Thursday, January 31, 2013

Jin kacau kampung...

7 juta komen
Salam semua...

Bukan main lagi puak-puak Umno nih punya tunjuk baik... Pom, pam... pom, pam... depa punya balun Pas. Naik berbulu telinga Pak Long dua tiga hari neh... Ada yang simpati, ada yang kesal, ada yang kata zalim ataih pengguguran bekaih timbalan presiden Pas dari jadi ahli majlis syura ulamak.

Sebenaqnya bagi Pas perkara neh besa ja, tak berkudis pun... Lumrah la dalam perjuangan neh, dah mangli dah... Rasa nyaman makan angin ataih atau sesekali tersembam makan pasiaq tu adat pejuang... Pejuang akan tetap berjuang walau dalam keadaan apa sekalipun. Macam tu jugak la dengan Pas, perjuangan perlu diteruskan samaada dengan atau pun tanpa depa. Dan Pak Long pun harap depa berdua akan tetap berjuang dengan cara depa dengan atau pun tanpa Pas...

Ni baru pejuang sebenaq, jangan hanya pandai buat hingaq... Macam jin kacau kampung.

Pak Long pun tak nafikan ketokohan bekaih dua orang kuat Pas neh... Kalau kelebek balik apa yang terpampang kat surat habaq, tertera kat blog-blog dua tiga hari neh... memang dua manusia kat ataih ni cukup hebat laa... Terhebat dari yang hebat-hebat kat dalam Umno sekalipun... Tapi heran jugak, kalau dah hangpa semua kata baguih dan hebat sangat depa-depa neh, awat tak ambik... Tak dak sapa nak larang pun. Lantik teruih jadi menteri pun tak pa, bagi jawatan hebat-hebat kat depa lagi baguih.

Mengkalu takat puji lepaih tu biaq depa melewaq macam jin tak dak tuan pun nak buat hapa... buat semak kampung ja.

Tapi Pak Long percaya kalau depa berdua tu baguih, tang mana pun depa singgah akan jadi pulau. Tak dak lautan yang luaih, tak dak lurah yang dalam, tak dak bulan yang tinggi dan tak dak pun jalan yang susah... hanya bagi orang-orang yang mau...

Wassalam...


Wednesday, January 30, 2013

GELI tengok cara Umno berkempen...

15 juta komen
Hodoh betoi cara Umno berkempen... geli Pak Long tengok...

Memang la keluarga budak William Yau tengah bersedih. Sapa tak sedih bila anak cucu yang depa sayang tu, baru berumoq 6 tahun dah pergi mengadap Ilahi... Dah tu pi dalam keadaan yang menyedihkan pulak tuh...

Kalau tak salah Pak Long perbuatan depa yang meraung-raung, teriak sampai bengkak mata-mata dan bersedih ataih kematian si mati neh adalah adat budaya kaum tionghua. Lagi kuat lagi baguih, lagi ramai lagi baik. Teringat Pak Long dedulu neh, tukang meraung ni siap ngan dapat upah lagi. Tutup muka ngan gundi...

Ni la bab yang hodoh neh... Yang Ali Rustam dok pi kacau adat budaya orang tu pasai apa... haha...

Bukan tak boleh nak pujuk orang bersedih neh... Bukan salah besaq sangat pun nak boh gambaq kat surat habaq, bagitau kat semua yang kita ni baik tapi, cari la gambaq yang senonoh sikit. Ni ka, boh gambaq yang kamera men penuh dok menyemak depan tuh... Geli la orang kampung tengok. Hangpa buat macam ikut skrip pulak time orang lain dok susah hati... hadoiihh...

KM Melaka, Mohd Ali Rustam (duduk bertinggung tiga dari kanan) cuba menenangkan nenek William Yau, Chee Chau Moi, 68, dihadapan puluhan kamera men... Nenek si William neh tak dapat menahan kesedihan masa upacara pembakaran mayat cucunya di pusat pembakaran di Jelutong, Sungai Putat, Melaka.

William dilaporkan hilang pada 16 Januari lepas di Putra Heights, Puchong dan ditemui mati di Jeti Sungai Sireh, Pelabuhan Klang. - Foto Bernama

Teringat kata-kata hj Karim, ayaq turun mai dari gunung-gunung tapi kebijaksanaan turun mai dari kelaku kita...

Wassalam...


Tuesday, January 29, 2013

Sapa buat keja HARAM neh...

12 juta komen
Salam semua...

Tak sangka betoi Pak Long penyakit babi mengamuk neh dah jadi penyakit moden pulak... Pak Long ingatkan serangan babi menggila neh hanya zaman dulu time Pak Long pugaq kampung jaa... habih kebun-kebun kot tepi hutan jadi mangsa, rupanya kot tengah pekan pun dah ada babi menyerondoi rata... Kesian..!!

Spesel untuk anak-anak semua, kat sini Pak Long nak perturunkan satu petua macamana nak halang babi dari menyerondoi rata kampung. Tolong amalkan petua mudah neh...

Kutip ja rambut-rambut yang bersepah kat kedai gunting rambut tuh sebanyak mungkin dan taboqkan sekeliling rumah atau kat tiang-tiang papan tanda tempat yang dia gatai sangat nak serondoi tuh... Taboq ja, tak dak jampi serapah lain yang diperlukan.

Logik akainya mudah... Serangan babi ni semua pakai serondoi ngan domoi dia ja... Time dia serondoi tu la rambut-rambut yang kita taboq tadi neh akan termasuk ikut hidung... Time tu babi neh akan lari berselerak pasai bersin semedang, teruih tak jadi serondoi... Hangpa besa ka tengok babi bersin, haha...

Lain la kalau babi neh jenih sekolah, serondoi pakai penutup hidung... Sekian, selamat mencuba...

Wassalam...


Sunday, January 27, 2013

Masaalah...

2 juta komen
Salam semua...

Cerita bab masaalah ni, ayam kampung Mak Long hang pun berlambak masaalah depa. Tambah-tambah dekat nak raya atau time anak cucu balik nak buat ramai... haha...

Jadi apa masaalahnya dengan masaalah-masaalah disekeliling kita, stended larr...

Masaalah tu sebenaqnya ujian Allah kat hamba-hamba dia. Ujian atau cubaan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t kat sesiapa saja selagi dinamakan manusia. Selaku hamba pada Yang Esa, maka kita tak akan sunyi dari dikenakan ujian, cabaran dan rintangan dalam kehidupan seharian ni.

Rasulullah saw bersabda:
"Seseorang dilanda ujian atau cubaan menurut kekuatan iman dan mutu agama yang dimilikinya. Apabila agamanya kukuh tentu ujian yang diterimanya pun bertambah berat seimbang dengan kekuatan iman dan keyakinannya. Demikian juga sebaliknya. Makin lemah kekuatan agama seseorang makin ringan pula cubaan yang menimpanya. Cubaan dan ujian sentiasa menimpa orang beriman sepanjang perjalanannya di muka bumi sehingga terhapus dosa-dosanya dan tidak melekat sedikitpun kesalahan pada dirinya.~ (HR Tirmidzi)
Lari dari masalah bukanlah penyelesaian. Macam tu jugak la kalau dok nganga buat-buat muka kesian... tapi HADAPI dan belajarlah dari masalah, tu baru anak jantan...

Wassalam...


Friday, January 25, 2013

Bermaulud Nabi ngan ikan pekasam...

9 juta komen
Salam semua...

Alhamduillah, dapat jugak Pak Long carikan Mak Long hang pekasam ikan sepat kelmarin. Tak banyak, ada kot lima ekoq besaq-besaq empat jari... tu pun mahai nak mampuih. Tapi nak buat camana dah sayang bini, beli jugak la... Hmm, baru cerah sikit muka Mak Long hang walaupun jeruk maman sampai la dok tak jumpa...

Jadi laki bini ni lagu tu la, kena dok paham depa tu mau apa dan kena pandai nak layan depa lagu mana... Bukan jadi hamba bini tapi tu la cara nakkan keluarga harmoni. Tak dak sapa hamba dan sapa raja sebenaqnya dalam rumahtangga kita, pasai hamba kita hanya TETAP pada yang Esa...

Kehambaan kita pada yang Esa neh lebih menghanyut jiwa, lagi best dan bernikmat... bagi yang nak merasa la... Rasa kehambaan pada yang Esa neh mampu hapuihkan sifat-sifat mazmumah yang merajai dalam diri lalu terbit lah dalam diri kita sifat-sifat mahmudah seperti merendah diri, malu, bertolak-ansoq, berkasih-sayang, bertimbang-rasa, mengutamakan orang lain, bertawakal, sabaq, rasa berdosa, rasa kurang, rasa lemah, rasa mengharap, memberi maaf, memintak maaf, merasa diri bersalah, rasa berdosa dan lain-lain lagi.

