Friday, January 04, 2013

Pak Long letih dengan ketuanan Melayu neh...

Salam semua...

Letih betoi Pak Long ngan kelaku orang kita. Pong pang, pong pang punya cerita pasai perpecahan orang Melayu la ni... macam la dulu tak berpecah... haha...

Sebenaqnya perpecahan neh dah ada sejak sebelum merdeka lagi... ca tengok time depa tuntut merdeka dulu. Satu puak yang nak merdeka bersandaqkan Islam dan Melayu... yang lagi satu pulak nak merdeka berteraskan Melayu tapi kongsi ngan semua kaum yang dok kat Tanah Melayu dengan Islam jadi agama rasminya. Tak pecah lagi ka lagu tu...

Kepala hotak Melayu dah memang terdidik dalam dua cara pembawakan... Satu puak cintakan Islam lalu depa pun teringin nak realisasikannya manakala satu puak lagi tak berapa nak faham Islam, sebab tu depa pandang ringan pada suruhan agama... tambah-tambah lagi tertarik ngan kebesaran duniawi. Dua fikrah tu ditinggai penjajah sampailah la ni...

Melayu boleh bersatu sebenaqnya tapi bersyarat... Bukan syarat macam Hj Hadi mintak kat Rais Yatim tuh... haha...

Syarat dia Melayu kena istiqomah betoi-betoi, jadikan Islam yang memerintah, bukan diperintah. Jadikan Islam sebagai payung kat semua umat Melayu. Letak Islam sebagai panduan dan dasar dalam kehidupan depa dan tak dak satu benda pun yang bolehkan depa tolak Islam. Banyakkan bersembang pasai Islam sampailah Islam tu lama kelamaan jadi amalan dan realiti dalam kehidupan.

Ingat...!! Kita kena kuat untuk pertahankan diri kita tapi kita perlu lebih kuat kalau nak pertahankan umat-umat yang lain... Tak payah la dok pong pang, pong pang cakap pasai Melayu. Kalau tak cakap pun kita neh memang dah Melayu pun... Tak kurang sikit pun Melayu kita kalau kita letakkan Islam mengatasi segala-galanya...

Wassalam...


12 comments:

  1. melayu umno pun berpecah. mula parti negara, kemudian sikit team a team b, kemudian semangat 46. haram pulak tu, umno baru. tu baru dalam satu parti kuat semangat melayu.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Masalhnya Cina dan India pun berpecah tetapi mereka tak pernah `mengadai dan memperjudikan' agamanya dan bangsanya....

      Delete
    2. semua jenis bangsa pun ada perangai gadai dan judi

      Delete
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din
    Alhamdulillah Nabi Muhammad SAW tak di lahirkan berbangsakan Melayu Deli kalau tidak Nabi Muhammad SAW pun di cop sebagai Melayu Hamprak atau Melayu mudah Lupa.Melayu oh melayu ku tanah tumpah darah ku ( Tapi Lelaki di Malaysia tak pernah tumpah darah di tanah Melayu cuma orang perempuan je yang banyak tumpah darah di tanah Melayu . Pak Long Janda Limah masih berniaga Nasi Lemak ?? Sampaikan salam saya ya

    ReplyDelete
  3. idup melayu anak kecik main api anak besar jual keretapi

    ReplyDelete
  4. Dulu umno dah haram..la ni dah haramjadah..kihkihkih

    ReplyDelete
  5. Selagi perangai masih cintakan kemewahan dunia, gilakan pangkat dan kedudukan serta sebuk mengejar kekayaan yang tiada berpenghujung, selagi itulah Melayu-Melayu jenis ini tidak akan memertabatkan Islam kerana perlakuan serta amalan mereka itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Sekadar berlakun ambil wuduk di kelilingi juah-juah pencacai bolehlah.

    Betul kata Pak Long bahawa sebenarnya bukan hanya Melayu yang berpuak-puak sejak dahulu kala, sedangkan di zaman Khalifah Al Rashidin dulu pun sudah timbul perpecahan yang berakhir dengan peperangan sesama Islam.

    Sebenarnya bukanlah perpecahan di antara Melayu yang dirisaukan oleh pemimpin UMNO dan pencacai mereka seperti PERKASAM, PEKIDA dll. Ketakutan sebenar adalah kerana ramai Melayu sudah meninggalkan UMNO. Bila ini berlaku pemimpin UMNO dan balaci mereka akan kehilangan kuasa, kehilangan jawatan untuk terus merompak rakyat.

    Melayu kini tidaklah lemah seperti yang diwar-warkan. Yang lemah ialah Melayu dalam UMNO kerana bilangan mereka kian berkurangan. Oleh itu jika ingin memperkasakan Melayu dan Islam, marilah beramai-ramai menyertai Melayu dalam PAS, PKR dan DAP. Biarlah yang tinggal hanya Melayu yang membuat kek tahi dan Melayu yang banyak huruf "e" dalam ejaan nama mereka seperti Azeeeez, Naina Meeerican, kerana hakikatnya mereka itu berasal dari benua Keling.

    ReplyDelete
  6. semua menteri pencuri penyamun perompak hasil negara untuk rakyat

    ReplyDelete
    Replies

    1. Semua, kalau dia tak kaya tetapi menjadikan orang Cina lebih kaya.

      Delete
  7. Manusia itu adalah umat yang satu. (setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para nabi, sebagai pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan. Tidaklah berselisih tentang Kitab itu melainkan orang yang telah didatangkan kepada mereka Kitab, yaitu setelah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang nyata, karena dengki antara mereka sendiri. Maka Allah memberi petunjuk orang-orang yang beriman kepada kebenaran tentang hal yang mereka perselisihkann itu dengan kehendak-Nya. Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. 2-213

    asal manusia bersatu kerana dengki berpecah.bersatu dengan tali Allah itulah yang diperintahkan oleh Allah.

    ReplyDelete

  8. Perjanjian Madinah menjadi tauladan dan petunjuk kepada kita.

    Masalah pokoknya, orang Islam ini baik di peringkat pemimpin dan masyarakat Islam, kita berpecah kerana fahaman politik sempit yang tidak kekal selama-lamanya. Kita merelakan dan menghalalkan cara bagi mencapai agenda dan impian politik walaupun Islam digadai, dihina, didesak oleh bukan Islam. Kita tergamak mengkafirkan seagama Islam hanya kerana agenda politik, walaupn yg pasti orang bukan Islam itu adalah KAFIR dan perlu berhati-hati terhadapnya. Kita tidak nafikan adik beradik bergaduh, namun adakah ia membenarkan kita mengkafirkan dia walaupun dia seorang penagih, perompak dan penyamun. Kita terperangkap dalam soal pemerintah, kuasa dan kemewahan sehingga kita sanggup membenci, menghina malah mahu berbunuh-bunuhan sesama kita seagama hanya kerana menjaga `rakan seperjuangan politik' dan pengaruh undi bukan Islam. Orang Melayu dan Islam kini dipersimpangan jalan, ada Ulama yg mempunyai keilmuan tinggi masih dilihat `terpaku atau tertutup mulutnya kerana politik. Yg bukan ulama pula `bangkit memperjuangkan' agenda bukan Islam solah-olah mempromosikan dan menyokong kemurtadan, LGBT dan sebagainya. Mahupun begitu, Ulama sewenang-wenangnya mengeluarkan fatwa hanya kerana agenda politik. Akhirnya masyarakat yg kurang arif mengenai politik menjadi mangsa, mereka menerima bulat-bulat dan akibatnya mereka membenci, menyingkir, tidak menyakini dan mengkafirkan saudara seagama sendiri. Kita tidak bangkit membantah walaupun Islam dan ayat AlQuran `dihina' dan `dipetrmainkan' oleh orang bukan Islam sedangkan kita berdemonsrtasi mengenai Sitanic verses oleh Salman Ruhdie. Malah keran kawan seperjuangan kita menganggap ia satu perkara yg biasa dalam politik.
    Kita harus menerima hakikatnya, perpecahan Melayu bukan kerana orang lain tetapi kerana kita sendiri yg tidak berpegang kepada agama yg suci dan ALLAH yg satu. Orang Melayu dan Islam kita dihimpit oleh kaum dan umatnya sendiri yg menyebabkan `musuh ALLAH' mulai berani mengetuk pintu rumah kita!. Pengajaran peristiwa kejatuhan kerajaan Islam Nasiriah Granada, peranan kaum Mudejar (Islam) dan Ferdinand tidak menjadikan kita cerdik malah mengambil perhatian terhadap tindak tanduk musuk ALLAH yg nyata dan rakan sekutunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada jenis orang Islam sendiri hina Islam

      Delete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails