Wednesday, January 02, 2013

Gambaq terakhir 2012...

Salam semua...

Ni gambaq perlawanan lembu terakhir tahun 2012 yang Mak Long hang jumpak kemarin... Agak-agak hangpa, apa yang lembu Sepanyol ni tengah pikiaq time ni noo... haha...

Ni lah sukan yang paling tak bertamaddun yang masih diamalkan oleh manusia yang kononnya bertamaddun. Kalau nak makan dia, sembelih la elok-elok. Bukannya menyiksa makhluk Allah camtu. Tak ka naya tu, mesti ada antara depa berdua neh yang tak dan nak sedut udara tahun baru 2013...

Pa pun... Alhamdulillah. Bersyukur kita kat Allah s.w.t pasai masih lagi sudi Dia izinkan kita menyedut udara segar tahun 2013 neh...

Mak Long hang pulak bangkit pagi ni dengan azam, nak perabih kursus haji dia cepat-cepat. Kursus tu ilmu, haji tu boleh pi ka tak boleh pi belakang kira... Tu semua kerja buat Dia. Pak Long pulak berazam untuk berazam, berusaha keraih nak penuhi azam yang telah Pak Long azam-azamkan... haha...

Mau dok ingat... tahun saja baru, umoq ngan diri kita koi pelan lama...

Wassalam...


3 comments:

  1. Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram[640]. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri[641] kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa. 9-36

    [640]. Lihat no. [119].

    [641]. Maksudnya janganlah kamu menganiaya dirimu dengan mengerjakan perbuatan yang dilarang, seperti melanggar kehormatan bulan itu dengan mengadakan peperangan.

    tahun baru islam telah pun berlalu maka sisa kehidupan kita pun taklah banyak lagi.takutlah kita akan apa yang belum sempat untuk bekalan bagi yang beriman hidup disana nanti.manusia hanya pandai nak tunjuk gah ngan binatang pun diajak lawan memang patut pun kalau lombu tu nak tandok manusia tu.
    ramai belum jumpa jawapan - untuk apa manusia dicipta oleh Allah untuk hidup diatas muka bumi ini.

    ReplyDelete
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din
    Tq Allah . Tq Pak Long .Alhamdulilah masih d beri nyawa untuk bersambungan beribadat pada ilahi .InsyaAllah
    Pak Long perihal LEMBU tu biarkan Bibir tebal Merah Sharizat jawab akan soalan Pak Long tuu.
    Cuma azam yang dah bertahun tahun saya berazam nak tackel Janda Limah masih tak bersampaian nampaknya . Walhal Allah SWT dah setuju , Nabi Muhammad SAW dah galakkan tapi hanya bantuan ikhlas dari Pak Long je untuk rekomen saya dengan Janda Limah masih tertanggoh tahun demi tahun . Moga moga tahun dapat kot ???????

    ReplyDelete
  3. Pak Long,

    Saya ada cerita sikit pasal lawan lembu ni. Dulu ada seorang sheikh Arab yang suka sangat menonton perlawanan lembu kat Sepanyol ni... Sebenarnya bukanlah babak pertarungan itu yang terpenting bagi Tok Arab ini..... tetapi suatu ritual ganjil yang benar-benar memberi kepuasan kepada beliau iaitu apabila menikmati soup telor lembu yang terkorban dalam perlawanan tersebut. Beliau merasa kagum dan hebat seolah-olah beliaulah yang berkuasa dan berjaya menumpaskan seekor lembu perkasa setiap kali menhirup soup telur lembu yang dihidangkan...sehinggalah pada suatu hari apabila.....beliau mendapati saiz telur lembu yang dihidangkan jauh lebih kecil dari biasa......

    Tok Arab berasa hairan lau bertanya kepada Chef mengapa telur tersebur jauh lebih kecil dari biasa. Lalu Chef tersebut memberi tahu ......

    "...Parfavor Senior....today the bull won the fight....senior..."


    Gelak la Pak Long...gelak la.....


    Asrul Sani



    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails