran langsung perhimpunan agung Umno time tivi bang maghrib...

Salam semua...

Tak tau la pulak Pak Long, Umno ni pakai nasihat sapa... Seingat Pak Long yang dah senja neh, tak pernah rasanya dalam sejarah Umno... prestasi depa macam ni punya serabut. Sampaikan terhegeh-hegeh tak tau bila nak buat pilihanraya. Tak kata kat depa la mengkalu dah maklumat yang dok sampai kat depa... semuanya pening kepala... haha...

Pening kepala tuu la gamaknya buatkan depa dah gelabah bewak. Dok tak kena, berdiri jadi lenguh pula. Pak Long tengok hampir semua tindakan depa samaada bertahan ka ataupun menyerang sekalipun, nampak macam hodoh dan meloyakan... Tiap kali depa bukak mulut ja, macam ngan mintak sangat-sangat supaya rakyat tolak depa.

Toksah kata yang bawah-bawah ni teruk, yang ataih pun silap-silap lagi teruk kesan daripada boss besaq depa yang salah abah... Kadang kadang Pak Long tengok si Najib tu, terketaq ketaq dagu punya nak jaga bagi nampak macam tak pembohong. Awat hang habih pi jadi lagu tu Jib... Bayangkan la, bekaih ketua Polis pun bukan main punya gempaq, tokey karpet pun boleh dok sembang besaq... Sapa yang ajaq hang tetiba dok diam keraih macam tak reti nak buat apa?

Masaalahnya Najib oii, hang dah menari rentak yang salah ni. Lagu yang hang dondangkan tuh hanya ditarikan oleh bangsa hang sendiri jaa... orang kampung dah tak layan dahh...

Dunia la ni tak serupa dulu dah Jib oii... Maklumat dihujung jari ja. Hang menari silap sikit, puak-puak felda Jengka pun dan-dan dapat tau. Hang tak boleh main lagu lama dengan tarian lama dah. Tukaq buang la kelaku hodoh hang tuh. Meluat sungguh Pak Long tengok kelaku hodoh hang terutama bila hang biaq puak-puak pengampu hang mainkan sentimen agama ngan isu perkauman tuh...

Jangan ikut sangat kelaku penjajah, depa main peshen pecah dan perintah. Jangan main sentimen agama, sampaikan yang takdak-takdak pun hang pi cipta. Jangan dok usik isu kaum, badan tak panaih jangan gatai dok jelom... Masaalah yang dok timpa kepala ummah akan jadi lagi parah kalau hang buat kelaku hodoh tu lagi. Tindakan bahalol hang tu akan terpalit pada Islam pasai hang tu beragama Islam. Last-last bukan Islam akan anggap neh semua ajaran Islam, Islam jugak yang kena...

Pak Long nak ajak semua tak kira anutan politik hangpa, ikhtiaq untuk ikhlaihkan diri berbakti demi agama dan pertiwi. Dakwah ni kena berterusan, tingakah laku kita sebagai pemegang panji Islam jugak merupakan satu dakwah. Berdakwahlah melalui diri... Lagi besaq pangkat kita, lagi besaq la kesannya pada agama. Jom kita pakat sama-sama promosikan indahnya hidup cara Islam. Tak payah dok kalut la nak berpesta memburu dosa...

Wassalam...


Saturday, December 15, 2012

PANAS: Tian Chua hina Melayu bergelar Datuk...

42 juta komen
Salam semua...

Lama jugak Pak Long tak jengok blog neh, dah naik bersawang dah... haha... Bukan pa pun, tak larat jaa... Tapi tetiba saja semangat melayu Pak Long fmenyinga bila Mak Long hang tunjuk gambaq budak cina neh menghina kaum sejenis Pak Long.

Chiss, bedebah punya cina Tian Chua neh... Dia sengaja nak bagi kaum cina bertepuk tangan mengejek melayu... Kalau ya pun orang melayu susah, papa kedana... biaq la parti ketuanan melayu saja yang bantu... Biaq la orang melayu saja yang tengok nak tolong camana...

Hang tu cina, buat-buat sibuk tu pa hal pulak?

Ca hangpa tengok gambaq kat ataih tuh, tu la gambaq budak cina Tian Chua tuh, ahli parlimen Batu yang jugak salah sorang pencacai Pakatan Rakyat masa dia pi melawat Datuk Yahya Sulong kat rumah sewa dia...

Malah lebih menghinakan lagi bilamana Tian Chua secara bongkaknya gunakan duit poket dia sendiri bagi membayaq tunggakan sewa rumah Datuk Yahya Sulong ngan isteri dia Datin Alisah Ali... Hangpa cuba bayangkan, cina neh keluaqkan duit poket sendiri dengan merendah-rendahkan bangsa melayu yang bergelar Datuk...? Hangpa tak terasa dihina ka...? Woii, gelaran Datuk tu bukan jumpak tepi longkang tau, Sultan payung agama yang bagi tuh...

Yang Pak Long bengkak sangat tuh, Tian Chua ni macam sengaja bagi parti ketuanan melayu naik hangin tau... Tian Chua macam sengaja perli kaum melayu yang berjuta-juta orang berpayung dibawah Perkasa dan Perkida neh... Hang nak kena halau keluaq Malaysia ka weii, kurang ajaq punya cina...

Awat? Hang ingat parti ketuanan melayu yang 55 tahun berjasa memerintah Malaysia neh dah tak pandai nak jaga orang melayu ka...?

Perkasa tu bukan tak mau bantu, tapi tak dak sapa bagitahu... Pekida bukan tak mau tolong sama, tapi dah tak dak sapa cerita kat depa... Parti ketuanan melayu pun bukan tak mau sara, tapi dah melayu tu yang tak mau usaha...

Pak Long yakin, ahli-ahli Perkasa yang berjuta orang seluruh Malaysia akan turun membuat laporan Polis terhadap Tian Chua pasai menghina kaum melayu yang bergelar Datuk...

Pak Long amat berharap, ahli-ahli Pekida yang jugak berjuta tuh akan turut membuat senaman punggung secara raksasa depan rumah Tian Chua setiap pagi...

Dan Pak Long jugak amat-amat berharap, parti ketuanan melayu yang jugak punya ahli berjuta-juta orang tu akan bertindak mengeluarkan fatwa, haram kaum melayu yang bergelar Datuk menerima sebarang imbuhan atau bantuan dari bangsa cina... terutama Tian Chua... haha...

Sekian...

Wassalam...


Tuesday, December 04, 2012

Gambaq paling lawak minggu neh...

21 juta komen
Salam semua...

Tak tau la tang mana Mak Long hang dapat gambaq neh...

Dia la yang punya mau nih, Mak Long hang suruh jugak-jugak Pak Long boh gambaq yang kononnya lawak sangat bagi dia... Dia punya gelak guling-guling, dari dapoq sampai ke serambi lepaih tengok gambaq nie... tak tau tang mana yang lawaknya... hangpa tengok lawak ka bila Nepal dah boleh join perhimpunan agung Umno...

Patut pun Pak Long tengok ramai dah Nepal la nie, ramai jugak depa yang meniaga... tak kurang yang jadi jaga... Memang pandai sungguh depa jaga, habih serba mak neneknya sampai kat anak dara bangsa kita pun depa pakat-pakat jaga... haha...

Patut la Nepal pakat mai buat ramai, rupa-rupanya depa nak tubuh UNNO... United Nepal Nasionalis Organization.

Wassalam...


Related Posts with Thumbnails