Masaalahnya bila tak dak rasa kehambaan, rasa ketuanan pun akan mula menguasai diri... Rasa ketuanan tu lah yang melahirkan sifat-sifat mazmumah yang wajib sangat kita jauhi. Kita dicipta Allah untuk beribadah kat dia, mana boleh ada rasa sombong, riak, pemarah, hasad dengki, minta dipuji, meninggi diri, dendam, tamak dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya...

Sifat-sifat ketuanan neh kalau dok biaq lama-lama, mampu memesongkan manusia dengan lebih jauh lagi, tak terjangkau dik akai kita ooo... Kalau dia orang yang ada kuasa, habih segala mak nenek kena ikut cakap dia. Kalau dia sorang bapa maka dia akan jadi bapa yang dibenci oleh keluarga. Sebab tu la kita sebagai hamba, kenalah suboqkan rasa kehambaan itu moga segala sifat-sifat mazmumah hilang.

Woiii... dah kita dizahirkan Allah s.w.t sebagai hamba, kena la buat kelaku sorang hamba pada yang Esa... jangan dok keraih kepala... Jangan kita nampak lahir ja taat tapi batinnya derhaka...

Ya Allah!!
Tunjukkan kami jalan yang luruih. Tunjukkan kami diri lahir dan batin. Kuatkan iman kami supaya selamat dari dosa-dosa yang susah kami nak fahami. Amin, ya Rabbal alamin...

Selamat hari Maulud Nabi...

Wassalam...

Wednesday, January 23, 2013

Sumpah...

7 juta komen
NAJIB:
"Sumpah"... bahawa saya tidak terlibat dan saya tidak mengenali perempuan Monggolia yang... [Ogos 2008]

ROSMAH:
"Sumpah"... saya berani bersumpah, saya berani bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak pernah mempunyai cincin tersebut ditangan saya... saya tengok jer... [Januari 2013]

DEEPAK:
"Sump... woitt, saya pon mau kena sumpah jugak ka...? Kasi itu Bala "sumpah" sudah laa...


Monday, January 21, 2013

Betoi Fathul Bari menikah dua, habih tu pasai apa...

24 juta komen
Salam semua...

Selepaih dua tiga hari suntuk jadi perhatian akhirnya Ust Fathul Bari Mat Jahaya, orang kuat Ulama muda Umno mengakui pasang satu lagi. Dan dia jugak mengaku, dia menikah satu lagi tu kat Siam...

Mamat ni memang dah popular tapi tiba-tiba jadi terlebih popular. Semuanya pasai blogger-blogger Pakatan yang nakai dan gatai... mungkin depa ingat dah dapat barang baik untuk digulai.

Tapi, walau apa pun alasan dia, tu semua bukan masaalah puak-puak PR pun... Jadi Pak Long rasa puak-puak PR tok sah dok kalut sangat la... Yang sudah tu sudah la. Kalau dah kita tak suka orang selak kain pelikat kita, jangan la gatai teropong seluaq dalam depa kaler apa. Kita tengok sama politik ngan peribadi... Kita kena berbeza dari depa, bukan pakat berlawan nak jadi serupa... Takut-takut rakyat jadi keliru, tak tau nak pilih yang mana satu...

Lagi pun, biaq pi la kat dia nak menikah berapa pun dah dia mampu, bukan dia merapu. Tak dak salah tang mana pun kahwin dua walaupun kat Siam...

video
Pa pun, Pak Long nak ucap tahniah la, moga berbahagia dunia akhirat... Cuma kot-kot la ada lepaih ni, hang jangan la dok sorok-sorok lagi, dah tau hang tu orang kuat parti... Tak panggil makan kenduri pun tak pa, janji peminat-peminat hang tau cerita... haha...

Wassalam...


Friday, January 18, 2013

Macam badut sarkis...

9 juta komen
Salam semua...

Betoi, lama sungguh Pak Long tak baca surat habaq jawi neh... Ya la, sejak Umno hapuihkan pelajaran jawi kat sekolah-sekolah dulu tuh, teruih surat habaq jawi pun pelan-pelan kena bungkuih... tak laku, tak dak sapa lapaq nak baca.

Sedaq-sedaq dah berpuloh tahun dah tulisan jawi hilang dari bumi jawi yang bertuah ni... Sib baik la masuk jawi dok ada lagi, mengkalu tidak lagi haru la jawabnya... haha...

Sedaq-sedaq jugak dah berpuloh tahun dah bangsa melayu kena kencing sedia ngan parti keramat Umno, sesatunya parti yang perjuang hak ketuanan melayu neh. Depa janji nak bagi pelajaran percuma, sampai la dok tak ketahuan hala... Anak-anak bangsa gak yang jadi mangsa bila pendidikan negara depa buat meniaga...

Nih pantun dari Mak Long hang;

Terkinja kinja menjulang keris,
Kononnya pendekar pandai menangkis.
Bijak melayu dah habis di kikis,
Dik kelaku hangpa macam badut sarkis...!!


Ni pulak Sudin yang kata;

Alif... mim... nun... wau...
Alif tendang wau, SARKIS daa... haha...

Wassalam...


Thursday, January 17, 2013

Asal usul perkataan LISTEN...

3 juta komen
Huh...!!
Sib baik la Mak Long hang tak kelaku camnih...
Asai jumpak ja arrkk...!
Asai arrkk... ja mesti jumpak.
Asai nak bukak mulut ja arrkk...!
Asai arrkk... ja mesti nak bukak mulut.

Haha..!!
Nasib hang la Jib woii...


Tuesday, January 15, 2013

Hantu mana dibelakang Deepak nih...

3 juta komen
Salam semua...

Pak Long pun tak tau nak cerita lagu mana kat Mak Long hang bila dia tanya Deepak ngan Rosmah tu sangkut belah mana, belah mak ka belah bapak...? Sumpah, dari segi saiz badan ja nampak serupa tapi rupa paraih memang jauh berbeza. Habih tu nak bagitau camana...?

Tak kata kat Mak Long hang la kan, sapa pun mesti heran gila punya mengkalu dah tengok si Deepak tu bukan main punya bebaih keluaq masuk rumah Najib tak kira siang malam, pagi atau petang. Tau-tau masuk pintu depan, alih-alih keluaq pulak kot belakang. Tup-tup lompat masuk kot tingkap, tiba-tiba terjun pulak kot serambi.

Yang Pak Long herannya, tak dak sapa yang berani larang ka... ataupun nak ajaq si India neh masuk rumah orang Melayu kena tinggai kasut kat muka pintu...?

Mungkin Deepak tu pegang lesen besaq kot...
Habih Najib Rosmah jadi kelam kelibut...
Kengkawan Najib pun sekoq tak bersuara...
Mungkin dah nampak hantu besaq kat belakang dia...

Wassalam...


Sunday, January 13, 2013

Sapa PANAS bila rakyat bangkit...

7 juta komen
Salam semua...

Alhamdulillah dan tahniah. Pak Long nampak macam tak dak perkataan lain yang sesuai dan cantik nak bagi kat hangpa semua... melainkan ucapan tahniah kat penganjur, tahniah jugak kat Polis, tahniah kat rakyat...

Kali neh rakyat dan pihak berkuasa dah berjaya buktikan, perhimpunan ni tak kira saiz dan bilangan peserta... kita boleh buat dengan aman dan berjaya kalau SEMUA pihak tak buat kerja gila.

Tok sah dok peduli sangat berapa orang yang mai tapi tengok apa yang kita dapat. Hat puak-puak bengong yang jenih bercakap tutup mata ngan telinga tu, mampuih pi kat depa.

Pak Long tengok, kematangan Polis dah ada... harap-harap tu boleh kekaikan la kot no... haha... Masa ke depan neh, bagi Polis yang baik dan matang dah la dok bersama ngan masyarakat. Yang ganaih dan buaih tu, pi ligan orang jahat dah laa... Maksud tersiratnya, semua boleh jadi baik kalau tak dak campoq tangan orang politik jenih dengki kianat neh...

Najib pun layak dapat kredit jugak... Pak Long boleh agak punya, dia mesti kena hantam dari puak-puak busuk perut yang berlambak dalam Umno tuh... Sebab dia mudah ja, bom asap pun ada tarikh luput juga. Nak simpan lama-lama buat hapa mengkalu tak mau guna... haha...

Pa pun, tahniah pada semua. Satu sejarah telah ditempa. Berakhirnya "rakyat bangkit" dengan aman dah cukup besaq jayanya. Cuma sempoinya, sapa yang panaih bila rakyat bangkit tuntut hak depa...

Tapi sayang laa... tak semua orang kampung tau cerita bersejarah neh...

Wassalam...


Saturday, January 12, 2013

Tiga Piem terakhir UMNO... haha...

8 juta komen
Salam semua...

Pak Long ni luluih sekolah atap ja, rasa macam tak layak pulak nak ulaih lelebih pasai tiga orang Piem Umno neh... Tapi dah tengok makin ramai sangat orang kampung yang koi tak kenai depa, Pak Long paksa diri jugak la nak cerita satu kelebihan yang ada pada tiga Piem Umno neh... Mahathir, Pak Lah ngan Najib.

Satu kelebihan ja yang ada kat depa bertiga neh yakni... TERBAIK...

Sapa kata Mahathir neh TERBAIK...?
Bangsa Umno la yang kata selepaih berpuloh tahun dok jilat daki kat tangan dia... haha...
Mahathir memang ada wawasan politik, tilikan dia nampak cukup warak tapi akhirnya orangramai tau jugak... harap hidung ja besaq, tapi HATI tarak..

Sapa pulak kata Pak Lah neh TERBAIK...?
Mahathir la yang kata, Pak Lah adalah pilihan terbaik tuk ganti dia jadi Piem... haha...
Pak Lah neh bersih, warak dan tak berlagak tapi last-last orang tau jugak... harap kepala ja besaq, tapi OTAK tarak...

Sapa pulak kata Najib neh TERBAIK...?
Mahathir jugak la yang kata bila dah tengok Pak Lah kerap lena dari berjaga... haha...
Rupa-rupanya Najib ni lagi la haprak bila orangramai tau jugak... harap bini ja besaq, tapi TELOQ tarak...

Lagu ni la Pak Long ringkaihkan ceritanya. Kelebihan kat ataih tu semua ciptaan Mahathir ja. Dia pekena kita ataih kepercayan dia bahawa Melayu mudah lupa... Takkan la kot, rakyat Malaysia yang cerdik-cerdik belaka neh nak biaq eksperimen Mahathir ja dok perbodo kita... dulu, kini dan selamanya... Hangpa rela ka Mahathir nak bereksperimen lagi, Muhyiddin pulak yang TERBAIK lepaih nie...

Habih tu takkan kita pakat nak dok nganga saja... sebab, pengetahuan saja tak cukup... kita harus mengamalkannya. Macam tu jugak la ngan niat saja tak cukup... kita harus melakukannya. JOM #KL 112

Wassalam...


Thursday, January 10, 2013

Gambaq terbaek BN sebelum pilihanraya...

13 juta komen
Salam semua...

Pak Long nak nobatkan ni lah gambaq terbaek sebelum pilihanraya dari kem Barisan Nasional. Kalau tengok dari kesan pada gambaq neh, sah-sah Pakatan Rakyat dah kalah. Tertiarap makan tanah, terbah sebelum berbalah...

Hangpa ada ka gambaq bini hj Hadi ngan Nik Aziz buat lagu neh...? Tak dak... Ada masuk surat habaq ka bini Anwar dok kerja keraih tara neh...? Tak dak... Habih tu hangpa nak lawan camana dah bini-bini hangpa tak mampu nak buat posing camnie..?

Pa pun Pak Long nak ucap tahniah kat Rosmah. Tok sah dok peduli la apa Mak Long hang nak kata. Hang teruihkan ja kerja-kerja mulia bantu laki hang supaya cepat bungkuih. Najib tu pun lama beralih umoq ni bukannya larat sangat dah... kalau hang tak tolong bungkuihkan, sapa lagi? Bukan ka syurga hang tu bawah tapak kaki laki hang...?

Dah nampak macam cuci lantai berirama la pulak, macam boria... hehe... Mak Long hang la yang kata, Pak Long tak kata apa...

Wassalam...

Tuesday, January 08, 2013

Ni sebabnya lambat nak pilihanraya...

10 juta komen
Salam semua...

