Wednesday, January 30, 2013

GELI tengok cara Umno berkempen...

Hodoh betoi cara Umno berkempen... geli Pak Long tengok...

Memang la keluarga budak William Yau tengah bersedih. Sapa tak sedih bila anak cucu yang depa sayang tu, baru berumoq 6 tahun dah pergi mengadap Ilahi... Dah tu pi dalam keadaan yang menyedihkan pulak tuh...

Kalau tak salah Pak Long perbuatan depa yang meraung-raung, teriak sampai bengkak mata-mata dan bersedih ataih kematian si mati neh adalah adat budaya kaum tionghua. Lagi kuat lagi baguih, lagi ramai lagi baik. Teringat Pak Long dedulu neh, tukang meraung ni siap ngan dapat upah lagi. Tutup muka ngan gundi...

Ni la bab yang hodoh neh... Yang Ali Rustam dok pi kacau adat budaya orang tu pasai apa... haha...

Bukan tak boleh nak pujuk orang bersedih neh... Bukan salah besaq sangat pun nak boh gambaq kat surat habaq, bagitau kat semua yang kita ni baik tapi, cari la gambaq yang senonoh sikit. Ni ka, boh gambaq yang kamera men penuh dok menyemak depan tuh... Geli la orang kampung tengok. Hangpa buat macam ikut skrip pulak time orang lain dok susah hati... hadoiihh...

KM Melaka, Mohd Ali Rustam (duduk bertinggung tiga dari kanan) cuba menenangkan nenek William Yau, Chee Chau Moi, 68, dihadapan puluhan kamera men... Nenek si William neh tak dapat menahan kesedihan masa upacara pembakaran mayat cucunya di pusat pembakaran di Jelutong, Sungai Putat, Melaka.

William dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Putra Heights, Puchong dan ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. - Foto Bernama

Teringat kata-kata hj Karim, ayaq turun mai dari gunung-gunung tapi kebijaksanaan turun mai dari kelaku kita...

Wassalam...


15 comments:

  1. Setahu aku orang cina akan menangis sebagai mengingati si mati. X perlu la pegi pujuk time tu. Nampak sangat publisiti bodor.

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Long....
    Keja org umeno memang mcn 2 Pak Long..
    Yg duk ngambik gambar lg xleh pakai...
    depa janji ada berita je..
    entah la Pak Long...kita 2gu je PRU nti..
    dah x sabar dah ni...mengeletek nak ngundi..
    2guuuuu....

    ReplyDelete
  3. Dekat-dekat nak PRU ni kalau ternampak kura-kura terbalik, orang putih kata "turn turtle" pun depa berenti kereta, panggil cameramen ramai-ramai amik gambar masa depa tulung kura-kura tu....kah kah kah Puah puak ni dah tak ketahuan arah melihat kebencian rakyat yang tidak terbendung lagi......

    ReplyDelete
  4. saya turut bekabung atas mengadap ilahinya anak cucu depa sayang keluarga budak William

    ReplyDelete
  5. ape yang membuat budak William menghilang dan hingga bisa ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang??

    ReplyDelete
  6. itu semua petanda dah dekat musim pangkah dan banyak lagi aksi aksi menarik akan muncul di pc anda jangan lupa layari laman kesukaaan anda
    jangan tinggal anak kecil dalam kenderaan bersendirian.

    ReplyDelete
  7. salam pak long

    Saya suka ayat pak long hat last tuh!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  8. nie laa perangai2 hipokrit sial, kalu nak thu..hehe

    ReplyDelete
  9. tu antara kelakukelayak yang menggambarkan seperti pak long kata,akan datang akan ada lagi yg lebih daripada itu

    ReplyDelete
  10. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din
    Pak Long memang SAH jenis orang yang beriri hati pantang tengok orang lain buat drama pilihan raya atau SENANG SIKIT . Aduiiiii........ Pak Long ooiiiiii memang jenis suka potong stim punya kaki lah . Sekurang kurang pun bagi lah chance kat di orang buat drama ianya akan beraksi 5 tahun sekalije itu pun Pak Long nak iri hati.
    Macam inilah Pak Long kot kot sesekali Pak Long buat drama dating berpegang tangan dengan Mak Long jangan pulak Pak Long nak memandai mandai pegang tangan janda Limah pulak dan beraksi di depan Tablet, I-Pod atau digital camera, juru gambar dan upload kat N3 Pak long dan kita tengok apa komentar Pak long Komen nanti

    ReplyDelete

  11. Tapi,

    Tidaklah sampai mengadaikan Kalimah ALLAH untuk kepentingan bagi bukan Islam. Dimana letakkanya akidah, keimanan dan ketakwaan kita kepada ALLAH dan agamaNya. Kita sepatutnya mati syahid keranaNya, namun kerana ketaksuban dan kegilaan politik kita merelakan agama dan ALLAH untuk mencapai politik sempit yang tidak kemana. Apakah kita wajar digelar syirik dan golongan yang dimurkaiNya. MUSUH ALLAH!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak mana yang paling berkuasa untuk jaga islam kalau betul nak
      sia sia Allah bagi berkuasa 50++ tapi tak mampu nak selesai
      burung belatuk bising bising pun tebuk pokok buat sarang ini banyak bising pusing pusing macam tu juga isu basi.

      Delete
  12. sedih sih bolh aja,,tapi liat kondisi juga..didepan kamera sampai berbuat seperti iyu

    ReplyDelete
  13. Paklong, ni yg orng dok kata, no sentimental value,buat satu2 keja, macam x cerdik.

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails