Sunday, January 27, 2013

Masaalah...

Salam semua...

Cerita bab masaalah ni, ayam kampung Mak Long hang pun berlambak masaalah depa. Tambah-tambah dekat nak raya atau time anak cucu balik nak buat ramai... haha...

Jadi apa masaalahnya dengan masaalah-masaalah disekeliling kita, stended larr...

Masaalah tu sebenaqnya ujian Allah kat hamba-hamba dia. Ujian atau cubaan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kat sesiapa saja selagi dinamakan manusia. Selaku hamba pada Yang Esa, maka kita tak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dalam kehidupan seharian ni.

Rasulullah saw bersabda:
"Seseorang dilanda ujian atau cubaan menurut kekuatan iman dan mutu agama yang dimilikinya. Apabila agamanya kukuh tentu ujian yang diterimanya pun bertambah berat seimbang dengan kekuatan iman dan keyakinannya. Demikian juga sebaliknya. Makin lemah kekuatan agama seseorang makin ringan pula cubaan yang menimpanya. Cubaan dan ujian sentiasa menimpa orang beriman sepanjang perjalanannya di muka bumi sehingga terhapus dosa-dosanya dan tidak melekat sedikitpun kesalahan pada dirinya.~ (HR Tirmidzi)
Lari dari masalah bukanlah penyelesaian. Macam tu jugak la kalau dok nganga buat-buat muka kesian... tapi HADAPI dan belajarlah dari masalah, tu baru anak jantan...

Wassalam...


2 comments:

  1. Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku." Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui. 39-49

    perangai manusia banyak jenis macam lupa Allah bila senang bila susah ingat Allah.ujian bermacam macam dan bersabarlah melaluinya.jangan pula jadi macam ayam jantan berkokok pagi potang ekor berselepat dengan taik.

    ReplyDelete
  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Salamum Pak Long Din
    Yang hairannya Pak Long kenapa kita yang bangsa manusia selalu merunggut bila timpa MASAALAH wal hal Allah SWT dah beri kita berbagai bagai insentif untuk hidup di dunia tanpa sembarang CHARGE semua nya Allah beri FREE . Apa lagi yang tak kena ???????
    Tolong lah Pak Long malu lah kita sebagai manusia dan di khabarkan kita ( manusia ) ini sebaik baik kejadian berbanding mahluk yang lain. Pak long tak malu ke dengan Azazil atau iblis atau syaitan , bangsa mereka di laknati Allah SWT sampai hari kiamat tak pernah kita dengar mereka bersunggut . Walaupun di laknati mereka bekerja 24 jam tanpa masaalah . Mereka berjanji dengan Allah SWT akan taat sedia atau berikrar atau akur janji akan mencadang idea idea pada manusia dan jin agar buat maksiat atau dosa kepada Allah SWT tanpa minta bayaran atau upah .Syaitan cuma mengcadangkan bukan paksaan untuk kita laksanakan.
    Nabi Muhammad SAW dah maklum pada umatnya jika ada masaalah udek uni hasta jibek lakum ( berdoa pada Allah SWT gerenti akan Allah beri ). So berdoa lah . Macam saya tak akan berhenti berdoa agar Janda limah sihat wa afiat hendaknya

    ReplyDelete

Nak komen kena la pandai-pandai...
Jangan komen macam hilang akai...
Tak kelapaq Pak Long ulang alik pi balai...
Kerana sorang dua yang hodoh perangai...

Related Posts with Thumbnails