Nak tau pilihanraya tu lambat pasai apa... ? Tok sah susahkan diri cari bomoh nak tengok ayaq dalam mangkok, ni ha baca neh...
Dah bertahun penyakit si Najeeb neh. Penyakit misteri yang susah nak ubati. Satu hari tu, Najeeb pi klinik check doktor. Hehe, bukan Najeeb yang periksa doktor tau, tapi doktor yang periksa Najeeb... haha...
Doktor tanya Najeeb apa masalah dia... Najeeb yang sudah empat tahun mati pucuk kutu menjawab, dia menghadapi masalah kentut yang tak berbunyi dan tak berbau. Kalau ikut kira congaknya, dia dah kentut sebanyak lapan kali dah hari neh... Tapi, dia tak rasa pun kesan sampingan macam kebiasaan orang lain yang diserang kentut.
Mungkin tak dak masaalah kat hangpa tapi ia satu masaalah negara kalau kena kat Piem kita... bila dah kentut dia tak dak bunyi dan bau maka dia langsung tak sedaq bila ianya berlaku. Ini yang bahayanya...
Doktor dengaq dengan penuh teliti tapi berhati-hati. Akhir pemeriksaan doktor bagi kat Najeeb senarai beberapa jenih ubat yang perlu Najeeb ambik. Doktor arahkan Najeeb ambik ubat-ubatan tersebut selama seminggu dan selepaih tu mai balik ke kliniknya...
Lepaih seminggu, Najeeb balik kat klinik dengan muka yang masam mencuka... Dia luahkan rasa tak puaih hati dia kat doktor berbangsa mamak tersebut...
 "Saya tak tau la ubat hapa yang doktor bagi kat saya, tapi tengik sungguh bau angin di sekeliling saya... Tak dengaq bunyi apa-apa pun tapi busuk dia, masyaallah... dahsyat betoi", kata Najeeb...
"Baguih Jib, la neh deria bau hang dah elok dah... Ya..!! Kita akan usaha untuk pulihkan pulak deria pendengaran hang", kata doktor Madey kat Najeeb...
Tak tau la pulak tang mana Mak Long hang neh dapat cerita. Tapi ni la pasainya Najib tak tau nak letak pilihanraya tu haribulan bila, dia dah hilang deria rasa dia...

Wassalam...


Sunday, January 06, 2013

Doa yang baik-baik kat bangsa Umno...

4 juta komen
Salam semua...

Ikut kata Mak Long hang, setiap kata yang terbit keluaq dari mulut kita merupakan satu doa... Dan kesan dari apa yang kita doakan akan mai kat diri kita jugak samaada yang hat elok ataupun yang tak elok...

Sebab tu kita kena pikiaq ngan positif moga apa yang terbit dari mulut kita jugak positif, maka positif la doa kita... Kita kena buat benda-benda baik selalu moga apa yang terbit dari mulut kita jugak benda yang baik-baik belaka, maka baik la doa-doa kita... Setiap doa kalau dah dok uman hari-hari dari mulut kita, insyaallah... Allah s.w.t akan kabulkan.

Sebab tu mak pak kena pikiaq benda yang baik-baik pasai anak-anak moga Allah akan makbulkan anak-anak kita jadi orang baik. Mengkalu anak-anak jadi baik belaka, kita yang tua ni pun tak sakit kepala... haha...

Laki bini pun kena dok ingat positif kat pasangan depa memasing moga Allah s.w.t jugak akan makbulkan depa jadi pasangan kita yang terbaik. Mengkalu pasangan kita adalah yang terbaik, dok kerja pun tak sabaq nak balik... ngee...

Ingat dan luahkan perkara-perkara yang elok saja kat jiran tetangga kita moga Allah s.w.t akan bagi kelaku yang elok-elok jugak kat depa. Mengkalu dok pikiaq kot belah tak elok saja, kita yang dok sebelah pun tidoq tak lena... hehe...

Kena dok bersembang benda yang positif ngan rakan tolan kita, moga Allah s.w.t akan jadikan kawan-kawan kita umat terbaik... Hangpa tak bangga ka kawan sebelah kita tu umat terbaik... owwhh..!!

Pak Long bukan tak percaya kata-kata berbunga dari Mak Long hang tuh... Tak takut pun Pak Long nak bertoje ngan Mak Long hang cuma, malaih nak tidoq luaq jaa... haha... Masaalahnya, kalau dah Pak Long tak berkenan cara Umno perbodo orang kampong, takkan nak cerita benda elok-elok pasai depa? Dah memang tak nampak benda yang elok, nak cerita elok camana?

Cuma Pak Long mampu berdoa ja la, moga hidayah Allah s.w.t yang melimpah ruah ni akan sampai jugak kat Umno satu hari nanti. Tok sah la dok kencing kerap-kerap sangat orang kampung macam Pak Long ni ha... tak baik woi, berdosa... dok musnahkan harapan orang-orang kampung kat hangpa.

Camana nak masuk syurga mengkalu juai orang kampung cam tak dak harga...? Hangpa ingat syurga boleh tukaq ganti ngan harta benda ka...?

Wassalam...


Friday, January 04, 2013

Pak Long letih dengan ketuanan Melayu neh...

12 juta komen
Salam semua...

Letih betoi Pak Long ngan kelaku orang kita. Pong pang, pong pang punya cerita pasai perpecahan orang Melayu la ni... macam la dulu tak berpecah... haha...

Sebenaqnya perpecahan neh dah ada sejak sebelum merdeka lagi... ca tengok time depa tuntut merdeka dulu. Satu puak yang nak merdeka bersandaqkan Islam dan Melayu... yang lagi satu pulak nak merdeka berteraskan Melayu tapi kongsi ngan semua kaum yang dok kat Tanah Melayu dengan Islam jadi agama rasminya. Tak pecah lagi ka lagu tu...

Kepala hotak Melayu dah memang terdidik dalam dua cara pembawakan... Satu puak cintakan Islam lalu depa pun teringin nak realisasikannya manakala satu puak lagi tak berapa nak faham Islam, sebab tu depa pandang ringan pada suruhan agama... tambah-tambah lagi tertarik ngan kebesaran duniawi. Dua fikrah tu ditinggai penjajah sampailah la ni...

Melayu boleh bersatu sebenaqnya tapi bersyarat... Bukan syarat macam Hj Hadi mintak kat Rais Yatim tuh... haha...

Syarat dia Melayu kena istiqomah betoi-betoi, jadikan Islam yang memerintah, bukan diperintah. Jadikan Islam sebagai payung kat semua umat Melayu. Letak Islam sebagai panduan dan dasar dalam kehidupan depa dan tak dak satu benda pun yang bolehkan depa tolak Islam. Banyakkan bersembang pasai Islam sampailah Islam tu lama kelamaan jadi amalan dan realiti dalam kehidupan.

Ingat...!! Kita kena kuat untuk pertahankan diri kita tapi kita perlu lebih kuat kalau nak pertahankan umat-umat yang lain... Tak payah la dok pong pang, pong pang cakap pasai Melayu. Kalau tak cakap pun kita neh memang dah Melayu pun... Tak kurang sikit pun Melayu kita kalau kita letakkan Islam mengatasi segala-galanya...

Wassalam...


Wednesday, January 02, 2013

Gambaq terakhir 2012...

3 juta komen
Salam semua...

Ni gambaq perlawanan lembu terakhir tahun 2012 yang Mak Long hang jumpak kemarin... Agak-agak hangpa, apa yang lembu Sepanyol ni tengah pikiaq time ni noo... haha...

Ni lah sukan yang paling tak bertamaddun yang masih diamalkan oleh manusia yang kononnya bertamaddun. Kalau nak makan dia, sembelih la elok-elok. Bukannya menyiksa makhluk Allah camtu. Tak ka naya tu, mesti ada antara depa berdua neh yang tak dan nak sedut udara tahun baru 2013...

Pa pun... Alhamdulillah. Bersyukur kita kat Allah s.w.t pasai masih lagi sudi Dia izinkan kita menyedut udara segar tahun 2013 neh...

Mak Long hang pulak bangkit pagi ni dengan azam, nak perabih kursus haji dia cepat-cepat. Kursus tu ilmu, haji tu boleh pi ka tak boleh pi belakang kira... Tu semua kerja buat Dia. Pak Long pulak berazam untuk berazam, berusaha keraih nak penuhi azam yang telah Pak Long azam-azamkan... haha...

Mau dok ingat... tahun saja baru, umoq ngan diri kita koi pelan lama...

Wassalam...


Related Posts with Thumbnails